Berita

Miliki Kekayaan Bernilai Lebih RM400 Juta, Siapa Sangka Kucing Bertaraf Selebriti Ini Ada Kisah Sedih

Share

Nala The Cat merupakan kucing yang cukup popular seantero dunia. Memiliki lebih 4.5 juta pengikut di Instagram menjadikan Nala haiwan dengan paling banyak pengikut di laman media sosial tersebut.

Populariti kucing ini mula memuncak apabila pemiliknya, Varissiri Mathachittiphan membuat Keputusan untuk memelihara seekor kucing sebagai haiwan peliharaan.

Tidak mahu membeli haiwan, sebaliknya Vasrissiri memilih untuk ke Pusat Pelindungan Haiwan Los Angeles untuk memilih kucing malang yang memerlukan rumah. Maka di sinilah kisah Nala bermula.

Daripada seekor kucing yang terbiar dan kekurangan zat, Nala membesar begitu comel biarpun haiwan ini bukanlah kucing berbaka khas.

Mula berkongsi kisah dan gambar Nala di Instagram sejak 2012, Varissiri tidak menyangka kucing peliharaannya itu akan mengumpul jutaan pengikut dan memiliki taraf selebriti apabila banyak produk mahu bekerjasama dengan haiwan tersebut sebagai pempengaruh.

Pada tahun 2017, Forbes telah menyenaraikan Nala sebagai Top Influencer dalam kategori haiwan peliharaan.

Khabarnya, satu hantaran kerjasama iklan di Instagram Nala bernilai lebih RM60 ribu. Jadi bagaimana harta milik Nala boleh mencecah RM400 juta?

Kredit foto: Instagram Nala The Cat

Faktor ini disumbang oleh bukan hanya kerjasama digital tetapi Nala juga bertindak sebagai duta produk selain memiliki produk kucing yang tersendiri yang diberi nama Love Nala.

Produk Love Nala yang diilhamkan daripada kucing ini misalnya merupakan pemenang kategori inovasi makanan basah dan kering untuk kucing bagi tahun 2024 dan 2023. Jadi tidak hairanlah jika produk ini menjadi pilihan ramai.

Selain sebagai haiwan yang bergelar pempengaruh, Nala juga pernah membintangi filem berjudul Nine Lives disamping pelakon popular, Kevin Spacey pada tahun 2016. Kemudian pada 2020, Nala turut terlibat dalam projek filem Cats The Mewvie.

Hebat bukan?

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen