Seperti yang semua tahu beberapa hari yang lalu Sajat dan Datuk Seri Aliff Syukri ada ke beberapa buah negara seperti Spain dan Turkey untuk menjayakan sesi rakaman video klip lagu Abang Nak Tegur.

Walaupun pada mulanya perjalanan mereka nampak begitu lancar dan teratur namun sejak Aliff memuat naik video merayu untuk memujuk isterinya turut menyanyi lagi ini, keadaan agak berubah dan nampak agak tegang.

Gambar ini cukup sudah menceritakan kesedihan yang ku alami…nak balik malaysia cepat?

A post shared by NUR SAJAT TISHRIN (@nursajat02) on

Semua gara-gara netizen engan menerima Sajat berduet bersama Aliff dan menyebabkan jumlah dislike untuk lagu Abang Nak Tegur lebih tinggi berbanding yang like di Youtube.

Mungkin tindakan jujur Aliff telah membuatkan Sajat bersedih hati dan lebih lagi baru-baru ini sebuah video yang memaparkan Aliff memarahinya viral di media sosial kerana dikatakan tidak reti menari.

MH perasan, secara tiba-tiba Sajat sering berkongsi rasa sedihnya dan kerap berkata tidak sabar untuk pulang ke Malaysia.

IKLAN

Pada mulanya ramai yang memberi simpati kepada mereka berdua namun ada juga yang dapat menghidu sesuatu hingga menganggap pasangan ini hanya propa untuk menaikkan rating lagu mereka.

Malah, ada juga yang melabelkan Sajat hanya propa dan buat-buat bersedih sahaja untuk menagih simpati. Mereka turut berkata tidak percaya kerana tahu Aliff memang bijak bermain dengan drama.

Tambahan pula jika lihat semula video diviralkan itu memaparkan reaksi krew bertugas seperti cuba untuk menahan gelak.

IKLAN

#MHSpeku : Sajat Bersedih, Netizen Anggap Hanya Propa! #MHSpeku : Sajat Bersedih, Netizen Anggap Hanya Propa! #MHSpeku : Sajat Bersedih, Netizen Anggap Hanya Propa! #MHSpeku : Sajat Bersedih, Netizen Anggap Hanya Propa! #MHSpeku : Sajat Bersedih, Netizen Anggap Hanya Propa!

Lebih sesuatu apabila kedua jutawan kosmetik ini juga memuat naik kapsyen yang lebih kurang kononnya tidak sabar untuk pulang ke Malaysia kerana mengalami pelbagai dugaan di sana..

Tak sabar nak balik malaysia??…mcm2 dugaan kat sini…? yang penting rindu makanan malaysia

A post shared by NUR SAJAT TISHRIN (@nursajat02) on

IKLAN

my last seance mv #abangnaktegur .. ikutkan skrg nak balik juga.. mcm2 dugaan disini..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Namun sejauh mana kebenarannya dan adakah ia hanya kebetulan tidak pula kami ketahui.

Jujur sehingga kini kami tidak sabar untuk tonton video penuh kontroversi ini.

Apapun MH harap orang ramai tidaklah terus menghentam Sajat, apa salahnya beri peluang pada dirinya untuk perbaiki segala kelemahan diri. Tak gitu?

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI