Penyanyi Mimi Fly tidak menafikan dia risau susulan masih wujud komen-komen berunsur negatif yang diberikan netizen di sosial media susulan pendedahannya yang kini sedang bercinta dengan lelaki kulit hitam juga seorang doktor pakar tulang belakang, Antonio Rozier.

Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 35, berkata, meski dia sudah terbiasa dengan situasi berkenaan, namun perkara tersebut bukan suatu kebiasaan buat kekasih hati yang berasal dari Dallas, Texas, Amerika Syarikat itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

“Dulu memang tertanya-tanya juga bila ada komen yang bukan-bukan terhadap saya. Akan tetapi bila sudah lama dalam industri, saya sudah okay dan tidak terasa sangat.

“Cuma ada ketikanya saya tidak nafikan ada perasaan untuk ‘protect’ kekasih, saya risaukan dia juga.

“Iyalah macam saya mungkin sudah tahu cara untuk kawal bila situasi begini berlaku. Tetapi ini sesuatu yang baru bagi dia, termasuk penerimaan keluarganya juga. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak terlalu membaca komen-komen sedemikian,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada kekasih hati yang berusia 40 tahun ini ada membaca atau menjawab mana-mana komen yang diberikan netizen, Mimi mengakui perkara itu pernah terjadi.

Ads

“Kadang-kadang saya ada juga tunjukkan komen yang ditinggalkan netizen, dia gelak sajalah. Ada satu ketika tu, ada netizen yang beri komen yang tidak baik pada Instagram saya yang ada foto kami berdua.

“Kemudian dia membalas komen tersebut kerana pemahamannya lain. Jadi saya terangkan baik-baik dan selepas itu dia terkejut. Lebih-lebih lagi bila dia tahu negara kita negara Islam, jadi dia sangkat orang kita tidak terlalu terbuka bercakap mengenai sesetengah perkara.

“Lalu saya jelaskan bahawa segelintir netizen di negara ini ada yang suka beri komen yang melampau. Syukur dia kini faham dengan situasi tersebut,” katanya lagi.

Terdahulu, Mimi tampil menafikan khabar angin yang kononnya dia sudah mendirikan rumah tangga bersama lelaki berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

Ads

Artikel Berkaitan;

Khabar Angin Nikah Lelaki Kulit Hitam Amerika, Mimi Fly; “Siapa Yang Kahwin, Mana Ada.”

“Tak Dapat Berjalan, Berkerusi Roda,” – Dilahirkan Tanpa Kaki, Ibu Mimi Fly ONE Tetap Cekal Besarkan Anak-Anak

Spekulasi tersebut timbul sejurus dia pulang ke tanah air dari percuti ke kampung halaman kekasihnya itu.

Ads

Bekas anggota kumpulan One Nation Emcees itu bagaimanapun akui ada berjumpa dengan ahli keluarga kekasih dan kini senang dengan perhubungan jarak jauh (LDR) yang dijalani mereka sejak beberapa tahun lalu.

Mimi juga akui kegagalan di dalam perkahwinan sebelum ini memberi banyak pengajaran untuknya menjadi individu yang lebih baik di dalam menghargai sesebuah perhubungan.

Imbas kembali, Mimi pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun bercerai pada November 2017.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI