Selepas muncul sebagai salah seorang model yang memperagakan koleksi baju Melayu di acara pertunjukkan fesyen Bulan Bintang baru-baru ini, nama pelakon Mierul Aiman menjadi perhatian ramai.
Mierul yang mengenakan sepersalinan lengkap baju Melayu rona dilihat amat segak sekaligus terserlah sewaktu melalui pentas runaway.
Malah sedutan video yang merakamkan momen berkenaan turut dikongsi pengguna Twitter.
Korang tengok la budak high council pakai baju melayu bulan bintang, herloknyaaaaa hang. pic.twitter.com/0usbxjZsec
Ramai betul perempuan mengutuk muka lelaki ni. Everyone has their own charms. Just keep it to yourself kalau tak find someone attractive. Tak perlu kot cakap muka beli ais ke apa. https://t.co/mRU6IWGNJ2
Bagaimanapun dalam ramai memuji, tidak kurang segelintir pihak yang tidak bersetuju dan menyifatkan wajahnya tidak kurang seperti lelaki kebanyakan ketika memakai baju Melayu.
Malah, ada juga yang mengatakan wajah-wajah seperti Mierul boleh dilihat di kedai-kedai runcit misalnya ketika bersesak untuk membeli ais di pagi raya.
Ketika dihubungi MH, pelakon drama Projek High Council ini akui dia tak berasa hati dengan komen-komen selain turut menyifatkan ia lumrah sebagai anak seni.
Ads
“Bila ada yang kata wajah saya ni biasa-biasa sahaja dan seperti orang kebanyakkan, saya tak tersinggung. Mereka berhak untuk berkata apa sahaja dan itu lumrah sebagai anak seni.
“Bila sudah bergelar public figure, kehidupan kita automatik akan menjadi tontonan dan perhatian umum melalui hasil-hasil kerja atau segala tindak tanduk ketika di luar.
“Apabila mereka bercakap mengenai saya, secara tidak langsung, kehadiran saya di dalam industri ini makin disedari ramai. Apa yang bermain difikiran mereka, sudah tentu mereka akan sampaikan melalui pelbagai cara.
“Mereka hanya berikan pendapat. Bercakap soal pendapat, pada saya tiada yang betul atau salah. Saya hanya akan mengambil aura-aura yang positif. Yang penting, saya akan terus ikhlas bekerja,” katanya.
Dalam pada itu, juara Hero Remaja 2022 ini turut merasakan kecantikan bukan sahaja tertumpu pada luaran semata-mata, tetapi juga dalaman sangat penting.
Ads
“Soal rupa dan fizikal ini merupakan pemberian tuhan sejak kita lahir. Siapalah kita nak mempersoalkannya. Soal cantik ini bukan hanya sekadar luaran semata, kita juga boleh tunjukkan kecantikkan itu dari segi personaliti dan sikap.
“Ditambah pula kita ini sebagai orang Melayu yang kaya dengan adat dan adab. Adab merupakan tiang seri dalam kehidupan. Saya menghargai setiap padangan orang luar terhadap diri saya,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, pada malam pertunjukan fesyen itu, dia hanya melakukan apa yang disuruh oleh pihak penganjur.
Ads
“Pada malam tersebut, saya sebenarnya sedang bekerja. Saya bukan datang saja-saja. Saya ditugaskan untuk mencipta persembahan pada malam tersebut.
“Apapun, saya gembira dengan apa yang telah saya pamerkan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menunjukkan sokongan terhadap saya dan artis-artis lain,” akhirinya.
Imbas kembali, Mierul yang sebelum belajar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal merupakan alumni Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mierul Aiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.
Perkara ini disahkan isteri Allahyrham Relawati Daud ketika dihubungi rakan rapatnya, Datin Marlia Musa sekitar jam 3 petang tadi, memetik Awani.
“Saya baru dapat berhubung dengan isterinya dan dia mengesahkan pegawai kesihatan masih berada di kediaman mereka untuk pengesahan kematian,” kata Marlia.
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, merupakan penulis lirik kumpulan legenda tanah air termasuk Isabella dan Taman Rashidah Utama dan banyak lagi.
Bob sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat komplikasi jantung.
Astro AWANI sedang mengesahkan punca kematian Allahyarham.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sementara itu, rakan selebriti menerusi media sosial masing-masing mulai memberikan penghormatan terakhir seterusnya mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, al-Fatihah.
Sumber : Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli mendedahkan bekas majikannya itu menangis sehingga tak lalu makan mengenangkan anak perempuannya, Cik B.
Perkara tersebut antara lain mempunyai kaitan dengan isu ibunya yang bakal dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Malah, Cik B sebelum ini menerusi program hiburan Melodi, ada memberikan reaksinya mengenai perkara perkenaan.
Iqbal yang menjadi lelaki paling rapat dengan Vida ketika ini menambah, dia memahami perasaan remaja berkenaan yang marah andai ibunya sekali lagi berkahwin.
“Hari ini seharian Dato Seri Vida menangis, tidak makan memikirkan Cik B. Saya turut kasihan pada Cik B, sejak kecil dia jarang ada masa bersama.
“Sejak saya masuk bekerja, saya selalu pesan pada DSV, bawa Cik B ikut sama setiap kali kita ke luar negara. Jangan terlalu marah, bagi perhatian sepenuhnya pada Cik B.
“Saya faham perasaan Cik B marah jika ibunya berkahwin. Oleh kerana mereka melalui sejarah hidup, banyak tohmahan, tuduhan saya yang harus tanggung walaupun jauh sekali saya tidak sama seperti pengalaman mereka,” jelas Iqbal.
Luahan tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di Insta Stories, pada Isnin.
Dia bagaimanapun meminta ramai untuk kasihankan Cik B dan tidak menambahkan ‘api’ terhadap situasi yang berlaku.
Mahu memberikan yang terbaik, Iqbal pada masa sama turut memohon ramai agar memberikan semangat buat Cik B.
“Orang luar tidak dapat menggambarkan keadaan Cik B apabila dia marah. Luar biasa. Tiada siapa berani untuk masuk dekat.
“Kepada semua yang menyayangi Cik B, tidak kisah jika kalian berpendapat tidak bersetuju untuk saya dengan Dato Seri Vida berkahwin, saya tabah menelan fitnah, namun jangan sesekali tambahkan api pada dia. Kasihani emosi dia.
“Seharusnya kalian memberikan semangat kepada dia. Saya sedaya upaya lakukan terbaik untuk semua. Baik Cik B, Dato Seri Vida dan Kacak.
Sebelum ini, Vida mengesahkan bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya itu pada Disember ini namun risau dengan penerimaan anak-anak, terutama Cik B.
Kisah hubungan mereka menjadi perhatian apabila pasangan itu terbuka berkongsi persiapan mereka termasuk melakukan ujian kesuburan pada akhir Ogos lalu.
Sementara, Iqbal ada memberitahu dirinya sudah bersedia untuk menjadi suami kepada penyanyi lagu I Am Me itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Aina berkata, keputusan itu dibuat bagi memberikan keselesaan dan suasana eksklusif untuk para peminat.
“Konsep ini lebih dekat dengan jiwa saya selain mahu peminat benar-benar mendengar, merasai dan menghayati setiap lagu yang dibawakan.
“Saya berharap dengan perubahan yang dibuat menambah keterujaan kepada peminat serta penonton untuk menyaksikan persembahan demi persembahan yang bakal ditampilkan,” katanya.
Dalam masa sama, Aina turut mengumumkan potongan eksklusif sebanyak 30 peratus untuk tiket di semua kategori bagi memberikan peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan persembahannya.
Tawaran itu termasuk untuk dua lokasi lain yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 14 Disember ini dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Januari depan.
“Saya berharap tawaran ini akan membuka peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan setiap detik persembahan saya,” katanya.
Bagi lokasi di Zepp KL harga tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box.
Untuk harga tiket di UMS dan UUM pula bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone).
Tiket boleh dibeli di laman rasmi di ticket2u.com.my atau membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!