Industri perfileman Malaysia kini menunjukkan perkembangan luar biasa apabila beberapa buah filem tempatan berjaya mendapat jumlah kutipan tertinggi dalam sejarah antaranya Hantu Kak Limah, Munafik 2 dan terbaru Paskal.
Namun di sebalik kejayaan filem tersebut, terdapat juga beberapa filem yang boleh dianggap sebagai gagal kerana kurang mendapat sambutan daripada peminat filem tempatan.
Oleh itu, MH kongsikan 10 filem Melayu yang mendapat kutipan paling rendah setakat November 2018:
Bidong The Boat People- RM3,000
Dengan hanya mendapat jumlah kutipan sebanyak RM3,000, layaklah kita simpulkan bahawa filem ini antara yang paling teruk sepanjang 2018. Filem arahan Yusof Kelana ini megisahkan tentang seorang gadis bernama Kien Bidong yang mahu kembali ke Pulau Bidong untuk memperingati hari kelahirannya. Rata-rata menganggap mesej yang ingin disampaikan kurang jelas dan menyebabkan filem ini kurang mendapat sambutan.
2. Enjin No. 9- RM7,000
Walaupun menampilkan penyanyi popular, Tajul sebagai peneraju utama, filem komedi Enjin No.9 tetap gagal apabila hanya meraih kutipan sebanyak RM7,000 sepanjang ia ditayangkan.
3. Qhaliq- RM14,000
Pasti ramai yang tidak tahu, sebelum adanya Paskal, Qhaliq merupakan sebuah filem aksi lakonan Hairul Azreen. Filem bomba pertama ini dikatakan gagal dek kerana kegagalan pihak penerbit mempromosikan filem tersebut dengan baik. Oleh itu, filem ini hanya memperoleh jumlah kutipan sebanyak RM14,000 sepanjang tempoh tayangan.
Ads
4. This Is Pilah – RM45,000
Filem berlatar belakangkan budaya Negeri Sembilan ini dilihat masih gagal menarik perhatian penonton meskipun dibintangi oleh rapper popular Waris dan Juzzthin. Dengan hanya mendapat jumlah kutipan bawah RM50,000, pihak Finas menyenaraikan filem ini antara yang gagal bagi tahun 2018.
5. Hantu Wangan- RM89,000
Suatu ketika dahulu, filem Hantu Wangan arahan pengarah, Ahmad Idham ini pernah dipalit kontroversi apabila ia dikatakan meniru konsep pengarah, Pekin Ibrahim yang mengarahkan filem KL Wangan. Walaupun dipalit kontroversi, filem ini masih gagal mencuri hati penonton apabila jumlah kutipan tiket hanya mencecah RM89,000.
Ads
6. Badang – RM93,000
Filem adiwira tempatan, Badang yang dilakonkan sendiri oleh usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri telah dikecam hebat gara-gara kualiti filemnya yang dikatakan sangat teruk. Malah, populariti yang dimiliki Datuk Aliff dilihat masih belum mampu menarik peminat untuk hadir ke pawagam menonton filem lagenda tersebut.
7. Busker – RM96,000
Busker merupakan sebuah filem muzikal romantik Malaysia yang dilakonkan oleh Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Lia Natalia dam Anas Ridzuan. Fiem terbitan Astro Shaw itu dilihat kurang mendapat sambutan juga menerusi masalah kegagalan komersial.
Ads
8. Bukan Cinta Malaikat- RM127,000
Bukan Cinta Malaikat merupakan filem arahan Aziz M. Osman dengan kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Walaupun dibarisi pelakon hebat seperti Ashraf Muslim dan Nora Danish, filem cinta ini dilihat gagal untuk menyayingi filem cinta Islamik Indonesia seperti Ayat-Ayat Cinta dan Syurga Yang Tak Dirindukan.
9. Makrifat Cinta- RM138,000
Walaupun filem ini dibarisi banyak pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Nora Danish, Adi Putra, Nabila Huda dan Puteri Balqis, filem ini dilihat gagal untuk menarik minat penonton. Meskipun menggunakan teknik Motion Poster, filem ini turut disenaraikan sebagai salah satu daripada filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah 2018.
10. Blok 404- RM220,000
Blok 404 merupakan filem seram Malaysia 2018 arahan Azma Aizal Yusoof terbitan DBI Entertainment. Ia merupakan pembikinan semula daripada telefilem dengan judul sama arahan Silver Chung lakonan Zamarul Hisham dan Nabila Huda yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 2003. Namun, filem ini tidak dapat meneruskan fenomena tersebut apabila hanya menerima jumlah kutipan sebanyak RM220,000 sahaja.
Namun harus diingat, filem yang mendapat kutipan pecah panggung tidak semestinya merupakan filem terbaik dan begitulah sebaliknya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Mierul Aiman menempelak tindakan sekumpulan individu yang dilihat sengaja meletakkan kaki di bahagian kepala kerusi di sebuah panggung wayang.
Menurut Mierul, tindakan tersebut sememangnya sangat biadap dan tidak menghormati penonton-penonton yang lain.
“Perbuatan yang sangat jijik daripada rakyat kita sendiri. Kotor dan jelek. Kita ni biar nampak bodoh tapi jangan jadi bodoh.
“Hormat tak susah tapi jangan ambil mudah,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Projek; Exit itu menerusi beberapa hantaran di aplikasi X.
Katanya lagi, dia terpaksa bersuara selepas menerima foto tersebut daripada salah seorang peminatnya.
Dalam pada itu, Mierul turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa menjaga adap walaupun di mana sahaja kita berada.
“Maaf bertanya, benda normal ke ni? Sebab saya first time nampak. Kita ni maju macam mana sekalipun, adat dan warisan tok moyang kita jangan lupa.
“Jangan pernah rasa tempat orang lain macam rumah kita sendiri. Ketinggian adab itu merendahkan takhta kita,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan oleh Mierul selain turut berharap agar perbuatan seperti ini tidak menjadi tabiat pada masa akan datang.
“Perangai tak bertamadun betul lah. Paling pantang orang letak kaki atas or tepi celah seat, jenis berbual tak pandang kiri kanan dan yang main phone screen terang kemain. Dalam wayang kot, common sense kelaut dalam.
“Tak normal tapi dekat wayang mostly memang banyak jenis manusia macam ni. Bila kita tegur, tarik muka perli-perli. Same to bila kena tegur dengan pekerja wayang tu, ehh marah balik pekerja wayang tu dah pehal ek.
“Kene tegur nanti confirm riuh. Biasalah orang-orang bodoh ego dia tinggi. Tak sedar diri tu bodoh.
“Ada camera CCTV, patut kena denda RM100 diorang semua ni. Baru terciduk nak bayar.
“Aku tengok orang angkat kaki kat dalam kereta pun dah pelik, apatah ini di dalam panggung ramai orang yang melihatnya. Adab dimana adab,” antara komen-komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Isntagram & X Mierul Aiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ezad Lazim mendedahkan ada peminat yang bertanya mengenai keadaan wajahnya yang terlihat mengalami kecederaan pada bahagian pipi kiri.
Menurutnya, ada yang menangis seterusnya mendoakan Ezad diberikan kesembuhan.
Bagaimanapun, ia hanyalah kesan efek solekan bagi memenuhi karektor wataknya sebagai Husin menerusi drama rantain terbaru, 7 Hari Mencintaimu 3.
“Ramai juga yang DM saya. Tanya kenapa dengan muka saya. Ada yang sampai nangis. Siap doakan saya cepat sembuh.
“Apa pun saya hargai atas keprihatinan anda semua. Sebenarnya ini adalah hasil make up untuk karekter saya dalam drama #7harimencintaiku3.
“Watak saya sebagai husin, seorang suami yang ditimpa musibah hingga strok sebelah badan. Pada Yang belum layan drama hebat ini boleh saksikan Di TV3 setiap hari jam 7 malam,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir mengakui bahawa dia pernah banyak kali berputus asa dalam industri muzik.
Bagaimanapun, Faizal tenang menghadapi segala kecaman dari netizen sepanjang kariernya bergelar seorang artis.
“Banyak kali pernah nak putus asa sehinggalah sekarang ini pun sama.
“Sebagai masnusia, kita tak pernah akan ada satu benda dalam jangka masa panjang, mislanya kita senang, tak selamanya senang.
“Kita akan rasa susah juga. Tapi susah, tak selamnaya susah. Jadi dalam dunia ini tak ada yang kekal,” kongsi pemilik lagu Bisa Aja.
Kongsinya menerusi video Youtube Zayan My, Faizal sudah lali dengan kecaman netizen.
“Dalam kehidupan seharian kita pasti ada orang yang nak hentam kita. Mungkin sebab saya seorang selebriti, orang nampak.
“Tapi secara logik akal, semua orang akan hentam apabila kita ada buat kesilapan.
“Orang memang mudah cari kesalahan dan gunakan kesalahan untuk menghentam kita. Tapi pada akhirnya, kita kembali pada Allah juga,” kongsinya jujur.
“Kita baik sangat pun bukan sebab kita baik, tapi sebab Allah jaga aib kita. Benda-benda tak elok kita buat. Allah sayang kita dan Allah tutup aib kita.
“Jadi hidup ini bukan untuk puaskan hati sesiapa. Tapi saya hidup untuk puaskan Pencipta iaitu Allah,” jelas Faizal.
Sejak memulakan kerjaya sebagai pengacara televisyen pada tahun 2007, hos Malaysia Hari Ini (MHI) dan pembaca berita, Fadzly Fuad, tidak pernah berkecil hati meskipun...