“Minta Haura Doakan Mommy Masuk Syurga Kalau Mom Dah Tak Ada Lagi,” – Bawa Ke Mekah Antara Pesan Lufya Omar Buat Si Anak Kecilnya

Share

Pelakon, Lufya Omar berkesempatan bertemu dengan sahabat baiknya, Nur Heliza Helmi yang juga seorang penyanyi dan aktivis kemanusiaan baru-baru ini.

Mahu mengabadikan memori bersama, anak pelakon berkenaan iaitu Laana Haura turut merakam foto bersama Heliza.

Malah, Lufya turut menitip pesanan buat anaknya yang kini berusia dua tahun.

“Haura meets Aunty Ija @nurhelizahelmi
Happy die nak bergambar dengan bff mommy ni.

“Nanti dah besar jadi kuat, cantek dan solehah macam aunty ija k sayang. Bawak mummy gi Makkah, belajar agama, jaga mummy kalau mom dah tua.

“Mummy mintak Haura doakan mommy masuk syurga kalau mom dah tak ada lagi. Haura kalau baca ni Haura ingat ya walau macamana pun baik buruk parents Haura tetaplah doakan kami.

“Jadi anak yang baik dan berjasa kepada orang tua. Hidup berkat dan di bawah lindungan Allah sbt.

“Semoga Laana Haura kuat menjalani kehidupan di dunia ini dengan kejayaan dunia & akhirat. Aamin. Salam subuh kepada semua followers yang di kasihi,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, Heliza turut memberikan respon.

“Aamiin.. Mommy Haura ni Masyallah! Very strong woman! Masyallah. Moga Allah kurniakanmu bahagia dunia dan akhirat,” balasnya.

Sementara itu, peminat turut memuji kecomelan Haura dan turut mendoakan hubungan anak beranak ini.

Terdahulu, rumah tangga Lufy pernah menjadi bualan berikutan konflik.

Lufya dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura,dua tahun.

Foto : Instagram Lufya Omar

Published by
Amynur Akmal