Tidak kira sesiapa, sudah pasti setiap orang suka mengambil gambar swa-foto dan berkongsi di laman media sosial.
Menjadi perhatian peminat apabila ada segelintir artis wanita yang jelita misalnya yang senantiasa mengambil gambar swa-foto sambil membuat mimik muka yang kelihatan sangat comel.
Jadi jom kita lihat 5 artis wanita yang gemar berswa-foto sambil membuat mimik muka yang comel dan menawan.
1.Nora Danish
2.Ruhainies
3.Emma Maembong
4.Uqasha Senrose
5.Zahirah MacWilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ni La Suami, Dari Dulu Sampai Sekarang The Only One,” – Ada ‘Speku’ Dirinya Janda, Rupanya Dian P.Ramlee Dah 38 Tahun Sama Suami
Figura bintang senior, Dian P.Ramlee sering kali dilihat menerusi drama-drama tempatan sejak sekian lama. Bagaimanapun tidak dinafikan, bintang yang satu ini jarang sekali berkongsi sisi peribadi, apatah lagi bercerita mengenai kisahnya sekelurga.
Bagaimanapun, tidak lama dulu menerusi Instagram, Dian ada berkongsi foto lama eksklusif yang dirakamkan bersama suami, Md Amanti Ahmad.
Dian P. Ramlee atau nama sebenarnya, Safarina Mum tampil memperkenalkan suaminya yang dikahwini sejak 38 tahun lalu.
View this post on InstagramA post shared by Dian PRamlee🌹 (@dianpramlee) on
“Ni la suami mummy … dr dulu smpai la skrg the only 1.. masih lg bersama .. kami berkenalan umur mummy 19 thn … umur mummy 20 thn kami bertunang … mummy menikah 23 thn pd 28hb sept 1981 alhamdullillah hingga la hari ini.
“Mummy seorg yg conservative xsuka dgn gossip n publicity.. dlm mcm tu pun org bercrite konon nya mummy ni kahwin 2 kali ataupun janda skrg ni pdhal mummy masih lg bersama suami.. nnt raya mummy akn upload gambar terbaru family,” tulisnya.
Sejak itu, Dian dilihat lebih kerap untuk berkongsi fotonya bersama suami dan anak-anak menerusi media sosial.
View this post on InstagramAssalammualaikum … Happy Monday .. mummy n @_aarianti 😘😍
A post shared by Dian PRamlee🌹 (@dianpramlee) on
View this post on InstagramA post shared by Dian PRamlee🌹 (@dianpramlee) on
View this post on InstagramSunday is family day… Happy Sunday to all💖💖💖
A post shared by Dian PRamlee🌹 (@dianpramlee) on
Sementara itu memetik Berita Harian, bintang ini tidak menafikan ada yang membayangkan dirinya janda kerana tidak berkongsi foto bersama famili.
“Suami saya dari dulu sampai sekarang cuma seorang dan kami masih bersama. Kami berkenalan ketika usia saya 19 tahun dan setahun selepas itu, kami bertunang.
“Kami bernikah ketika saya berusia 23 tahun dan Alhamdulillah, rumah tangga kami bertahan hingga hari ini. Dalam hal peribadi, saya agak konservatif dan tidak suka gosip serta publisiti.
“Tetapi, masih ada yang buat cerita kononnya saya pernah dua kali kahwin, selain dikatakan janda apabila tidak berkongsi gambar bersama keluarga,” katanya seperti yang dipetik.
View this post on InstagramKoleksi gambar2 favourite mummy ❤❤❤
A post shared by Dian PRamlee🌹 (@dianpramlee) on
Hampir 38 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Md Al Safrin, 36, Siti Arianti, 31, dan Siti Adianti, 24.
Dian P. Ramlee memulakan karier seninya pada era 70-an dan turut membintangi beberapa buah filem hits, antaranya Kisah Seorang Biduan.
Foto: Instagram Dian P.Ramlee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berjaya Lagi Khatam Quran, Datin Fouziah Gous Zahir Bersyukur -“Alhamdulillah Dengan Izin Allah SWT, Yang Pertama Untuk Tahun Ini…”
Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous menzahirkan rasa syukur dan gembira apabila berpeluang sekali lagi khatam Al-Quran buat kali pertama pada tahun ini.
Aktres jelita berusia 39 tahun itu telah berkongsi kegembiraan itu bersama peminat menerusi satu perkongsian di akaun media sosial Instagram miliknya.
Tambahnya lagi dalam perkongsian tersebut, dia mahu mengabadikan kejayaannya itu sebagai satu kenangan buat dirinya.
“Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT selesai khatam yang pertama untuk tahun ini (simpan disini utk kenangan ),” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat juga dilihat telah menitipkan ucapan tahniah atas kejayaan ibu kepada dua orang cahaya mata itu.
“Alhamdulillah…terbaik Datin,” tulis peminat.
“terbaik sis,” puji seorang wargamaya.
“Alhamdulillah,” tulis ringkas seorang peminat yang lain.
Imbas kembali, Fouziah sebelum ini pernah berjaya untuk khatam Al-Quran pada sambutan hari Nuzul Al-Quran, tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fouziah Gous
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syatilla Melvin Sedia Kongsi Ilmu Bisnes Dengan Rakan Artis, Komen Status Bergelar Jutawan – “Andai Kata Suami Lari, Kita Kena Secure Hidup Siap-Siap.”
Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkongsi ilmu perniagaan dengan sesiapa pun termasuklah rakan artis.
Jelas Syatilla, dia sedia untuk menghulurkan bantuan daripada peringkat awal sehingga mereka mahir untuk menguruskannya sendiri.
“Memang ada rakan-rakan artis yang cuba datang dan saya memang akan tolong. Kalau mereka buat silap dan bertanyakan soalan, saya rela hati nak bantu sebab saya ada pengetahuan serta ilmu.
“Kenapa pula saya nak berahsia atau simpan sendiri? Jadi, saya memang akan kongsikan segalanya daripada susun strategi sehinggalah nak cari stockist dan pelanggan. Saya memang terbuka untuk berkongsi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam ini turut menasihati para rakan artis untuk mula menceburi bidang perniagaan supaya mereka tidak hanya bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja.
“Saya pun banyak juga bercakap dengan kawan-kawan artis, sampai bila nak berlakon? Ambil sahaja saya sebagai contoh, saya dah berlakon lama sangat tapi saya tak boleh simpan duit macam mana saya simpan selepas berniaga.
“Sebab itu saya menyeru kepada mereka yang berlakon ini tidak salah tetapi tetap kena fikir juga apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Sebagai contoh selepas kita berkahwin, kemudian ada anak pula dan kita pun tak tahu apa akan jadi dengan rumah tangga kita nanti.
“Andai kata suami kita lari tinggalkan kita, kita harus secure hidup kita siap-siap. Itu yang saya kongsikan kepada mereka. Kena ada perancangan lain dan jangan harapkan hanya satu punca pendapatan sahaja,” jelasnya lagi.
Syatilla berkata sedemikian dalam satu temu ramah bersama MH baru-baru ini.
Ibu kepada dua orang anak ini turut memaklumkan yang dia tidak akan mengenakan sebarang bayaran ketika memberi tunjuk ajar kerana dia mahu melihat lebih ramai lagi artis yang berjaya di dalam dunia perniagaan selepas ini.
“Saya memang tidak kenakan apa-apa bayaran. Walaupun artis tu saya kenal atau tidak, kalau mereka ajak berjumpa saya memang rela hati untuk berkongsi.
“Saya pun nak tengok mereka berjaya. Di kalangan artis di Malaysia, tak ramai yang berjaya buat produk mereka secara konsisten. Saya cuma mahu menjadi salah seorang yang terawal yang kekal di dalam dunia bisnes,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai statusnya sebagai jutawan, Syatilla mendedahkan dia sebolehnya mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk memberi manfaat kepada orang lain.
“Saya tak tahu nak jelaskan macam mana, kalau ya sekali pun, itu rezeki Allah. Saya pun tak sangka tapi bagi saya gelaran jutawan tu tak membawa maksud apa-apa pun.
“Kalau saya jutawan sekalipun, saya akan gunakan gelaran tersebut bukan untuk membangga-bangga diri tetapi untuk beri manfaat yang lebih kepada orang ramai,” akhirinya.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI