Oh My! Pagi-pagi lagi MH dapat berita bahawa netizen kecewa dengan pelancaran tudung jenama popular di sebuah kelab malam?
MH difahamkan bahawa koleksi jenama tersebut dilancarkan serentak dengan majlis sambutan hari lahir selebriti tersebut.
Melalui komen-komen netizen, ramai yang mempersoalkan keputusan selebriti tersebut kerana ia kelihatan tidak kena dengan tempat.
Selain itu, video-video majlis tersebut turut tersebar di laman media sosial di mana kelihatan ada beberapa wanita bertudung menari tarian tiang turut mengundang kecaman netizen.
Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan tindakan selebriti tersebut dan meminta agar para netizen menghentikan kecaman.
Bagi MH, mungkin netizen sekadar tidak bersetuju dengan lokasi yang dipilih.
Namun, kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi di majlis tersebut, sekadar beberapa gambar dan video tidak menunjukkan keadaan sebenar kan? apa-apapun, MH harap semua netizen harap bertenang ya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI