Pelakon, Mimi Rozaiana Zainal Abidin atau Mimi Lana memaklumkan dirinya telah disah positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan, pada Isnin.
Ekoran hal tersebut, aktres berusia 26 tahun ini mendedahkab dia mengalami gejala seperti batuk kahak berdarah dan masalah kesukaran untuk bernafas.
Bukan itu sahaja, Mimi turut berdepan detik cemas selepas tahap oksigen dalam paru-parunya menurun kepada 85 peratus, dua hari lalu.
“5 days ago I was tested (+ve). The symptoms hit me so bad. Start from satu badan sakit rasa macam tulang semua dipatah patah sampai tak tahu nak duduk position macam mana.
“Sejuk menggigil, kahak berdarah, berpeluh peluh until sesak nafas yang sangat sangat teruk.
“The worst part my oxygen drop to 85 two days ago.I was so panic. Call banyak hospital jugak.
Ads
“Mostly full sebab sekarang ni memang case sangat sangat banyak dan mereka tak accept for admitted sebab katil dah full.
“Cuma ada sesetengah hospital yang still accept for rawatan oxygen kalau betul betul emergency. Sekarang baru Mimi faham bertapa sakit dan susahnya nak handle penyakit ni,” maklumnya.
Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Hati Yang Tersakit ini menzahirkan rasa syukur kerana tahap kesihatan dirinya sudah semakin pulih dan bertambah baik.
Ads
“Mimi dah banyak kali closed contact, but never tested positive. Cuma kali ni nasib tak menyebelahi saya.
“But Alhamdulillah I feel so much better today, cuma masih ada batuk, sakit tekak dan flu sikit. Harapnya, I will fully recover in few more days.,” tulisnya menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Di samping itu, pelakon kelahiran Taiping, Perak ini menasihati kepada orang ramai yang turut dijangkiti wabak penyakit berkenaan supaya terus kuat dan sentiasa berfikiran positif.
Ads
“To those yang tengah facing benda yang sama, Mimi doakan awak semua cepat pulih dari penyakit ni. Keep strong and keep fighting. Kalau sesak nafas jangan panic, practice your breathing slowly, banyak kan duduk jangan baring sahaja.
“Jangan banyak fikir. Kalau betul betul teruk go and seek for help ok. Keep update to your love one your condition. Minum banyak air and makan ubat.
“Fikir positive, this is just temporary you will get through this ok? Hugs xxx,” tulisnya lagi.
Penyanyi Damian Mikhail kini muncul dengan single pertama berjudul Hidayah dan ia menjadi momen istimewa kerana buat julung kali, dia memberanikan diri menyampaikan sebuah lagu bertemakan ketuhanan secara solo.
Lagu ini hasil ialah ciptaan sepenuhnya Adi daripada kumpulan nasyid Saujana dan diterbitkan secara eksklusif bersama Azalinor Saujana.
Single ini menceritakan mengenai hidayah iaitu petunjuk daripada Allah SWT kepada insan yang terpilih.
Hidayah seringkali sinonim dengan insan yang baru memeluk agama Islam. Namun, hidayah itu sendiri merangkumi sesuatu perkara yang lebih menyeluruh.
Malah, susunan muziknya cukup sederhana sesuai dengan mesej hidayah itu yang merupakan sesuatu yang masih segar buat saudara baru.
Hanya iringan gitar dan cello sudah cukup menghadirkan rasa tenang dan damai bagi mereka yang mendengarkannya.
Ia mendapat sentuhan pemuzik yang berpengalaman iaitu Syafiq Vai (gitar) dan Nazrin (cello) daripada kumpulan SOG.
Cukup istimewa, muzik video Hidayah ini mengetengahkan seorang saudara baru iaitu Maryam Narae, selebriti yang berasal dari Korea Selatan.
Dia yang turut dikenali sebagai Maryam DurianKimchi, berjaya menyentuh hati penonton walaupun muzik video ini tidak menampilkan Damian.
Untuk rekod, kedua-dua mereka memeluk Islam sebagai persediaan pernikahan dengan pasangan masing-masing.
Namun begitu, perjalanan hidayah Damian telah hadir lama sebelum dia mendirikan rumah tangga iaitu selepas di bangku sekolah lagi apabila sering berkawan dengan sahabat-sahabat beragama Islam.
Lagu ini diterbitkan oleh Scriptology Sdn Bhd dengan edaran digital Euphoria Music dan sudah boleh ditonton di YouTube sejak 1 April lalu.
Dalam perkembangan lain, Damian juga bakal beraksi di showcase solonya yang pertama pada 31 Ogos ini jam 8.00 malam di Cafe LiberalLatte, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan dia sudah bertemu dengan wanita Singapura, Sarah Yasmine yang didakwa pernah menjalinkan hubungan cinta dengqn suaminya Aliff Aziz sejak Januari lalu.
Menurut Bella, Yasmine cuba berkali-kali menghubunginya untuk menjelaskan situasi seterusnya memohon maaf.
“Saya lega dengan apa yang dikongsikan oleh Sarah. Sebenarnya saya sudah berjumpa dengan dia. Dia yang mencari saya dahulu.
“Dia telefon dan WhatsApp saya banyak kali. Bila lihat mesej yang dihantarlannya, saya rasa kasihan. Dia nak sangat berjumpa dengan saya. Jadi kami telah bertemu seminggu lepas.
“Kami juga sudah mengikuti akaun Instagram masing-masing. Saya bukan menyokong tindakkannya sebaliknya saya kagum bila dia bercakap benar dan mengaku kesalahan.
“Sekurang-kurangnya dia minta maaf,” katanya kepada MH.
Bella berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Majlis Rumah Terbuka Universal Music di Le Meridian, Petaling Jaya pada Rabu.
Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat wanita berkenaan.
“Untuk perkara itu, saya tidak terkejut sebab dia juga ada dalam senarai yang pernah saya katakan sebelum ini. Saya tahu siapa perempuan itu namun, saya tidak tahu secara terperinci.
“Saya terkejut juga yang diceritakan itu. Namun, saya rasa ini kemanisan bagi orang yang bersabar. Kebenaran itu datang dengan sendirinya.
“Perkara ini berlaku tatkala saya sedang sibuk bekerja. Saya kini sudah ke arah move on. Allah seakan nak permudahkan. Segala bukti-bukti kini bertambah,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, bukti-bukti tersebut juga akan digunakan di mahkamah untuk prosing cerai nanti.
“Saya nak perkara ini berakhir segera. Apa yang dikongsikan Sarah terlalu banyak dan cukup buat saya bawa ketengah. Kebenaran muncul. Memang Aliff dan Ruhainies ada hubungan.
“Memang saya sudah tahu tapi ia menguatkan lagi kebenaran. Seperti sedia maklum pihak di sana menidakkan. Di bulan Ramadan, saya tidak akan sesuka hati menfitnah,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambutan ulang tahun ke-24 usianya menjadi titik perubahan besar bagi pemegang takhta Miss World Somalia 2021 dan Miss Universe Somalia 2024, Khadija Omar, yang...