Tahun demi tahun, industri seni kini memperlihatkan peningkatan golongan selebriti yang hijrah untuk menjadi individu yang lebih baik daripada sebelumnya. Ada di antara yang dahulunya kerap muncul di kaca televisyen, kini banyak mengisi program ilmu atau ceramah motivasi.
MH kongsikan lima kisah para selebriti popular yang wajar dijadikan contoh ke arah positif.
1. Sham Kamikaze
Bila sebut sahaja nama Sham Kamikaze, apakah perkara pertama yang meniti di fikiran? Sudah tentu mengenai kehebatannya memetik gitar yang satu ketika dahulu sering mengiringi konsert-konsert besar negara seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak dan banyak lagi. Sham atau nama sebenarnya Shamril bin Mohd Salleh kini dilihat ada memberikan ceramah menerusi program anjuran stesen TV tempatan selain turut mengembangkan usaha dakwahnya melalui muzik.
2. Iwan Dangdut
Bekas penyanyi dangdut, Iwan atau kini lebih dikenali sebagai Iwan Syahman merupakan antara selebriti yang ‘bertukar’ 360 darjah daripada kehidupan masa lampaunya. Iwan yang duhulunya popular menerusi lagu Memori Daun Pisang, kini kerap menyertai sesi tabligh untuk mencari ilmu agama. Pada masa sama, Iwan masih dilihat aktif didalam bidang seni apabila banyak membawakan lagu-lagu berentak ketuhanan.
3. Lah Ahmad
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lunak, Lah Ahmad. Lah merupakan salah seorang anggota kumpulan R&B popular, VE yang menjadi fenomena bagi seluruh rakyat Malaysia satu ketika dahulu. Lah kini bergerak solo dengan lagu-lagu dakwah seiring dengan imej barunya. Dalam misi belajar agama, Lah secara tidak sengaja berjumpa rakan lama dan diajak untuk menyertai kumpulan Al-Mawlid dianggotai rakan dari kumpulan Ruffedge, V.E dan Innuendo.
4. Shamsul Ghau Ghau
Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau mula mencungkil nama di program mencari bakat, Sinaran Passport Kegemilangan 1994. Lantaran itu, namanya kian popular malah pernah diangkat sebagai salah seorang pelawak tersohor negara disamping kumpulan lawak popular Senario. Kini Shamsul telah banyak mendalami ilmu agama dan seterusnya kerap menjadi tetamu undangan dikebanyakkan majlis agama. Untuk pengetahuan, Shamsul juga telah diumumkan sebagai penceramah bertauliah selepas lulus temu duga bersama Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
5. Adam Corrie Lee
Pelakon aksi dan peraka tari, Adam Corrie Lee yang popular memerusi watak Dragon dalam filem KL Gangster memutuskan untuk kembali kepada fitrah pada usia 39 tahun. Penghijrahan Corrie tidak terhenti begitu sahaja apabila dikatakan setiap tahun dia akan mengumpul dana sebanyak RM400,000 untuk membawa jemaah mualaf menunaikan umrah dibawah program Kembara Iman Saudara Baru.
Foto: Carian Google