Sejak bahagian pertama ditayangkan pada 1 November yang lalu, drama bersiri Astro Originals, Projek: Exit mendapat perhatian ramai ramai terutamanya golongan muda dek mesej yang dibawakan.
Dibintangi oleh pelakon generasi baharu seperti Mierul Aiman, Shasha Abedul, Naim Daniel dan Kimberley Chuah, drama bersiri ini mengangkat isu kesihatan mental yang membelenggu generasi masa kini.
Sementelahan dengan perhatian hangat yang diterima, Projek: Exit telah tampil dengan konsep kempen promosi yang memupuk keterlibatan positif di media sosial menerusi penggunaan kecerdasan buatan (A.I).
Dengan bantuan teknologi A.I, respons yang dihasilkan dan dirakam dengan suara Mierul Aiman & Shasha Abedul akan membolehkan mereka berinteraksi terus dengan pengguna platform X.
Melalui sistem pemantauan sosial, inisiatif ini dapat mengenal pasti hantaran yang menunjukkan perasaan seperti kesedihan atau kekecewaan. Teknologi A.I yang eksklusif ini dilengkapkan dengan rakaman suara dan video para pelakon, jadi respons yang diberikan seakan-akan disampaikan oleh mereka sendiri.
Ads
Inisiatif yang telah bermula pada 11 November lalu telah mendapat sambutan hangat dari netizen dan ada juga yang teruja dan meminta agar inisitiaf seperti ini diteruskan bagi mengalakkan semangat dan sifat positif terhadap pengguna aktif platform X.
Sebagai contoh hantaran di X milik Dr Nimelesh @houseofhilton yang berbunyi, “Sebagai seorang pengamal perubatan, saya sudah biasa melihat kes kes sebegini di hospital. It is so impactful because it shows me and all of us what people with mental health issues go through each day. They say “when you have depression, it takes a lot of strength to even get out of bed.”
Nak tahu apa reaksi terhadap hantaran yang diberikan? Memang beri inspirasi. Menerusi teknologi A.I, balasan Mierul Aiman berbunyi, “Kita brother @houseofhilton, terus memberi semangat dan inspirasi kepada semua. Pasti ada jalan keluar.”
#ProjekExit ini berkaitan dengan isu isu kesihatan mental.
Sebagai seorang pengamal perubatan, saya sudah biasa melihat kes kes sebegini di hospital. It is so impactful because it shows me and all of us what people with mental health issues go through each day.
Jadi, jika anda berasa mahu meluahkan perasaan, memberi pandangan mahupun sama-sama bergandingan mencipta dimensi positif, disertakan tanda pagar #ProjekExit pada hantaran anda di X.
Selain Dr Nimelesh, ini antara beberapa hantaran daripada pemilik platform X popular lain yang sama-sama memberikan mesej positif mereka.
Tbh I’m not the kind of guy yang selalu ada masa untuk layan series pepanjang, but I’m so glad I gave #ProjectExit a try. Even as a 30-something year old yang tengok kisah bebudak sekolah, it hit home for me. The feeling that you can’t get out of bed every day sebab kau penat… pic.twitter.com/IqGzcnlyZF
All i can say is that, over time with the right people offering support and love, therapy and learning to regulate my emotions, things do get better 🙂 #ProjectEXIT
Kalau nak tahu, teknologi A.I bagi kempen ini mampu menjana sehingga 50 respons setiap hari. Jom bersama dalam inisiatif yang bermakna ini dan sebarkan inspirasi kepada komuniti kita.
“Dengan menggabungkan kandungan, selebriti dan teknologi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada penonton di kalangan muda serta menyokong masyarakat secara keseluruhannya,” memetik perkongsian Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong.
Khusus untuk peminat siri premium Astro Originals, bahagian 1 siri ‘Project; Exit’, yang merangkumi episod satu hingga empat, boleh ditonton mulai 1 November 2024 secara on demand melalui Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Sementara itu, bahagian 2 yang merangkumi episod lima dan enam, episode akhir akan disiarkan bermula 15 November 2024 di platform yang sama. Ikuti info menarik dan klip melalui akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak, dan Astro Shaw menggunakan tanda pagar #ProjectEXIT dan #AstroOriginals.
Peminat Project EXIT juga boleh berpeluang bertemu dengan Mierul Aiman, Shasha Abedul, Naim Daniel dan Kimberly Chuah di One Astro Fan Fest pada 23 November, bermula 12 tengahari di Sunway Pyramid.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan pelakon Michael Ang menjelaskan karya terbarunya, telefilem seram Penaklukan Syaitan yang ditayangkan menerusi Astro slot Citra Eksklusif jam 9.00 malam semalam, adalah berkait dengan santau.
Telefilem tersebut menampilkan lakonan Mawar Rashid, Ben Amir, Nadya Syahera, Sharifah Shahora, Norlia Ghani, Alif Muhaimin dan ramai lagi.
Terdahulu, Michael ketika ditemui MH mendedahkan, ada babak di dalam filem tersebut yang diinspirasikan daripada pengalamannya sendiri.
“Memang saya nak buat cerita mengenai santau. Apa yang saya ceritakan dalam naskhah ini merupakan serpihan pengalaman orang sekeliling yang saya dengar, tetapi ia hanya rekaan semata-mata.
“Mereka bercerita kepada saya mengenai perkara terbabit…Misalnya ada rasa seperti mulut kena tutup, tangan gatal-gatal dan sebagainya,” katanya.
Tambah Michael, dia sendiri pernah melalui kejadian ‘misteri’ yang menyebabkan tangannya mengalami gatal-gatal.
“Saya sendiri pernah melaluinya dulu. Lebih kurang tiga, empat tahun lepas. Ketika itu, saya tak tahu yang saya kena ‘benda’ tu.
“Awalnya saya pun tak berapa pasti, akan tetapi, jam 2 ke 3 pagi macam tu, tangan saya naik gatal-gatal, naik biji-biji. Sebelum azan subuh, ia hilang. Ia seperti ruam. Selama sebulan, hampir setiap malam,” akui Michael.
“Saya pergi berjumpa doktor dua tiga kali, mereka mengesahkan tiada apa-apa. Selepas itu saya mula rasa penat tetapi tak boleh tidur.
“Lalu ada yang menyarankan saya berjumpa dengan mereka yang sepatutnya dan apa yang diberitahu, ‘perkara’ itu ada dan merela cuba membantu mengubati. Alhamdulillah, semuanya kembali baik selepas itu,” ceritanya lagi.
Ditanya sama ada dirinya percaya mengenai santau, pengarah Sweet Dreams ini mengakui ia masih wujud, sementelah pernah berlaku kepada diri-sendiri.
“Kalau diri sendiri dah terkena, apa yang boleh cakap lagi. Masa berubat pun saya tka nak tahu siapa yang hantar pun.
“Malah sebelum ini pun, saya pernah beberapa kali berdepan dengan peristiwa pelik juga melibatkan team produksi. Akan tetapi sekarang ia tidak berlaku lagi,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Michael memberitahu dia bakal mengarahkan sebuah filem bertemakan cinta tahun hadapan.
Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak Achey dan Nabil Ahmad memberi sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia – Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES).
Sumbangan tersebut disumbangkan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut pada Oktober setiap tahun.
Menurut Achey, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat hasil kerjasamanya bersama syarikat pengeluar minyak wangi, SugarBomb.
“Asalnya idea untuk buat CSR ini tercetus daripada Nabil sendiri.
“Bila saya tahu sumbangan itu untuk disalurkan untuk kegunaan penyelidikan kanser payudara, saya terus bersetuju memandangkan ahli keluarga sendiri pernah menghidap kanser tersebut,” katanya
Achey berkata demikian ketika ditemui sewaktu sewaktu majlis penyerahan sumbangan cek kepada CANRES.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim dan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Zunita Zakaria.
Bagaimanapun, Nabil tidak dapat hadir pada majlis itu atas sebab-sebab yang tidak dielakkan.
Katanya lagi, dia juga berharap dengan sumbangan ia sedikit sebanyak dapat memperkasakan kajian mengenai penyakit yang menjadi pembunuh senyap khususnya dalam kalangan wanita.
“Saya tahu lelaki juga berisiko untuk dapat penyakit kanser payudara, tapi kesedaran tak sampai kepada masyarakat.
“Sebenarnya peratusan risiko menghidap kanser sama sahaja tanpa mengira jantina,” katanya.
Kesemua sumbangan itu merupakan hasil sebahagian jualan daripada produk Sugarbomb X Achey dan Edisi Sugarbomb X LuP’K.
Sebagai info, Bukan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dan turut dinamakan sebagai ‘Pink Oktober’.
Sambutan tersebut bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di persada dunia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Jaclyn Victor terbuka apabila gaun yang dipakai ketika membuat persembahan di Gegar Vaganza 9 (GV9), malam tadi menjadi bahan gurau hos, Nabil Ahmad.
Ia susulan bentuk rekaan persalinan berkenaan sehingga Nabil menyamakannya dengan personaliti antarabangsa.
“Pereka mahu hasilkan sesuatu yang elegan, ala-ala ‘Victorian’. Tapi tak tahulah… mungkin daripada sudut sisinya (ketawa). Im okay kalau ia jadi sesuatu yang lawak.
“Bukan berniat untuk membuatkan perkara itu menjadi lawak, tapi you know dengan Nabil apa semua, saya rasa ia agak luculah,” katanya.
Ditanya mengenai keberadaan pelakon, Nas-T pula yang tiba-tiba hadir seterusnya memberikan jambangan bunga, kata Jac;
“Dia tak kacau saya punya nyanyian, Nas-T dah sampai bila di hujung persembahan. Bila saya perasan, tiba-tiba ada orang.
“Saya mengharapkan mungkin Anuar Zain. Tapi dia tak berkelapangan. Apa pun bagi saya ia suatu kejutan istimewa, comel,” katanya.
Mengulas mengenai persembahannya menerusi lagu Lelaki Ini yang dipopularkan oleh Anuar Zain, Jac akui ia bukan suatu hal mudah.
“Pada mulanya saya rasa lagu ini okay. Tapi kemudian bila mula nak menghayati lagu ini, saya rasa susah sangat. Sebab kita tahu, lagu Anuar Zain sangat mencabar untuk dinyanyikan.
“Kita naikkan key. Jadi bila bahagian rendah dia akan jadi terlalu rendah, bila tinggi akan ‘ke langit’. Jadi itu antara cabarannya.
“Malah ketika pertama kali latihan lagu ini pada Jumaat, saya rasa macam semput. Jadi saya perlukan rehat secukupnya selain berlatih supaya ia tidak kedengaran seperti gaya nyanyian Anuar Zain,” katanya.
Malam tadi, pada konsert saingan minggun kelapan itu, Jac gemilang meraih markah sebanyak 85 peratus, tertinggi di antara kesemua bintang yang masing bertanding.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...