
Pelakon Eyra Hazali sudahpun memasuki wad bersalin dan dijangka melahirkan anak pertamanya pada bila-bila masa.
Perkara tersebut boleh dilihat menerusi ruangan Insta Stories di Instagram bintang berkenaan serta suami yang juga panjaga gol bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Haziq Nadzli.
Suami tersayang yang setia berada di sisi, Eya turut menulis pertkataan ‘Bismillah’ beberapa jam lalu.
Dalam video pendek yang dimuat naik Eyra, kelihatan suaminya sedang membaca al-Quran bersebelahan dirinya.
Sementara Haziq turut memohon agar dipermudahkan urusan mereka sekeluarga.
“Minta doakan isteri saya. Semoga segala urusan dipermudahkan,” tulisnnya.
Terdahulu, pasangan ini telah melangsungkan pernikahan pada 1 November 2019 lalu di Kuala Lumpur.
Sebelum ini juga mereka turut memaklumkan bakal menimang anak lelaki Instagram.
Foto: Instagram Eyra Hazali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Sudah Ada Bajet, Bila-Bila Masa Boleh Mulakan…,” – Belum Pun Tayang, Penerbit Kini Teliti Bikin Sekuel Filem Jiwa 8 Belas!

Meski pun belum ditayangkan, filem aksi Jiwa 8 Belas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd bakal muncul dengan sekuelnya yang masih dalam perancangan.
Penerbit dan pengarah naskhah berkenaan, S Baldev Singh, 61, berkata, pihaknya yakin menghasilkan sekuel kerana percaya naskhah itu bakal mendapat maklum balas positif dari penonton.
“Kami sudah buat yang terbaik dan barisan pelakon memberikan komitmen terbaik merealisasikan filem ini.
“Selebihnya, saya serah kepada penonton untuk menilainya dan juga pada Tuhan. Kalau sudah ada bajet, bila-bila masa pun kami boleh mulakan projek sekuel filem ini,” katanya.
Mengenai filem Jiwa 8 Belas lagi, kata S Baldev, ia mempunyai kekuatan dari segi jalan cerita dan mesej untuk disampaikan pada penonton.
Katanya, filem itu memaparkan kisah anak luar nikah dan sebagai ibu bapa, kita perlu mengawal anak remaja yang berusia 18 tahun daripada terjebak dalam gejala sosial.
“Jiwa 8 Belas mengetengahkan barisan pelakon seperti Sophia Albarakbah (Fatien), Shah Hazvee (Ishq) dan Izuan Razali (Mat Kitam) sebagai watak utama.
“Pemilihan barisan pelakon menerusi proses uji bakat dan ketika itu, nama mereka juga belum dikenali ramai,” katanya.
Mengenai penggambaran filem itu, kata S Baldev, ia menjalani penggambaran pada 2020.
Katanya, dia menerbitkan filem dengan duitnya sendiri dengan bajet mencecah RM1 juta tanpa mendapat dana daripada mana-mana pihak.
“Sebagai pengarah berpengalaman, saya tidak berdepan cabaran bekerjasama dengan pelakon baharu kerana apa yang penting, mereka boleh dibentuk dan bekerja keras untuk watak masing-masing.
“Saya berpuas hati dengan prestasi lakonan Sophia, Shah Hazvee dan Izuan kerana berjaya menjiwai karakter dengan baik,” katanya.
Jiwa 8 Belas turut menampilkan barisan pelakon seperti Ikhram Juhari (Edd), Kanda Khairul (Kanda), Akim Nordin (Kucai), Faha Azhar (Botak), A Galak (Kudin), Datuk Fauziah Nawi (emak) dan Datuk Jalaluddin Hassan (Atok Li).
Ia mengisahkan pasangan kekasih melalui pengalaman pahit apabila mereka diculik oleh sekumpulan samseng yang memperdagangkan wanita ke Thailand.
Filem Jiwa 8 Belas mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula Khamis, 18 Januari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kena Sentiasa Perbaiki Diri & Menerima Kekurangan Pasangan,” – Pernah Tiada Sefahaman Dengan Suami, Nad Zainal Pilih Tolenrasi

Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal dan suami, Muhammad Falid Amiruddin telah diundang sebagai tetamu jemputan di rancangan bual bicara Wanita Hari Ini untuk berkongsi pendapat mengenai topik ‘Pasangan Sekepala’ bersama penonton.
Menerusi perkongsian yang diadakan secara maya itu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin mengakui adakalanya tidak bersependapat dengan suaminya dalam sesetengah perkara.
“Macam kami berdua kadang-kadang tidak sekepala dari segi pemilihan aktiviti, kalau macam dia suka aktiviti lasak, suka bercuti dekat dalam hutan, berkhemah, panas-panas tapi saya pula suka tempat yang ada salji sejuk macam dalam ‘mall’ macam tu,
“Walaupun kadang-kadang kami ada juga minat yang sama, contoh kita suka menonton filem, suka mengendalikan kamera dan sebagainya tapi bila nak berkerjasama tu mesti akan ada tidak sefahaman pendapat. Minat yang sama tapi berbebeza idea dan pendapat,” katanya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini berpendapat adalah sangat penting untuk mendapatkan keserasian dalam rumah tangga dan setiap pasangan perlu ada sefahaman antara satu sama lain.
“Kadang-kadang bila kita tiada sefahaman, kita kena fikir balik tak semua perkara yang kita buat pun dia suka. Jadi kena memberi dan menerima sebab perkahwinan ni bukan dicipta untuk sekejap tapi untuk selama-lamanya,
“Jadi kita kena sentiasa perbaiki diri dan kena menerima kekurangan pasangan kita. Kalau kita sentiasa tiada sefahaman hubungan itu tidak akan kekal lama dan penting untuk ada tolenrasi antara satu sama lain,
“Bagi saya, untuk keharmonian dalam rumah tangga kita kena hormat dan jadi sahabat baik dengan pasangan kita. Kalau boleh kita kena sentiasa jadi diri sendiri dengan pasangan kita, jangan malu-malu sebab masa kahwin lah kita nak kenal antara satu sama lain,” katanya lagi.
Terdahulu, Nad telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Falid Amiruddin pada tanggal 18 Disember 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 5 tahun dan Budi Kalsom, 5 bulan.
Foto: Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kau Pun Tumpang Cerita Viral, Tak Lama La Kau,” – Pelakon Baru Minta Payment 5 Angka Untuk MV, Eric Fuzi Bengang!

Pelakon dan anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi berang dengan tindakan seorang pelakon baharu yang dikatakan meminta bayaran tidak masuk akal untuk berlakon di dalam satu muzik video.
Jelas Eric, permintaan pelakon tersebut sememangnya tidak wajar meskipun namanya kian popular selepas membintangi sebuah drama popular.
“Kau berlakon pun menumpang cerita yang viral tapi nama kau pun tak hype mana. Kau punya minta payment tu untuk satu muzik video minta sampai lima angka.
“Tak lama lah kau. Masa diorang sebut nama kau pun aku tak kenal sangat tapi kita nak bagi peluang dekat artis-artis baru ni untuk berkembang,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Mencari Rahmat itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Pada masa sama, Eric turut menyifatkan sikap yang ditunjukkan oleh pelakon berkenaan hanya akan menjejaskan periuk nasinya sendiri pada masa akan datang.
“Maaflah, kau punya feeling-feeling tu membantutkan karier kau. Nak letak payment tu biarlah berpatutan. Cuba kaji average kos produksi dan rate artis yang relavan sikit,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini, Eric masih belum mendedahkan gerangan artis yang dimaksudkannya itu.
Dalam perkembangan lain, Floor 88 baru sahaja bergabung dengan band popular Indonesia, Wali untuk mengadakan konsert bersama di Kuala Lumpur pada Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Eric Fuzi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI