Mengimbau kembali detik bersejarah lebih dua dekad lalu bersama kumpulan New Boyz, penyanyi, Tomok ada berkongsi sebuah video yang memaparkan tempat di mana mereka mengadakan sesi rakaman daripada album pertama hingalah yang terkahir.
Jelas Tomok, tempat ini amat bersejarah buat dirinya kerana hampir 90 peratus lagu-lagu New Boyz telah dirakamkan di sini.
Katanya lagi, selain New Boyz, studio ini turut telah digunakan oleh ramai penyanyi ternama yang lain antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Noraniza Idris, Handy Black dan ramai lagi.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum, saya nak share dengan anda semua tempat di mana saya memulakan karier saya di awal pembabitan di dalam industri seni bersama dengan New Boyz.
“Belakang saya ini adalah studio yang bersejarah buat kami. Boleh dikatakan hampir 90% lagu-lagu kami dirakamkan di sini.
“Saya nak bawa anda masuk ke dalam dan lihat sendiri tempat recording New Boyz. Ramai juga artis yang pernah buat rakaman dekat sini seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Noraniza Idris, Handy Black dan ramai lagi,” katanya.
Video berdurasi lebih tiga minit itu dikongsikan oleh Tomok menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang anak ini turut meluahkan rasa syukur kerana berberkesempatan untuk mengadakan sesi rakaman di salah satu studio terbaik di negara ini.
“Terlalu banyak kenangan. Rasa bertuah dapat merakamkan album di antara studio rakaman yang terbaik kat Malaysia
“Video clip Sejarah Mungkin Berulang pun kami record kat studio ni. Oh ya,video ni saya rakam sebelum puasa hari tu tau,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkogsian tersebut selain turut meluahkan rasa rindu terhadap Kumpulan New Boyz.
Sumber: Instagram Tomok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI