Tidak dinafikan, ada di antara kita yang tidak berkesempatan untuk mendalami ilmu agama seperti menghafaz ayat suci al-quran ketika kecil dengan baik.
Bagaimanapun, menuntut ilmu adalah suatu sebuah proses berterusan tidak kira di peringkat umur mana sekali pun.
Itulah kesimpulan yang boleh dikaitkan dengan bintang kelahiran Singapura, Sufie Rashid yang mengakui dirinya tidak pandai membaca Al-Quran dan kini sedang di dalam proses pembelajaran.
Menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagram, Sufie yang kini sudah pun mencecah usia 29 tahun dilihat tidak segan berkongsi perkhabaran tersebut bersama para pengikutnya.
Malah, dia turut meluahkan rasa syukur apabila minggu pengajiannya kini sudah pun memasuki minggu kedua.
“Alhamdulillah, minggu kedua mengaji. #sayatakpandaibaca #sayabutahuruf #itsnottoolate,” tulisnya sambil memegang buku Iqra’.
Menerusi foto berkenaan, penyanyi lagu Aku Sanggup itu dilihat sudah pun memulakan sesi pembelajarannya dengan membaca Iqra’ sebagai permulaan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memuji usaha yang ditunjukkan juara Akademi Fantasia (AF) 2015 itu selain terut memberikan kata-kata semangat buat Sufie.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kenapa Baru Sekarang Nak Failkan Nusyuz,” – Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Yusof
Pelakon yang juga isteri pertama kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya yang baru tampil memfailkan permohonan nusyuz selepas lebih empat tahun berdepan konflik rumah tangga.
Tegas Puteri Sarah, dia yakin dia berada di pihak yang benar.
“Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu. Apa yang dia mahukan lagi?
“Buatlah apapun kerana saya tidak takut. Saya yakin saya di pihak yang benar.
“Cuma saya ingin ingatkan yang mereka sekarang ini sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23.
“Isterinya (Ira Kazar) pun sudah dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah.
“Saya bersyukur kerana ibu mentua sentiasa berada di belakang saya dan dia sedia untuk menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan saya dengan isteri kedua Syamsul dan ahli keluarganya yang sedang berjalan di mahkamah sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini menyifatkan istilah nusyuz patut diberikan kepada Syamsul kerana didakwa telah mengabaikannya selama ini.
“Jadi siapa yang nusyuz? Insya-Allah segala kebenaran akan terbongkar. Tunggu dan lihat.
“Doakan semoga urusan saya dipermudahkan dan keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar,” katanya lagi.
Terdahulu Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor , hari ini.
Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Stop Calling Safawi ‘Bodoh’. You Guys Tak Tahu The Whole Story,” – Syifa Melvin Minta Henti Kecam Safawi, Beri Sokongan
Pelakon Syifa Melvin memohon agar kekecohan yang berlaku antaranya dan temannya, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dapat diselesaikan segera.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Syifa menjelaskan bahawa Safawi seorang yang baik hati dan meminta supaya tidak menyalahkan Safawi.
Perkara itu dikongsikan Syifa atau nama lengkapnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin menerusi Insta Storiesnya.
“Stop calling Safawi “Bodoh”. You guys tak tahu the whole damn story!!!
“Dia bukan saja2 cakap macam tu! Salah dia saying that, but dia ada sebab cakap mcm tu, and plus itu conversation LAMA! Dia muda lagi dan semua org buat salah!
“Knowing him hati dia PURE dan SANGAT BAIK, atas tuntunan lain, dia TERPAKSA! Stop this bullhit la!,” tulisnya.
Pada masa sama, Syifa,26, turut berharap agar perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik dan memberi sokongan buat pemain bola sepak itu, apatah lagi pada ulang tahun kelahirannya, hari ini.
“Instead of jadi juri, bagilah moral support to Sawafi, nak dia firm all the time bukan cara ni utk push dia, uall nak dia bersinar kena la support bukan down kan dia, especially on his birthday today… what a gift!
“We always motivate each other even we have faced ujian besar last month but we managed to go through it.. Sebab Allah bersama dgn org teraniya & sabar..
“I merayu utk stop this ‘salah faham’ & bering Safawi back on track. tanggungan dia besar di kampung, dont do this to him!
“Ingat dia budak kampung yg ada tanggungjawab besar utk keluarga, dont bring him down dengan benda bodoh dan benda personal mcm ni.. No use!,” tulisnya.
Terdahulu, Syifa menafikan hubungan dengan Safawi menjadi punca prestasi kurang memberangsangkan penyerang itu.
Syifa juga mendakwa dia tidak pernah meminta penyerang JDT itu untuk menyara hidupnya.
Syifa menjelaskan, dia bekerja keras mencari duit sendiri dan tidak cukup rehat untuk menampung perbelanjaan harian.
Foto : Instagram Syifa Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pada Yang Share, Korang Memang Bangsat, – Drama Bocor, Pelakon Projek High Council, Fadhli Masoot Berang Usaha Keras Tak Dihargai
Pelakon meningkat naik, Fadhli Masoot akui terlalu kecewa dengan tindakkan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan video-video daripada drama, Projek High Council yang masih lagi belum ditayangkan di televisyen di aplikasi Tik Tok.
Menurut Fadhli, tindakan tersebut seolah-oleh tidak menghormati penat lelah barisan pelakon dan pihak prosuksi yang berhempas pulas memberikan hasil yang terbaik buat penonton.
@fadhlimasoot Mampos ah apa nak jadi, jadi lah. Kalau korang betul support kitorang, buat la apa patut #projekhighcouncil ♬ original sound – Mas Fadh
“Saya ingin bercakap fasal drama Projek High Council yang dah dibocorkan. Saya pun tak tahu macam mana ia boleh berlaku. Kepada mereka yang kongsikan video-video yang dah dibocorkan itu di Tik Tok, korang memang bangsat.
“Jujur kata, saya memang sedih sebab itu hasil kerja dan titik peluh ramai orang. Para penonton menunggu episod baru setiap minggu untuk dapatkan sambutan. Tapi ada bangsat-bangsat macam korang yang laparkan perhatian ni, sibuk nak kongsikan di Tik Tok,” katanya.
Fadhli yang memegang watak sebagai Hakeem itu berkata sedemikian menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok.
Lantaran itu, Fadhli turut berharap agar para peminat dapat melaporkan akaun-akaun yang menyebarkan video-video drama tersebut secara haram di seluruh platform media sosial.
“Saya pun tak faham. Kalau korang ada video-video sampai 10 episod sekali pun, tengok korang-korang je sudah la. Kenapa sampai post di Tik Tok? Nak sangat perhatian?
“Marah memang marah tapi nak buat macam mana lagi? Buat yang post di Tik Tok ni, memang melingkup la hidup korang. Maaf cakap tapi saya rasa dah melampau sangat. Mungkin anda semua takkan faham apa yang kami rasa.
“Kalau korang betul support kami, buatlah apa yang patut,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar si pelaku mendapat hukuman yang setimpal.
“Setuju. Mereka tak pernah terfikir hasil titik peluh dan betapa susahnya nak berlakon.
“Kesian tengok abang dan kru lain. Penat-penat shooting tengok-tengok kena cetak rompak. Semoga tak putus asa untuk bekarya.
“Sedih juga bang. Saya tak sabar tunggu episod baru setiap minggu tapi ada yang share secara haram. Geram je.
“Jangan risau bang. Saya tunggu yang dekat Astro,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Projek High Council merupakan sebuah drama yang membongkar kisah gelap kewujudan kumpulan gengsterisme yang sehingga kini menjadi realiti sebahagian besar pelajar-pelajar sekolah asrama.
Selain Fadhli, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar dan Naim Daniel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Fadhli Masoot
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI