“Mimpi Kita Jadi Kenyataan, Saya Nangis Agak Teruk,” – Nyanyi Di Konsert Sendiri Jadi Realiti, Sebak Syamel Kenang Arwah Ibu

Share

Penyanyi, Syamel menzahirkan rasa sebak selapas impiannya untuk mengadakan konsert khas akhirnya menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly akui agak ralat kerana tidak dapat berkongsi momen bersejarah itu bersama arwah ibunya.

“Umi, saya menyanyi di konsert saya sendiri. Semua oramg menyanyi bersama dan seronok sangat malam tu. Mimpi kita jadi kenyataan. Alangkah seronoknya kalau umi dapat lihat saya buat persembahan,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Katanya lagi, dia juga tidak dapat menahan air matanya sewaktu membawakan lagu Bila Kau Tiada.

“Tapi malam tu semangat umi menemani Syamel on stage. Gambar-gambar Umi teman Syamel masa nyanyi lagu ‘Bila Kau Tiada.

“Saya nangis agak teruk. Saya rindu umi sangat-sangat,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sama menzahirkan rasa sebak selain turut mendoakan semoga ibu Syamel ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Arwah umi mesti bangga dengan Syamel. Keep strong and strive to the top Mel.

“Tahu tak kami dekat seat pun menangis.

“Arwah ibu pasti bangga dengan awak. Good job Bang Mel. You did very well.

“Saya menangis juga. Al-Fatihah buat Umi.

“Salam takziah Bang Mel, InsyaAllah ibu tunggu awak di pintu syurga,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Konsert Aku Cinta yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur ini turut menampilkan isterinya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Ernie Zakri.

Sekadar informasi, ibu kepada Syamel, Wan Faaizah Karim telah menghembuskan nafasnya yang kerakhir pada tanggal 22 Ogos 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Syamel

Published by
Aizam Manaf