
Wanita asal Thailand yang kini menetap di Malaysia, Suraya Aqila yang tular khasnya di Tik Tok, kini tampil ayu berhijab sejak 1 Ramadan lalu.
Menerusi sesi ‘FB Live’ bersama Majalah Nona hari ini, dia yang sinomim disapa sebagai Kak Su atau ‘Mek Thai Viral’, memohon doa yang baik-baik daripada semua.
“Saya harap (bertudung) untuk selama-lamanyalah. Minta kalian doakan saya begini,” katanya yang mulai mengenakan tudung pada 1 Ramadan lalu.
Menerusi sesi sama, Suraya antara lain bercerita mengenai dirinya selain turut berkongsi status kesihatan nenek tersayang.
Dia berkesempatan menziarahi nenek yang uzur di Thailand selepas sempadan negara dibuka pada 1 April lalu.
“Buat masa sekarang alhamdulillah, nenek sudah pun sihat. Dah boleh makan, bercakap apa semua,” katanya.
Terdahulu, namanya diperkatakan ramai rentetan pemergian selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveeraoong.
Usahanya menjadi ‘translator’ bagi mengulas kes kematian bintang berkenaan di media sosial menarik perhatian ramai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/7MakqUyGT-8
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cantiknya Idola…,” – Majlis Kesyukuran ‘Baby A’ Berjalan Sempurna, Madammu Ayu Bertudung Litup

Usahawan Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu telah selamat menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat bersempena dengan kandungan sulungnya, pada Jumaat.
Sambil dilatari dengan tema ungu, para tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan tulang belakang jenama yang diusahakan, Noir Health & Beauty Sdn Bhd terlihat sopan dengan penampilan Muslimah oleh tetamu wanitanya.
“Majlis kesyukuran untuk Baby A,” tulis Madammu menerusi kapsyen pada Instagram rasmi mereka.
Ia sekali gus memberi bayangan bahawa zuriat pertamanya bersama suami kelak akan bermula dengan huruf ‘A’.
Menerusi platform sama, turut dikongsikan ialah sekitar sepanjang majlis berlangsung.
Begitu juga di TikTok, Madammu ada berkongsi perkara sama sambil memohon doa yang baik daripada semua.
“Alhamdulillah, semoga semua berjalan dengan lancar. You alls doakan yang baik-baik untuk Madaamu,” tulis akaun terbabit.
Tertera di ruangan komen, titipan kata positif yang ditinggalkan oleh wargamaya.
Malah tak kurang yang memuji penampilan penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang sopan bertudung litup.
“Semoga suatu hari nanti Madammu akan kekalkan berpakaian sedemikian. Amin, cantik sangat.”
“Syukur alhamdulillah moga dipermudahkan.”
“Alhamdulillah suka tengok Madammu.”
“Alhamdulillah bertambah cantik Madammu sejak pregnant ni.”
“Cantik Madammu pakai hijab.”
“Semoga terus kekal bertudung.”
“Cantiknya idola I.”
Sehingga kini posting berkenaan telah pun menerima lebih 300,000 kali tontonan.
Terdahulu, Madammu berkongsi berita gembira apabila dia disahkan hamil selepas lima bulan menjalani rawatan in vitro fertilization (IVF) bermula April lalu.
Sejak itu, dia secara terbuka berkongsi perjalanannya dalam ikhtiar memiliki cahaya mata sendiri selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Depan Polis Semua Comel-Comel Macam Anak Kucing,” – Ajak Bersemuka, Ali Puteh Kesal Masih Dituduh Makan Harta Arwah Abam

Pelawak Ali Puteh mendedahkan dia kesal dengan tindakkan segelintir pihak yang dilihat masih lagi tidak serik meninggalkan komen berbaur fitnah dengan mendakwa dia kini hidup selesa dengan harta Allahyarham abangnya, Abam Bocey.
Menurut Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dia sudah muak dengan perangai-perangai individu tersebut dan dia sebolehnya mahu bersemuka untuk mengetahui mengenai masalah sebenar.
“Ada netizen yang masih komen benci, meluat dan tamak harta. Hidup senang dengan harta arwah Abam.
“Jawapan yang saya boleh bagi, setting tempat dan bagitahu dekat mana. Saya datang berjumpa. Baru sedap kopi-kopi,” tulisnya.
Rasa kurang senang itu dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan lawak, Puteh itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga sudah banyak kali memanjangkan isu ini kepada pihak polis namun, bila bersemuka, kesemua mereka dilihat seperti memohon simpati.
“Bukan nak riak takabur. Bukan nak bergaduh atau sebagainya. Cuma nak jumpa dan berborak. Jangan komen-komen tak sedap sebab dah banyak kali ke balai jumpa netizen pasal kes ni.
“Bila depan polis semua comel-comel belaka macam anak kucing. Masa komen macam tiger. Bile jumpa semua macam baby. Ala ala comel. Ingat tau, bukan nak bergadoh cuma selesa cakap berdepan-depan lagi syok,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Ali turut berharap agar semua pihak di luar sana untuk berpada-pada ketika meninggalkan komen dan sekiranya mereka menginginkan apa-apa kepastian, datanglah berjumpa dengannya.
“Harap mana yang saya pernah jumpa di balai tu munculkan diri komen okay. Ade video semua cuma tak nak sebarkan malu kat netizen-netizen yang saya jumpa macam kucing tu.
“Cuma pesan berpada-padalah bila komen. Nak kepastian ke ape ke? Set tempat kite kopi-kopi okay. muaaahhh,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Ali untuk tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.
“Tak payah layan Ali. Netizen ni makin dilayan, makin merapu.
“Relax bang, tak perlu layan mereka ni. Dengki sahaja.
“Allah, benda dah lepas. Ada lagi ke yang duk mengata Abang Ali ni. Netizen ni tak habis-habis sebuk pasal orang lain.
“Semoga Ali sekeluarga dalam reda dan kasih sayang Allah selalu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Malah, sebelum ini juga, nama Ali hangat diperkatakan selepas terlibat dalam kemelut yang turut membabitkan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya untuk membawa kes tersebut ke tengah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ali Puteh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kepada Makcik Ellie Suriaty, Janganlah Fikir Macam Tu,”- Imran Bard Respon Isu Tuntutan Permohonan Maaf

Isi Kandungan
TogglePempengaruh, Imran Bard tampil memberikan reaksi balas selepas pelakon, Ellie Suriaty menuntut ibu bapanya membuat permohonan maaf kerana tersinggung dengan konten parodi yang dikongsikan di platform media sosial.
Menurut Imran, dia tidak menyangka video parodi menyebut nama Ellie Suriaty itu menjadi isu besar.
Watch on TikTok
“Saya kini berada di kampung saya di Kluang. Tiba-tiba naik isu Elly Suriaty yang nak ibu bapa saya minta maaf. Saya tak tahu pula isu ini jadi besar,” katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok.
Hanya Panggilan Rawak
Menerusi video berdurasi 51 saat itu lagi, Imran turut menjelaskan nama-nama tersebut hanya sekadar panggilan rawak dan bukan berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
“Kepada Makcik Ellie Suriaty, janganlah fikir macam tu. Saya bukan sebut nama makcik sahaja. Nama makcik lain pun saya sebut juga. Antaranya Fauziah Nawi dan artis-artis veteran yang saya kagumi.
“Jadi, saya masukkan sahaja di dalam konten. Bukan konten sensitif pun. Konon-konon jadi juri sahaja. Tak susah fikir pun,” katanya lagi.
Ibu Sedang Dirawat Di Hospital
Sementara itu, Imran turut berharap agar Ellie dapat memertimbangkan semula tuntutan permohonan maaf itu kerana ibunya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
“Kemudian, nak melibatkan ibu bapa saya. Minta maaf, ibu saya di dalam wad ketika ini. Dia dimasukkan air. Jadi, dia tak boleh nak minta maaf. Dia kini terbaring di katil dan ada banyak wayar.
“Jadi, saya kena buat apa ya? Minta maaf ya makcik,” akhirinya.
Terdahulu, sekitar awal Februari lalu Imran memuat naik dua video parodi di aplikasi TikTok dan didakwa dengan sengaja memperlekehkan Ellie selain mengaitkannya dengan bahan terlarang.
Untuk info, sehingga kini video tersebut meraih lebih 1.3 juta tontonan. Selain Ellie, beberapa nama artis lain turut dipetik antaranya Ajai, Wan Maimunah dan Datuk Fauziah Nawi.
Dalam sidang media yang berlangsung semalam, Ellie memberi tempoh selama tujuh hari kepada Imran untuk memenuhi tuntutannya sebelum membawa perkara ini ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Imran Bard
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI