Isu pelakon bermain cinta lokasi bukan satu isu baharu sebaliknya ada dalam kalangan selebriti yang turut bertemu jodoh sehingga membawa ke jenjang pelamin.
Namun, ia menjadi isu bila mana melibatkan antara pasangan yang sudah berkahwin sehinggakan mejadi bualan hangat mengenai perkara itu baru-baru ini apabila seorang aktres didakwa cuba ‘menyondol’ hero gandingannya yang merupakan suami orang.
Bertitik tolak daripada isu hangat itu, pengarah Michael Ang telah menetapkan satu syarat di mana pelakon-pelakon yang berlakon di bawah arahannya dilarang untuk terlibat dalam cinta lokasi.
“Okay mulai hari ini, siapa-siapa pelakon lelaki atau perempuan dalam set aku, kena sign kontrak yang tidak akan bercinta dekat set.
“Stres aku nak melayan reporter tercall-call… cakap nak buat marketing la, apa la.
“Yang bercinta berskandal tu dia orang, bukan aku,” tulisnya dalam sebuah posting di laman Instagram miliknya.
Menurut Michael lagi, ia bukanlah salah pengarah sekiranya pelakon betul-betul jatuh cinta di set penggambaran.
“Bukan salah aku kalau pelakon bercinta dekat set aku.
“Aku ajar berlakon bukan suruh buat betul-betul. Suruh berlakon, bukan bercinta!” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Lagi Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Warnai Lagi Kerjaya Seni…,” – Scha Alyahya Minta Tunjuk Ajar Norzizi Zulkifli
Pelakon Scha Alyahya yang bakal terlibat di dalam filem Telaga Suriram arahan Osman Ali mengakui dia mengambil inisiatif dengan mengambil kelas lakonan tambahan sebagai mempersiapkan diri mendukung watak pengawai penyiasat bernama Karmila.
Meski produksi tersebut ada menyediakan guru lakonan (acting coach) iaitu Ellie Suriaty, namun Scha,38, mahu mempersiapkan diri apabila bakal bergandingan dengan para pelakon hebat lainnya.
Selain Scha, filem berkenaan turut dilakonkan oleh Farid Kamil, Maya Karin dan Nabila Huda.
“Saya tak nafikan ia satu cabaran besar sebab para pelakonnya semua pernah menerima pengiktirafan, termasuk Osman Ali selaku pengarah. Jadi persediaannya sudah pastinya ada. Saya ambil kelas lakonan bersama Norzizi Zulkifli.
“Saya ada bertanya saranan pelakon Vanidah Imran sebelum ini dan dalam masa sama kita ada guru lakonan juga iaitu Ellie Suriaty. Harapnya ia sedikit sebanyak dalam mencantikkan keseluruhan perjalanan filem tersebut nanti InsyaAllah” katanya.
Sanggup mencari guru lakonan secara peribadi, Scha akui tahun ini dia berazam untuk lebih fokus dalam lakonan selain mahu terlibat dalam pementasan teater.
“Memang rasa perlu ada juga guru lakonan sendiri sebab bagi saya, ia sesuatu yang saya perlukan. Watak yang diterima juga tidak pernah saya mainkan. Ia ‘heavy’.
“Malah saya juga ada impian, kalau boleh tahun ini mahu cabar ini untuk berlakon teater juga. Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mewarnai lagi kerjaya seni saya berbanding tahun-tahun sebelum ini. Itu niat saya.
“Sekiaranya ada tawaran yang menarik selepas ini, saya rasa perlu untuk buat ekstra persiapan. Sekurang-kurangnya biarlah kualiti lakonan itu setara dengan rakan pelakon lain, nampak ‘compliment’ antara satu sama lain,” katanya lagi.
Telaga Suriram bakal memulakan penggambaran selama 45 hari bermula Januari ini dan ia adalah filem ke-17 daripada Osman Ali.
Naskhah berkenaan juga adalah filem sulung terbitan syarikat Odissi Creative Sdn. Bhd. dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Solat For Billy, Your Brother Okay?,” – Bila Anak Sulung Lana Nodin Belajar Solat, Sentuh Hati Netizen
Beberapa hari lalu, pelakon Lana Nodin menarik nafas lega serta merakam rasa syukur apabila anak keduanya yang sinonim dipanggil Billy, akhirnya selamat menjalani pembedahan selepas mengalami masalah pada bahagian injap jantungnya.
Berkat doa dan atas izinNya, bayi lelaki itu sudah dibenarkan pulang.
Bagaimanapun, satu posting video menerusi Instagram Lana menyentuh hati netizen apabila anak sulungnya, Gia Quinn sedang belajar solat sambil ditemani dan diajar si ibu.
“Solat for Billy okay…Your brother okay,” kata Lana sambil diiyakan anaknya.
View this post on InstagramA post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie) on
Menerusi beberapa potong video itu, turut dikongsikan ialah bacaan al-Fatihah dari Gia yang diajar Lana.
Lalu, rata-rata netizen merakamkan rasa terharu dan syukur selain turut mendoakan kesejahteraan anak pelakon tersebut.
Foto: Instagram Lana Nodin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sudah Berhubung Dengan Peguam Untuk Tindakan Mahkamah,” – Rozita Che Wan Beri Penjelasan Isu Pembayaran Gaji Tertunggak Bekas Pemandu
“Bayar tetap bayar. Gaji dia sudah dibayar penuh seperti biasa berjumlah RM2000 hari ini. Tapi dengan apa yang dia (Muhammad Riduan) sudah lakukan kepada saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas.
“Kami sudah berhubung dengan peguam untuk tindakan mahkamah. Malah kami juga nak buat saman malu dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka,” itu kata Rozita Che Wan atau Che Ta menjawab isu kononnya pemandu peribadinya bernama Muhammad Riduan tidak dibayar gaji dan teraniaya.
Semalam kecoh apabila jejaka berusia 21 tahun menularkan cerita berkenaan di laman sosial. Malah difahamkan teman rapatnya juga bertindak agresif dengan melancarkan ‘perang’ menulis komen meminta gaji itu dibayar. Tak kurang juga yang menyebarkan kata kata negatif berbaur hasutan kononnya isteri kepada Zain Saidin ini menganiaya lelaki berkenaan.
Malah mereka juga mahu mengambil tindakan supaya pihak Instagram menyekat akses akaun Che Ta dan suaminya.
Pada masa sama, pelakon Kiah Pekasam itu turut memberitahu, dia tidak pernah langsung tidak membayar gaji pekerjanya.
“Gaji dia bulan pertama dibayar seperti biasa. Cuma untuk bulan Februari saya terlambat bayar kerana tidak masuk ke pejabat untuk menguruskan hal kerja termasuk pembayaran gaji.
“Kebiasaannya saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum masuk tarikh ketujuh bulan seterusnya. Itu standard biasa.
“Bulan Februari saya banyak urusan kerja luar dan tak dapat masuk ke pejabat.
“Semalam pada tarikh 6 Mac saya baru masuk pejabat. Selesai urusan yang patut termasuk mesyuarat, saya sudah bersedia nak isukan cek kepada pembantu peribadi, tiba-tiba dia buat hal viralkan perkara ini.
“Saya asalnya nak sudah nak bayar dan dia juga sudah bersetuju dengan jumlah gaji yang akan dibayar,” jelasnya lagi.
Menurut Che Ta, pada bulan Februari saja lelaki itu bercuti selama 12 hari.
“Dia hanya bekerja 16 hari saja. Tapi saya masih nak bayar gaji penuh kepadanya iaitu sebanyak RM2,000. Tapi Zain sendiri cakap dengan jumlah kerjanya pada bulan Februari, patut dibayar RM1000 saja. Namun selepas dipertimbangkan, saya nak bayar kepadanya RM1500.
“Dia cakap tak mahu kerja dengan saya lagi dan tarikh akhir bekerja pada 23 Februari. Mungkin sebab sedar diri kerjanya tak bagus dan rasa tak terjamin, maka mulalah nak tularkan benda yang sebaliknya. Buat cerita itu dan ini demi menutup kesalahan diri,” katanya.
Che turut menegaskan yang lelaki itu juga menunjukkan prestasi kerja yang hambar.
“Kalau dia muat naik dalam status di Facebook, cakap kena kerja pada dari jam 7 pagi hingga 12 malam sampai letih. Kenapa tak tulis pula sepanjang masa itu, masa banyak dihabiskan dengan membuta (tidur).
“Tak cukup saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau. Sebelah malam pula sanggup ambil kerja lebih masa dengan menjadi pemandu Grab sampai lewat pagi.
“Soal nak buat kerja lain itu saya tak pernah larang, tapi sampai etika kerja jadi ‘ke laut’ hingga tak datang tepat waktunya, apa saya patut beri muka dengan orang macam ini. Banyak kesalahan dan masalah yang ditimbulkan, tapi saya cuba pejam mata. Nampak gayanya, dia cuba menguji tahap kesabaran diri.
“Daripada awal dia bersetuju nak kerja dalam tempoh jam yang panjang. Tapi dalam sepanjang tempoh itu bukan dia kena bekerja pun. Dalam seminggu pun ada kalanya dia hanya perlu datang dalam tiga atau empat hari. Kalau saya bercuti atau tiada dalam KL, tugasnya tidak diperlukan. Malah ada kalanya, Zain yang menjadi pemandu,” katanya.
Sementara itu, Che Ta turut mengakui tidak pernah mempunyai dan berdepan dengan masalah dengan pemandu peribadinya.
“Dulu pernah ada pemandu peribadi yang bekerja sampai 10 tahun dengan saya. Begitu juga pemandu seterusnya. Kedua mereka menunjukkan sikap yang baik dan rajin. Tapi yang kali ini, sebaliknya.
“Ingat lagi masa awal dia (Muhammad Riduan) ditemubual untuk menjadi pemandu peribadi, siap cakap … kalau tak bagus khidmatnya.. sanggup cakap tak dibayar gaji. Banyak kesalahan dan sikapnya yang melanggar etika.
“Tapi tidaklah sampai saya terfikir nak merakam atau ambil gambar sebagai bukti. Kalau ada semua bukti sebegitu, saya rasa baru dia tahu langit ini tinggi atau rendah. Tak terdetik langsung nak buka aib dia ,” jelas Che Ta lagi.
Bagaimanapun, Che Ta secara peribadi menyifatkan lelaki itu seorang yang baik, namun masih terlalu muda dan belum cukup matang.
“Ketika sebut kesalahannya waktu bekerja, dia sendiri mengakuinya. Dia sedar yang tak patut buat kerja lain jika ia mengganggu prestasi kerja. Dia pernah terlelap waktu ketika kami dalam perjalanan ke Johor.
“Saya minta dia berhenti memandu dan membasuh mukanya. Dia harus fikir dengan sikapnya itu, nyawa orang lain boleh tergadai.
“Saya dan Zain pun rasa yang dia sebenarnya dihasut oleh rakan dan orang sekeliling untuk memuat naik status berunsur provokasi. Dengan cara budi bahasa dimilikinya, dia takkan tulis sebegitu,” kata Che Ta panjang lebar.
Foto: Instagram Che Ta
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI