Penyanyi Mimi Fly mencuri perhatian ramai apabila tampil sebagai tetamu undangan menerusi program Geng Ngaji musim ke-6 yang disiarkan di Astro Oasis, baru-baru ini.

Dalam episod tersebut, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham tampil dengan memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran daripada surah Al-Jaathiyah, ayat 20 hingga 21.

Kemunculan Mimi dengan imej berhijab serta kelunakan suaranya dalam membaca Al-Quran bukan sahaja mengejutkan penonton, malah mendapat pujian daripada panel dan hos program.

Bacaan Mimi Dipuji

Sejurus sesi bacaan tersebut, Mimi menerima pujian daripada hos yang juga guru mengaji, Ustaz Tarmizi.

Beliau mengakui tidak menyangka Mimi mampu mengalunkan bacaan ayat suci dengan baik.

Ads

“MasyaAllah, tak sangka saya. Inilah yang kita suka apabila sahabat-sahabat kita, sebagai contoh Mimi Fly.

“Bukan sahaja bagus dalam bidang nyanyian tetapi bila mengalunkan bacaan, kita jadi tercengang,” katanya.

Turut berada dalam program itu ialah pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal, dan qariah terkemuka, Ustazah Sofizah Mousin.

Netizen & Selebriti Kagum

Reaksi positif terhadap bacaan Mimi Fly tidak hanya datang daripada panel program, malah netizen dan rakan selebriti turut meluahkan rasa kagum.

Rata-ratanya memberi komen positif menerusi ruangan komen pada video tular itu.

Ads

Malah, pengacara Fedtri Yahya misalnya menyamakan Mimi dengan Zizi Kirana yang terkenal dengan bakat dalam pelbagai genre dan bidang.

“Sama macam Zizi Kirana. Seorang yang multitalented dalam pelbagai genre dan bidang,” komen Fedtri.

Pengacara lagenda, Datuk Aznil Hj Nawawi, turut memuji bacaan Mimi.

“Allahu, merdunya. Sampai ke dalam jiwa. Syabas Mimi Fly,” tulisnya.

Ads

Selain itu, ramai juga netizen yang menyatakan rasa kagum terhadap kelunakan suara Mimi dalam bacaan Al-Quran. Antaranya;

“MasyaAllah, ini vibe yang sangat best. Boleh menyanyi, mengaji lagilah hebat. Kelebihan yang indah kurniaan Allah SWT.”

“Sedap sangat bacaannya. Manis bertudung pula.”

Sehingga kini, video bacaan Mimi telah meraih lebih 359,000 tontonan dan dihujani ribuan komen yang memberikan kata-kata semangat dan pujian.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Salam Muslim & Mimi Fly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI