Kehidupan Raffi Ahmad bukanlah rahsia. Memiliki pelbagai perniagaan dan popular di media sosial berkongsi kisah seharian keluarga mereka, pasangan pular ini menjadi perhatian ramai.
Terbaharu, khabar tidak enak menyinggah dalam kehidupan suami kepada Nagita Slavina ini apabila dia dituduh kaya disebabkan kegiatan penggubalan wang haram.
Bagaimanapun saat menerima berita ini, bapa kepada dua cahaya mata itu menafikan perkara itu sekeras-kerasnya dan kecewa dengan dakwaan tersebut. Dia bahkan menyifatkan tuduhan itu sebagai satu serangan politik.
Walaupun tidak bertanding, dia terlibat secara tidak langsung sebagai salah seorang daripada pasukan yang menyokong calon presiden iaitu Prabowo Subianto.
Kongsinya sejak dahulu lagi dia menjalankan perniagaan yang sah mengikut undang-undang dan sama sekali tidak menyangka akan dikaitkkan dengan kes di bawah Tindak Pidana Pencucian Uang (TPPU) serta National Corruption Watch (NCW).
Ads
“Disebabkan masalah ini, ramai pelanggan RANS rasa terganggu. Sebab itu saya sudah jelaskan. Saya bekerja sejak berusia 13 tahun lagi, jadi saya sudah bekerja hampir 25 tahun. Memang kerjaya saya ibarat tangga, saya simpan duit,” jelasnya.
Memiliki banyak cabang perniagaan, Raffi turut berkongsi bayaran yang diterimanya setiap kali muncul dalam program-program.
Ads
“Saya dibayar antara RP 25 sehingga 40 juta (RM7600 ke RM12000) sekali tampil selama 30 minit ke sejam. Sejak tahun 2023, sehari selalu ada tiga program,” kongsinya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat akui puas apabila dapat menyempurnakan dua tugasan mencabar di pentas akhir The Hardest Singing Show (THSS) meskipun harus berpuas hati selaku naib juara.
Menurut Ayda, pada pusingan akhir ini, kesemua finalis mempunyai peluang sama rata untuk menunjukkan kemampuan mereka.
“Kalau ikutkan, pada malam final ini, saya dapat tempat ke berapa pun saya tak kisah. Bila sudah dapat dua tugasan yang agak susah dengan jayanya tanpa ada kecederaan, itu sudah dikira satu kemenangan.
“Nak menjayakan satu persembahan dengan baik pun dah susah, nak buat dua persembahan dengan orang lain yang juga punyai kelebihan dan kekurangan juga sangat mencabar.
“Malah, kita juga perlu cari keserasian. Semalam Aisha Retno cedera. Gimik kami sepatutnya lain. Saya tak boleh nak paksa dia.
“Tapi dia tetap nak buat stunt yang agak susah. Bila kami berjaya buat, rasa seperti sudah menang,” katanya kepada MH ketika sesi sidang media THSS pada Ahad.
Diminta mengulas mengenai komen ketua juri Edry Abdul Halim yang menyifatkan konsep persembahan solonya yang kurang menyerlah, Ayda memaklumlan dirinya berusaha untuk keluar daripada zon selesa.
“Adat pertandingan, ada yang menang dan kalah. Apa yang saya belajar di program ini, kita kena beli jiwa juri dan penonton.
“Apa yang saya persembahkan tadi, saya nak tunjukkan tahap paling susah dengan membawa budaya orang lain. Kalau nak senang, saya nanyi lagu dangdut je.
“Mungkin malam ini rezeki Epul. Dia buat dengan sangat baik dan layak untuk menang. Dalam pertandingan, bila rehearsal, kita nampak persembahan mereka biasa sahaja tapi bila hari konsert, persembahan mereka gempak. Kita tak boleh agak,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagi Pencuri Hati ini enggan mengulas lanjut saat ditanya mengenai jumlah kos yang telah dibelanjakan sepanjang bertanding di THSS.
“Kalau boleh saya tak nak bercakap soal kos. Kalau tak cakap pun, orang di luar sana boleh jangka jumlahnya. Saya bukan tabur duit semata sebab nak menang tapi inilah diri saya.
“Bukan ketika pertandingan atau dalam tv sahaja, malah ketika persembahan di luar, saya sangat teliti soal penampilan, konsep persembahan, baju penari, make up dan stail rambut.
“Saya tak mahu imej penyanyi dikatakan selekeh atau sambil lewa. Apa yang dipersembahkan, harus tampak eksklusif,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada pengacara Nabil Mahir ini turut mendedahkan fokusnya kini adalah untuk mengadakan konsert solo pada masa akan datang.
“Sasaran saya selepas ini adalah untuk mengadakan konsert sendiri. Kenapa tidak kita belanjakan untuk konsert kita sendiri dan kita juga dapat hasilnya.
“Jadi, saya berharap dengan apa sahaja persembahan yang telah saya tunjukkan sepanjang menyertai pertandingan, orang di luar sana akan beli tiket,” akhirinya.
Terdahulu, Ayda telah dinobatkan selalu naib juara THSS dengan perbezaan markah yang sangat tipis iaitu 1.49% dengan juara Aepul Roza.
Kemenangan tersebut membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai RM20,000, pakej pelayaran dan trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersyukur diberikan Allah kesempatan untuk kembali bertemu bulan yang penuh keberkatan buat umat Islam itu, penyanyi Ameng mengakui Ramadan kali ini istimewa apabila dia turut berpeluang mendekati peminat dengan buah tangan terbaru.
Muncul dengan lagu raya berjudul Aidilfitri Yang Ku Rindu, ia pastinya menjadi hadiah berharga buat peminat yang sentiasa menanti kemunculan terbarunya.
Menurut Ameng, lagu itu juga menjadi simbolik silaturahim antara dirinya dan peminat kerana ia dihasilkan oleh peminat setia yang mengikuti perjalanan karier seninya sejak bersama Spring lebih tiga dekad lalu, dikenali sebagai Rash.
“Memang saya pernah merakamkan lagu raya, tetapi usaha sebelum ini tidak memberikan kepuasan jitu kepada diri saya sebagai penyanyi. Dalam projek itu, saya berganding bahu dengan barisan penyanyi popular yang bernaung di bawah pengurusan Sony Music Entertainment, sedikit masa lalu.
“Secara peribadi, saya melihat ada ruang baharu untuk saya teroka kerana saya masih belum mempunyai lagu raya yang betul-betul popular. Di samping itu, saya juga ingin kembali mendekati peminat yang mungkin merindui kemunculan terbaru saya.
“Saya ambil peluang itu dengan merakamkan lagu raya kerana mahu memberikan sedikit kelainan. Secara tidak langsung, usaha saya itu turut memberikan lebih pilihan kepada peminat, selain menambah khazanah komposisi lagu raya baharu untuk dinikmati pencinta muzik,” katanya.
Aidilfitri Yang Ku Rindu masih mengekalkan genre muzik yang sinonim dengan dirinya iaitu pop balada.
“Sebagai peminat fanatik kumpulan Spring, Rash sangat memahami cara nyanyian dan genre lagu yang saya hasilkan ketika bersama kumpulan itu.
“Untuk memastikan sentuhan ini memenuhi kriteria yang saya inginkan, saya turut memberikan idea dari segi komposisi melodi kerana saya mahukan keselesaan ketika rakaman.
“Dengan pengalaman yang ada, saya dan Rash berkongsi idea serta mencari titik tengah kerana mahukan proses penghasilan lagu ini memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak,” katanya.
Ameng juga percaya, lagu ini bakal menjadi pilihan peminat setia yang merindui kemunculan terbarunya, meskipun dia menghadirkan karya yang sedikit berbeza.
“Kebanyakan lagu raya menyuntik elemen nostalgia dan kemelayuan dengan mengetengahkan genre muzik tradisional dan seperti asli, joget serta keroncong.
“Saya pula memilih untuk tampil dengan genre balada kerana muzik seperti itu adalah cerminan jiwa saya,” katanya lagi.
Sebagai penyanyi yang sudah lama bertapak, dia juga begitu teliti dalam pemilihan lagu. Namun pada satu sudut, dia juga perlu mengimbangi antara kemahuan peribadi dan kehendak peminat.
“Saya perlu akur dengan selera peminat, tetapi pada masa sama cuba menghasilkan karya yang mengikut peredaran zaman, tanpa mengetepikan identiti muzik yang sinonim dengan diri.
“Pada asalnya, melodi lagu ini kedengaran sangat berbeza dengan apa yang dirakamkan.
“Memandangkan saya agak teliti dalam pemilihan lagu, saya tidak kisah mengambil sedikit masa untuk memastikan lagu ini memenuhi kriteria yang saya inginkan.
“Kerja penghasilan lagu ini mengambil masa hampir setahun kerana ia melalui beberapa proses tambah baik. Hanya selepas betul-betul berpuas hati, baru saya mengambil keputusan untuk merakamkannya,” katanya.
Tidak menafikan, tempoh promosi untuk lagu raya agak terbatas memandangkan ia hanya diputarkan pada musim perayaan.
Ameng bagaimanapun yakin, Aidilfitri Yang Ku Rindu bakal bertahan, seterusnya menjadi pilihan peminat setiap kali lebaran menjelma.
“Aidilfitri Yang Ku Rindu mempunyai nilai sentimenal yang tersendiri dan saya percaya, ia mampu merentas sempadan masa untuk terus menjadi pilihan peminat setiap kali musim perayaan tiba.
“Saya berharap pencinta industri muzik bersikap lebih terbuka dan terus memberikan sokongan terhadap karya terbaru saya, meskipun lagu raya nostalgia lebih mendapat tempat kerana sudah sebati di pendengaran ramai.
“Lagu baharu akan tetap ada kerana sebagai pengkarya, kami perlu sentiasa mencuba dan menghasilkan karya untuk terus memajukan industri muzik.
“Secara peribadi, saya tidak terlalu mengharapkan penerimaan yang luar biasa, tetapi saya percaya sudah memberikan yang terbaik seperti yang dimahukan peminat,” katanya.
Aidilfitri Yang Ku Rindu boleh didengari menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian pada foto yang sekaligus mendapat kritikan netizen apabila melihat ketiak Sharifah Sakinah yang berlipat.
“kenapa ketiak belipat tu kina” tulis salah seorang netizen.
Lantas, kata-kata netizen itu telah membuat Sakinah berasa berang dan membalas kenyataan tersebut.
“@musharafcheman eeeee kalau semua perfect bukan manusia la. Lambat lagi aku nak edit and surgery. Fake beauty for fake ppl. F that” tulis Sakinah.
Dalam pada itu, ada netizen juga netizen memuji kecantikan wajah Sakinah. Malah, netizen turut merasakan wajah Sakinah seakan persis model antarabangsa, Kourtney Kardashian.
Alahai netizen pun, tak baik bercakap sedemikian kepada Sakinah. Alangkah baiknya kita berkata benda yang baik-baik sahaja. Yang penting, Sakinah tetap cantik!
Foto : Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...