Nama yang cukup besar dan berbakat dalam dunia lakonan, Fasha Sandha sering mendapat perhatian peminat.
Walaupun pernah gagal dalam rumah tangga yang terdahulu, Fasha Sandha bakal bertemu jodoh sama Aidil Aziz yang juga merupakan seorang pelakon.
Jadi jom kita lihat 10 fakta menarik mengenai aktres yang bernama Fasha Sandha ini.
1. Fasha Sandha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Binti Hassan telah dilahirkan pada 28 Mac 1984 di Johor Bahru, Johor dan membesar di Seberang Perai, Pulau Pinang dan Perlis.
2. Pelakon jelita ini merupakan anak kedua daripada empat adik beradik. Kakak kepada Fasha bernama Nur Fasyina Sandha, manakala dua adik kepada Fasha, Nur Elisya Sandha dan Ikmal Daniel.
3. Pada usia 18 tahun, Fasha telah memulakan karier sebagai model peragawati. Ketika itu, wajah Fasha sudah mula dikenali menerusi iklan-iklan yang bernama besar seperti Maxis, Nokia, Maybelinne, Fair & Lovely dan banyak lagi.
4. Setelah setahun berada di dalam bidang peragaan dan model, Fasha telah mengorak langkah sebagai seorang pelakon. Pada tahun 2003, Fasha telah memegang watak pembantu dalam filem Black Maria yang merupakan kemunculan kali pertama buat Fasha.
5. Selepas itu, lakonan Fasha makin dikenali oleh penonton apabila Fasha sering berlakon di dalam drama bersiri yang mendapat sambutan hangat seperti Natasha, Impak Maksima, Chinta, Syurga Yang Kedua dan banyak lagi. Sehingga kini, Fasha sudah hampir 20 tahun bergelar sebagai seorang pelakon.
6. Di samping itu, nama Fasha sering menjadi perbualan hangat di kalangan media dan netizen Fasha pernah berdepan krisis bersama dengan seorang pelakon, Nora Danish.
7. Ketika Fasha berusia 28 tahun, Fasha menamatkan zaman bujangnya bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 27 April 2012. Menjadi perhatian peminat apabila Jejai melamar Fasha menaiki helikopter.
8. Bagaimanapun, jodoh Fasha bersama Jejai tidak panjang apabila mereka telah disahkan bercerai pada 20 Januari 2016 setelah 4 tahun menyemai kasih bersama.
9. Bukan suatu perkara yang mudah untuk melalui fasa solo, Fasha tetap meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anaknya walaupun bergelar sebagai ibu tunggal. Fasha telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Putra Rayfal Ramli, 5 tahun dan Putri Raysha Jemaima, 4 tahun.
10. Fasha telah menjalinkan hubungan percintaan bersama seorang pelakon bernama Aidil Aziz. Mereka telah mengikat tali pertunangan pada 18 November 2018 dan majlis pertunangan mereka hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat. Mereka berdua dijangka akan disatukan tak lama lagi. Tahniah!
Sumber : Carian Google/ Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI