Siapa sahaja yang tidak meminati untuk menonton drama rantaian terutama sekali penonton setia drama tempatan. Betul tak?

Jadi, jom kita tengok 5 drama yang telah menjadi trending dan hit di laman media sosial.

1.Cari Aku Di Syurga

#MHTRIVIA Pasti Melekat Depan TV, Ini 5 Drama Rantaian Paling ‘In’ Sekarang, Jalan Cerita Terbaik!

Drama Cari Aku Di Syurga kini telah menjadi trending di laman media sosial apabila lakonan Janna Nick berjaya membawa watak sebagai seorang isteri yang derhaka kepada suaminya di dalam drama tersebut.

Bukan itu sahaja, drama rantaian ini telah dibintangi barisan pelakon hebat lainnya seperti Aeril Zafrel, Mimi Lana, Maria Farida dan ramai lagi.

2.Curi-Curi Cinta

#MHTRIVIA Pasti Melekat Depan TV, Ini 5 Drama Rantaian Paling ‘In’ Sekarang, Jalan Cerita Terbaik!

IKLAN

Drama yang berkisahkan tentang seorang anak yang derhaka kepada ibunya pasti akan menarik perhatian penonton tambahan lagi dilakonkan oleh pelakon yang memukau seperti Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Uyaina Arshad, Ku Fridah dan ramai lagi.

Curi-Curi Cinta ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria. Dah nak sampai ke episod akhir!

3.Pia

#MHTRIVIA Pasti Melekat Depan TV, Ini 5 Drama Rantaian Paling ‘In’ Sekarang, Jalan Cerita Terbaik!

IKLAN

Pia juga merupakan sebuah drama yang telah mendapat tempat di hati penonton kerana mempunyai jalan cerita yang menyentuh hati. Drama yang berkisahkan tentang kasih sayang seorang kakak yang mempunyai adik yang cacat dan menghadapi konflik kehidupan.

Drama ini telah dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang berbakat besar seperti Zara Zya, Alif Satar, Azira Syafinaz, Sheila Rusly dan ramai lagi.

4.Aku Yang Kau Tinggalkan

#MHTRIVIA Pasti Melekat Depan TV, Ini 5 Drama Rantaian Paling ‘In’ Sekarang, Jalan Cerita Terbaik!

IKLAN

Drama Aku Yang Kau Tinggalkan adalah sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel cinta yang menceritakan kisah percintaan Nia dan Zaril Ikhwan berkahwin atas bukan dasar cinta.

Drama ini telah dilakonkan oleh Elizad Sharifudin, Ungku Ismail Aziz dan drama ini telah ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di siaran TV1.

5. 30 Pesanan Suara

#MHTRIVIA Pasti Melekat Depan TV, Ini 5 Drama Rantaian Paling ‘In’ Sekarang, Jalan Cerita Terbaik!

Sebuah drama yang juga mendapat perhatian penonton setia drama rantaian iaitu drama berjudul 30 Pesanan Suara kerana dikatakan sebuah drama yang sangat ‘sweet’ dan romatik.

Drama yang menceritakan kisah percintaan Safira dan Iman yang sangat romatis ini telah dilakonkan oleh Hannah Delisha dan Shukri Yahaya.

Sumber : Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI