Terbaru, pengarah terkenal Michael Ang ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Michael memaklumkan bahawa dirinya telah diserang penyakit wabak Influenza A.
Lalu, pengarah berusia 43 tahun itu turut berkongsi keputusan makmal yang dikeluarkan oleh pihak hospital bersama pengikutnya.
Di samping itu, Michael memberi nasihat kepada peminat untuk sentiasa menjaga kesihatan.
“Salam semua! Influenza A pulak! APO!!!!!! Nampaknya sambung cuti lagi! Heheheheh take care guys n luv u all!!!!,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Michael kembali pulih dan sihat seperti sediakala.
Foto: Instagram Michael Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Yang Meninggalkannya Atau Dia Yang Meninggalkan Kita” – Kata Aeril, Cinta Pasti Akan Diakhiri Perpisahan…
Menitipkan pesanan hikmah di laman Instagram, hujah Aeril Zafrel mengenai cinta cukup mendalam. Ulasnya, cinta pasti akan diakhiri dengan perpisahan.
Apabila telah menyayangi sepenuh hati, bersiap sedialah untuk berpisah suatu hari nanti. Cukup mendalam dan terkesan dalam hati.
“Adapun di dunia, betapapun kuat tali cinta tersebut, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam peringatkan dalam sabdanya :.
“Cintailah siapa yang kau kehendaki, sungguh engkau akan berpisah dengannya..” (Silsilah al-ahaadits as-shahihah no 831)
“Cinta di dunia pasti diakhiri dengan perpisahan..
“Cinta di dunia pasti diakhiri dengan kesedihan..
“Jika kita telah menjalin cinta, telah mencintai, telah jatuh cinta dan telah menyayangi, maka bersiaplah suatu hari kita akan berpisah dengannya..
“Kita yang meninggalkannya atau dia yang meninggalkan kita..
“Tidak ada kebahagiaan dan cinta yang sempurna kecuali hanya di surga.
“Hanya di surga, Cinta Tanpa Perpisahan dan Cinta Tanpa Henti.”
View this post on InstagramA post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
Terkesan dengan pengakhiran cinta manusia, ulas netizen, tiada cinta yang kekal di dunia kecuali cinta Allah.
Malah, ada yang berkongsi pengalaman ditinggalkan menjelang hari pernikahan.
Foto – Instagram Aeril Zafrel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Nak Jadi Macam Ayah Bila Dah Besar Nanti,”- Kata Anak Bongsu Tomok, Andrashah Iman
Penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut telah memaparkan gelagat anak Tomok keduanya itu yang sedang bernyanyi sambil menari.
Kongsi Tomok, anaknya bercita-cita untuk menjadi sepertinya sebagai seorang penyanyi yang berbakat.
“saya nak jadi macam ayah bila dah besar nanti -Andra-,” tulisnya.
View this post on Instagramsaya nak jadi macam ayah bila dah besar nanti -Andra-
A post shared by Tomok (@tomokofficial) on
Lantas, perkongsian yang dikongsi oleh penyanyi berusia 35 tahun itu mendapat perhatian daripada peminat.
Malah, peminat juga turut memberikan pendapat dan mengatakan anak Tomok sangat berbakat dalam bidang nyanyian.
Untuk rekod, Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abas dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Arrianshah Akid, 7, Andrashah Iman, 5.
View this post on Instagramkenangan tahun lepas..jalan-jalan di krabi..makanan kat sana sedap-sedap..setuju tak?
A post shared by Tomok (@tomokofficial) on
Video : Instagram Tomok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Bertanya Bolehkah Wanita Islam Melakukannya,” – Ardell Aryana Buka Pusat Tanggal Bulu
Selepas menceburi perniagaan berasaskan kecantikan dan pakaian, pelakon Ardell Aryana kini mula terokai ruang bisnes baru apabila membuka pusat laser bulu, Hairy Mary di Publika, Solaris Dutamas.
Perniagaan berkenaan diusahakan isteri kepada Nadzmi Adhwa ini bersama sepupunya, Dr Por Yan Sheng. Hairy Mary merupakan cawangan ketiga dibuka selepas di One City, Subang Jaya dan Midvalley.
“Ukhuwah saya dan pakcik (Dr Por) sudah terjalin sekian lama. Kami selama ini banyak berkongsi pemikiran dalam dunia perniagaan.
“Biarpun jarak usia kami dekat, tapi saya bahasakan dia sebagai pakcik mengikut pangkat dan hormat. Banyak kali juga dia mengajak saya untuk bekerjasama. Namun rezeki hanya terjalin kali ini.
“Saya banyak melihat cara orang Cina berniaga menerusinya. Begitulah sebaliknya. Ia seperti satu perkongsian pintar yang kami jalinkan dalam perniagaan ini.
“Melihat kejayaan dua premis terdahulu diusahakannya, saya nekad untuk meneruskan kerjasama sulung ini,” katanya.
Berkongsi antara sebab dia terfikir untuk melakukan kerjasama terbabit, bintang Tak Ada Cinta Sepertimu ini sendiri melihat akan kepekaan dirinya dalam menjaga kebersihan.
“Cuma pada awalnya ketika saya berkongsi video atau gambar membuat laser buang bulu, ada yang bertanya bolehkah wanita Islam melakukannya.
“Saya sendiri meleraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar. Dalam Islam sendiri mementingkan kebersihan.
“Jadi tak salah untuk kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau memberi masalah.
“Macam contoh jika di muka atau dahi kita ada bulu yang serabut atau tebal, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat,” dedah Ardell.
Pada masa sama, sebagai wanita, soal kebersihan diri sememangnya perlu diutamakan.
“Ada bahagian tertentu contohnya seperti Miss V perlu dirapi dan dikemaskan. Contohnya kalau sudah berkahwin, semua itu dibuat untuk kebaikan saat bersama suami.
“Begitu juga di bahagian ketiak dan lain lain lagi. Tambahan pula dengan buat laser tanggal bulu ini ia tidak menyakitkan berbanding waxing.
“Perhatian utama di Hairy Mary pun lebih kepada menanggalkan bulu secara kekal dengan kesan efektif,” katanya lagi.
Sementara itu, Dr Por menambah, premis perniagaan mereka lebih memberi keutamaan kepada pelanggan wanita.
“Bagi golongan lelaki juga kami sediakan untuk merapi atau menanggalkan bulu di bahagian tertentu seperti muka atau jambang. Tetapi kalau untuk golongan perempuan kita tawarkan untuk seluruh badan.
“Kami sendiri mempunyai therapist di kalangan wanita. Jadi kami sendiri mahu melindungi mereka dan mengelak daripada perkara yang tak diingini,” kata Dr Por.
Hairy Mary diasaskan Dr Por Yan Sheng sejak 10 October 2018 dengan cawangan pertamanya di Subang Jaya, One City dan beliau juga merupakan pakar estetik yang memulakan kerjayanya sejak lima tahun dahulu.
Hairy Mary menggunakan teknologi THOR light laser yang berasas dari Korea, di mana ia menggabungkan sistem penyejukan yang mengurangkan kesakitan atau rasa tak selesa semasa rawatan dan sistem penyampaian yang lebih baik daripada IPL untuk ketepatan yang lebih tinggi supaya menghasilkan keberkesanan maksimum.
View this post on InstagramA post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI