Hari ini, seluruh umat Islam bakal menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah S.A.W ianya pasti bermakna buat mereka yang berangkat ke tanah suci, Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.

Bersempena itu, MH kongsikan beberapa selebriti tempatan yang sudah dan bakal menjalankan ibdah umrah bulan ini.

  1. Siti Sarah & Shuib

Selepas berjaya menamatkan cabaran BeeMan Challange, pelawak, Shuib Sepahtu telah membawa isterinya, Siti Sarah untuk menunaikan ibadah umrah. Mereka dilaporkan telah bertolak ke tanah suci, Mekah pada  13 November lalu.

2. Syamsul Yusuf

Sebentar tadi, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusuf mengumumkan dia bersama keluarganya akan berangkat ke Mekah pada hari ini. Berita tersebut telah dikongsikan sendiri oleh isterinya, Puteri Sarah di laman Instagram. Apa-apa pun, MH doakan semoga segala urusan mereka dipermudahkan.

3. Marsha Milan

IKLAN

Ketika ini, penyanyi dan pelakon, Marsha Milan sedang berada di Kota Mekah bagi menunaikan umrah bersama keluarga mertuanya. Menerusi perkonsian Marsha di Instagram, penyanyi tersebut dilihat gembira menikmati suasana indah di tanah suci. Sebuah video juga telah tular di media sosial yang memperlihatkan Marsha sedang melindungi ibu mertuanya yang sedang solat di hadapan Ka’abah.

4. Shahida D’Herbs

IKLAN

Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida memutuskan untuk pergi ke Mekah tanpa kehadiran suaminya di sisi. Namun apa yang menariknya, kali ini DS Shahida berangkat ke Tanah Suci dengan hanya bertemankan anak bongsunya, Yusoff Al-Qardawi.

5. Fouziah Gous

Baru sahaja memunaikan fardhu haji beberapa bulan lalu, rezeki pelakon, Fouziah Gous dilihat bertambah murah apabila sekali lagi dia dijemput ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Fouziah turut berkongsi beberapa fotonya bersama keluarga di laman Instagram

IKLAN

6. Datuk Nassier Wahab

Penyanyi, Datuk Nassier Wahab turut tidak ketinggalan menunaikan fardhu umrah di bulan istimewa ini. Sepanjang sesi umrahnya itu, Datuk Nassier sering berkongsi suasana ketika berada di kota Mekah bersama pengikutnya di Instagram.

7. Mark Adam

View this post on Instagram

Masjid Quba

A post shared by Ezan Marzan Echivarre (@ezzpowers) on

Penyanyi dan pelawak, Mark Adam mengakui berasa sebak apabila mengetahui permohonannya untuk berangkat ke kota suci, Mekah diluluskan. Menerusi perkongsian di laman Instagram, Mark bersama isteri dilihat gembira merasai pengalaman pertama mereka berada di bumi kelahiran Rasulullah itu

Foto: Instagram Artis Terlibat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI