Mikey Madison, mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) ke-97 menerusi lakonan hebatnya dalam filem Anora.

Pada usia 25 tahun, Madison kini tersenarai sebagai antara pemenang Oscar termuda dalam sejarah pertandingan berprestij itu sebaris dengan nama-nama besar dalam industri Hollywood.

Bakat Luar Biasa

Anora, yang diarahkan oleh pengarah hebat Sean Baker, benar-benar memberi peluang buat Madison untuk menyerlah. Dalam filem ini, dia membawa watak Ani, seorang penari eksotik yang berkahwin secara mengejut dengan pewaris keluarga kaya dari Rusia.

Ads

Namun, kehidupannya berubah drastik apabila keluarga suaminya menentang perkahwinan tersebut habis-habisan. Filem ini bukan sahaja mencipta fenomena di Oscar, malah berjaya membawa pulang lima trofi, termasuk filem

Lakonan Madison dalam Anora mendapat pujian tinggi daripada pengkritik filem dan penonton di seluruh dunia. Sebelum kemenangannya di Oscar, dia turut membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Independent Spirit Awards dan BAFTA.

 Pada usia 25 tahun, Madison menyertai barisan pelakon wanita muda yang pernah menjulang trofi Oscar. Sebelum ini, Jennifer Lawrence memenanginya pada usia 22 tahun menerusi Silver Linings Playbook, manakala Marlee Matlin memegang rekod pemenang termuda pada usia 21 tahun untuk filem Children of a Lesser God.

Ads

Ucapan Sarat Emosi

Saat namanya diumumkan sebagai pemenang, Madison tidak dapat menyembunyikan keterujaannya. Sebaik naik ke pentas, dia terus menzahirkan rasa syukur dan terharu, menyatakan penghargaan kepada seluruh pasukan produksi Anora termasuklah rakan pencalonan yang lain.

“Saya juga ingin mengiktiraf kerja yang penuh pemikiran, kepintaran, keindahan, dan menakjubkan daripada rakan-rakan sepencalonan saya. Saya berasa amat berbesar hati untuk diiktiraf bersama anda semua. Ini adalah impian yang menjadi kenyataan; mungkin saya akan terjaga esok pagi.” katanya dengan penuh emosi.

Ads

Ucapan Madison disambut dengan tepukan gemuruh, malah ramai selebriti turut memberikan standing ovation untuk bintang muda berbakat ini.

Madison, yang berasal dari San Fernando Valley, mula mencipta nama dalam dunia lakonan menerusi siri FX Better Things. Dari situ, bakatnya terus berkembang dengan membintangi filem Quentin Tarantino Once Upon a Time… in Hollywood dan filem seram popular Scream V.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI