Hari ini penyanyi dan juga pelakon, Siti Nordiana menyambut hari kelahirannya yang ke-34. Lahir pada tanggal 22 November 1984, nama anak jati Felda Sendayan, Negeri Sembilan ini kembali meningkat naik selepas menjuarai program nyanyian popular, Gegar Vaganza musim ke-2.

Namun, jika diingat kembali, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana merupakan antara penyanyi remaja yang popular sekitar lewat tahun 90-an.

Jadi, bersempena dengan ulang tahun kelahirannya itu, ini MH bawakan 10 fakta menarik mengenai penyanyi yang popular menerusi lagu Terpaut Sayang Padamu.

  1. Permulaan Karier

Nana memulakan kariernya menceburi bidang seni suara pada tahun 1999 ketika usianya baru 15 tahun. Memiliki suara yang lunak serta rupa paras yang cantik, tidak hairanlah Nana berjaya untuk menghasilkan lima buah album solo.

2. Duo Achik & Nana

Selain bergelar penyanyi solo, Nanaturut popular menerusi gandingan duetnya bersama penyanyi, Achik yang merupakan vokalis kumpulan Spin. Mereka terlebih dahulu mengenali antara satu sama lain ketika zaman remaja di Negeri Sembilan. Kemudian, mereka sama-sama menyertai syarikat rakaman FMC seterusnya menjadi pasangan duet yang diminati ramai.  Antara lagu duet mereka yang masih popular sehingga kini ialah seperti Paling Comel, Memori Berkasih dan Gurauan Berkasih

3. Karier lakokan

Selain bergiat aktif dalam bidang seni suara, Nana turut mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Nana telah muncul dalam beberapa buah drama seperti Wad 04, Helah, Prahara, 3 Dara Pingitan, Nenas Dan Ikanku, Aku Budak Minang 2 dan Anak Tengi. Pada 2016, Nana muncul dalam drama bersiri arahan Michael Ang, Dia Semanis Honey yang diadaptasi daripada novel karya Dila Dyna. Lakonan Nana dan Alif Satar mendapat tempat di hati peminat, sehinggakan drama Dia Semanis Honey menjadi kata carian paling banyak di Google Malaysia.

4. Alam Perkahwinan

Nana mendirikan rumahtangga dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada tanggal 29 April 2006. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie, lahir pada 21 Mac 2008. Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 14 September 2009. Faizal bagaimanapun meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

5. Imej Berhijab

Pada tahun 2011, Nana mengumumkan akan mengenakan hijab secara kekal. Pengumuman tersebut dibuat pada bulan Ramadhan. Menurut Nana, niatnya terdetik untuk memakai tudung selepas banyak membaca buku mengenai perihal Islam.

6. Berniaga Pasar Malam

Sebelum mendapat peluang kedua bergelar penyanyi, Nana pernah melalui fasa kehidupan berliku untuk menampung kehidupan dia dan anaknya. Nana yang berputus asa dengan karier nyaniannya akhirnya memutuskan untuk berniaga di pasar malam.

7. Juara Gegar Vaganza

Gegar Vaganza musim ke-2 telah menjadi titik tolak permulaan semula karier Nana dalam bidang nyanyian. Nana telah dinobatkan sebagai juara menumpaskan peserta lain seperti Farah Dhiya, Ezad Lazim dan Nassier Wahab. Selepas itu, Nana berjaya mengekalkan popularitinya sehingga sekarang.

8. Perniagaan

Bermula tahun 2012, Nana menjalankan perniagaan busana Muslimah dengan label yang diberi nama Paling Comel. Nana kemudiannya melancarkan jenama tudungnya sendiri, NanaRayyan pada tahun 2016. Selepas sukses dengan jualan tudung dan busana muslimah, pada awal tahun 2017, Nana tampil dengan produk terbaharu iaitu koleksi gincu yang diberi nama SND.

9. Buku

Pada tahun ini, Nana telah melancarkan buku tulisannya yang bertajuk Life Goes On. Buku tersebut mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Life Goes On menceritakan tentang perjalanan hidup Nana sepanjang bergelar anak seni.

10. Gosip bersama Zoey Rahman

Sebelum ini, ada desas-desus yang mengatakan bahawa Nana mempunyanyi hbungan mesra bersama pengacara Zoey Rahman. Spekulasi makin bertiup kencang apabila mereka dilihat pergi menunaikan umrah bersama. Namun, Nana tampil memberikan penjelasan memberitahu, hubungannya bersama Zoey hanyalah sekadar berkawan dan tidak lebih daripada itu.

Foto: Instagram Siti Nordiana