Menjadi Impian setiap atlet untuk bersaing di Sukan Olimpik. Merupakan pertandingan yang mengumpulkan persaingan dari seluruh dunia, pingat olimpik menjadi antara pingat dambaan bagi setiap atlet profesional.
Malaysia antara negara yang tidak terkecuali menyertai suka tersebut sejak sekian lama. Mula menuai pingat rasmi pada edisi Olimpik Barcelona 1992, setakat ini hanya lima atlet bertanding pernah memenangi dua atau lebih pingat tersebut.
Kehebatan Datuk Lee Chong Wei tidak dapat disangkal. Beliau antara atlet veteran negara yang banyak membawa nama Malaysia ke puncak. Kini beliau masih memegang rekod sebagai atlet Malaysia paling banyak pingat olimpik iaitu 3 perak. Kesemua itu diperolehnya dalam perlawanan perseorang badminton pada Olimpik edisi 2008, 2012 dan 2016.
Datuk Pandelela Rinong menjadi atlet wanita pertama Malaysia menang medal Olimpik secara rasmi dan merupakan medal pertama Malaysia dalam sukan bukan badminton. Penerjun negara ini memenangi pingat gangsa bagi Olimpik London 2012 bagi acara 10-meter platform dan pingat perak bagi Olimpik Rio 2016 bagi acara platform serentak 10-meter.
Anak kelahiran Terengganu ini menjadi pemecah tempok pingat acara ketiga yang mendapat pingat di pentas Olimpik menerusi acara Individu Keirin. Datuk Azizulhasni Awang memperoleh pingat gangsa pada edisi Olimpik Rio 2016 dan meraih perak pada edisi Olimpik Tokyo 2020. Kini dia dalam misi untuk memperoleh Emas pertama negara bagi Olimpik Paris 2024 dalam acraa Individu Keirin yang dijangka berlangsung pada 10 Ogos ini.
Soh Wooi Yik dan Aaron Chia menjadi atlet terbaharu yang berjaya memperoleh 2 pingat di Sukan Olimpik apabila berjaya mengekalkan gangsa dalam acara beregu lelaki Badminton. Sebelum ini mereke terlebih dahulu pertama kali menggenggam pingat olimpik acara yang sama bagi edisi Tokyo 2020.
Setakat ini Malaysia sudah memiliki 15 pingat di Sukan Olimpik merangkumi 8 perak dan 7 gangsa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan