MH berkesempatan menonton filem aksi Jepun berjudul Kingdom apabila pihak Pimeworks Studios membawakan kepada kami filem aksi penggembaran berkenaan, baru-baru ini.

Filem arahan Shinsuke Sato ini berlatarbelakangkan zaman China purba,  iaitu seorang anak yatim bernama Shin lakonan Kentoo Yamazaki yang mengimpikan untuk menjadi seorang Jeneral demi mengubah status hidupnya sebagai hamba.

Pengembaraannya untuk memegang status Jeneral terhebat Kerajaan Qin bermula apabila Shin dan Eisei, lakonan Ryo Yoshizawa yang bakal menjadi maharaja Qin, mula bersekutu.

Malah, mereka juga bekerjasama untuk menuntut semula takhta Eisei dan menyatukan negeri-negeri berperang semenjak 500 tahun lalu.

Jadi, MH kongsikan trivia filem berdurasi 2 jam 20 minit ini yang mugkin korang tak tahu.

Kutipan melebihi 5 bilion Yen di Jepun

Filem Kingdom berjaya meraih lebih 5 bilion Yen ((USD46 juta) dan mendapat tontonan seramai 3.7 juta penonton sejak ditayangkan sejak 19 April lalu di Jepun.

Filem ini bakal ditayangkan di negara ini pada 18 Julai depan.

Adaptasi dari sebuah siri Manga (komik)

Filem yang diadaptasi dari sebuah siri Manga karya Yasuhira Hara dan diterbitkan oleh Shueisha sejak tahun 2006 ini juga merupakan filem aksi pengembaraan yang diarahkan Shinsuke Sato.

Antara karya lainnya seperti Bleach (2018), Gantz (2011) dan Death Note: Light Up the New World (2016) juga turut dihasilkan oleh Sony Pictures Japan.

 

Lakonan hebat dari aktor muda dan tampan

Lakonan hebat dari Kentoo Yamazaki sebagai Shin dan Ryo Yoshizawa sebagai Hyou/Esei (dalam filem ini mereka pelanduk dua rupa). 

Kedua-dua aktor ini masing-masing berusia 25 tahun.

 

Hubungan persahabatan yang utuh

Hubungan persahabatan antara Shin dan Hyou terjalin sejak kecil apabila mereka menjadi hamba sejak kematian ibu bapa masing-masing.

Malah, keduanya sentiasa melatih diri untuk menjadi pahlawan. 

20 tahun kemudian, hubungan mereka berakhir apabila Hyou terlibat dalam sebuah peperangan kerana menganggap Hyou adalah Esei. 

Lalu, Shin mahu membalas dendam dan menuntut pembelaan di atas kematian rakannya itu.  

 

Jangan mudah putus asa

Meski Shin terlibat dalam pertempuran peperangan seramai 80,000 tentera, namun mendiang Hyou sentiasa memberikan kata-kata semangat buat Hyou.

Secara tidak langsung, Shin bangkit dan menentang untuk menyatukan kerjaan Qin.

 

Sifat tamak perebutan takhta dalam kalangan adik-beradik

Angkara sifat tamak hubungan adik-beradik tiri (berlainan ibu), Seikyou lakonan Kanata Hongoyang sememangnya berdarah bangsawan, manakala Hyou berdarah rakyat biasa. 

Namun, Hyou pula diiktiraf sebagai Raja.

Lantas, perkara ini membuatkan Seikyou berasa geram dan ingin membalas dendam agar kerajaan Qin berada di bawah  naungannya.

Foto/Video: Instagram Kingdom Movie/YouTube

Apa Kata Anda