“Minat Lagu Mandarin Sejak Kecil,”- Masya Masyitah Bakal ‘Terbang’ Ke China, Sertai Program Realiti

Share

Selepas kejayaan penyanyi Shila Amzah mengembangkan bakatnya di China, kini giliran Masya Masyitah pula melakukan merancang impian sama.

Menjuarai pertandingan Ceria Popstar 2 pada tahun 2014, Masya bakal mengembangkan sayapnya di negara China apabila dia terlibat menyertai sebuah program realiti, Ming Re Zhi Xing yang membawa maksud Next Star Coming Up.

“Ketika saya di sana (Beijing) ada shooting drama pendek, secara kebetulan saya nak cuba audition dan mula nyanyi lagu Mandarin juga,” kata Masya kepada MH ketika ditemui di Publika lewat petang semalam. 

Fasih berbahasa Mandarin, Masya juga merupakan salah satu-satunya wakil dari Malaysia.

“Saya akan berangkat ke China bulan depan, cuma spesifik tarikh belum tahu lagi. Malah, saya juga adalah seorang wakil wanita Malaysia yang berhijab dan saya akan buktikan bahawa wanita berhijab pun boleh pergi jauh,” jelas anak kelahiran Kulim, Kedah ini. 

Masya yang juga artis naungan Rocketfuel Entertaiment memberitahu bahawa dia juga masih belajar berkomunikasi dalam bahasa Mandarin, meski sudah mempunyai asas kemahiran dalam bahasa tersebut.

“Saya akui saya boleh nyanyi dan bercakap dalam Mandarin,walaupun saya gementar bila berkomunikasi bahasa tersebut..

“Cuma saya mahu lebih mendalami untuk berkomunikasi dengan lebih lancar lagi bila berhadapan dengan orang-orang disana,” tambahnya lagi. 

Malah, jelas penyanyi berusia 19 tahun ini, dia juga meminati lagu-lagu Mandarin.

“Saya minat lagu Mandarin ni sebab masa kecil, saya banyak masuk pertandingan dan ketika itu ramai peserta berbangsa Cina

“Secara tak langsung saya mulai tertarik dengan lagu-lagu mereka sebab melodi mereka sangat best dan saya pun layan sahaja,” akhiri Masya yang popular dengan lagu Halimunan. 

Foto : Instagram Masya

Published by
Amynur Akmal