“Mimpi Itu Kayu Ukur…” – Saran Tidur Jam 10.00 malam, Ini Nasihat Yana Samsudin

Share

Nasihat dan panduan yang cukup berguna buat semua, Yana Samsudin telah berkongsi tip untuk mengukur tahap tidur. Tulisnya di ruangan kapsyen, setiap mimpi yang nyenyak haruslah disertai dengan mimpi.

Assalamualaikum… Doktor pesan, nak tahu kita nyenyak tidur ataupun tidak. 

“Kita mesti ada mengalami mimpi. 

“Mimpi itu indah sebab kita boleh jadi macam macam dan nampak macam macam yang kita tak pernah terfikirkan. 

Nampak pokok bercahaya , berenang, terbang dan macam macam lagi tanpa had!!! .

“So jangan segan segan nak bermimpi…Kerana mimpi itu kayu ukur kita tidur nyenyak .

“Kalau kita tidur nyenyak esok pagi kita bangun dari tidur dengan badan yang segar! Muka pun berseri seri!“

Tulisnya lagi, waktu tidur yang terbaik adalah pada jam 10.00 malam kerana tubuh akan merembeskan hormone Melatonin yang mengurangkan risiko nyanyuk, menyah toksin dan antioksidan.

Tidur yang cukup adalah kunci kesihatan yang utama.

“Tidur seawal jam 10malam kerana ketika jam 10 malam hingga ke 2 pagi badan kita akan merembeskan hormon yang dipanggil Melatonin.

Melatonin bertindak untuk mengurangkan risiko nyanyuk, antioksidan , membaiki sel sel badan kita yang rosak semasa kita tidur dan menyahkan toksin dalam otak.

So kalau nak jaga otak, jaga badan kenalah tidur awal dan cukup! ? .

“Sebab tu orang tua tua selalu kata “Biar Tak Cukup Makan, jangan tak cukup tidur!” .

“Yang lewat lewat tu mesti main handphone sebelum tidur kan…. so malam ni cadang nak tidur jam berapa?”

Tubuh yang sihat bermula dengan tidur yang cukup. Selamat mencuba.

Foto – Instagram Yana Samsudin

Published by
Noraini Abd Wahab