Persembahan meyakinkan daripada Aliff Aziz, Adibah Noor dan Bandi Amuk menerusi lagu hits masing-masing berjaya meletakkan mereka di tiga posisi teratas dalam kedudukan markah konsert pertama Gegar Vaganza ke-8 (GV8), malam tadi.

Aliff Aziz membawakan lagu Sayang-Sayang berjaya mengumpul 74.60 peratus sementara Terlalu Istimewa di tangan Adibah Noor pula memperolehi 73.00 peratus disusuli Bandi Amuk dengan 71 peratus.

Ketiga mereka mengatasi mata 10 peserta lainnya, ini dia senarai carta penuh markah penuh yang diperolehi;

Ads
  • Aliff Aziz – Sayang Sayang (74.60%)
  • Adibah Noor – Terlalu Istimewa (73%)
  • Bandi Amuk – Akar & Bumi (71%)
  • Nikki Palikat – Caramu (68.20)
  • Aweera – Romancinta (66.80%)
  • Suki Low – Terlalu Mencintaimu -( 66.2)
  • Saiful Apek & Yassin – Aspalela & Cari Tapak (59.9%)
  • Shidee – Semuanya Sudah Terlambat – (59.8%)
  • Upiak Isil – Tak Tun Tuang – (59.3%)
  • Ani Maiyuni – Sedap – (57.4%)
  • Azan Scan – Kau Dipaksa Aku Terpaksa – (54.7%)
  • Nico – Inilah Nasibku – (54%)
  • Datuk Fazley Yaakob – Asmara Ini – (53.60%)

Tiada penyingkiran untuk konsert minggu pertama GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.

Ads

Kesemua persembahan diadili juri professional Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS dan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos.

Ads

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI