Semalam, pelakon Edika Yusof ada menitipkan ucapan istimewa buat isterinya bersempena dengan sambutan hari kekasih atau lebih sinonim dengan panggilan Valentines Day.

Jelas Edika, dia akan sentiasa menyayangi isterinya itu bukan sahaja ketika Hari Valentines tetapi juga untuk selama-lamanya.

Malah, Edika turut menyifatkan kejayaan hidupnya selama ini banyak didorang oleh rasa cinta yang mendalam terhadap isterinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

“I love you dis Valentine’s Day and always! I am a successful man because I love an incredible woman who always believes in me.

“You bring out my best, and your love completes me. Happy Valentine’s Day! 18th,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Mencari Kiblat itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram.

Bagaimanapun, entri berkenaan nyata mengundang rasa kurang senang di hati seorang individu yang menyifatkan seseorang muslim tidak sepatutnya menyambut hari tersebut.

“Minta Maaf Dalam Islam Tidak Ada Hari Valentines…,”- Ditegur Gara-Gara Ucapan Buat Isteri, Ini Reaksi Balas Edika Yusof

“Mintak maaf dalam Islam tidak ada hari Valentines day itu budaya orang kafir yang memperingati kematian sepasang kekasih iaitu Valentines dan kekasihnya mati bunuh diri pada 14 Februari,” jelasnya.

IKLAN

Melihat komen tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Edika;

“Minta Maaf Dalam Islam Tidak Ada Hari Valentines…,”- Ditegur Gara-Gara Ucapan Buat Isteri, Ini Reaksi Balas Edika Yusof

“Terserah niat masing-masing. Kita tak ikut mereka kita just cara kita, InsyaAllah,” balasnya.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Edika seorang yang sangat romantis selain turut mendoakan agar rumah tangganya akan berkekalan sampai bila-bila.

“Minta Maaf Dalam Islam Tidak Ada Hari Valentines…,”- Ditegur Gara-Gara Ucapan Buat Isteri, Ini Reaksi Balas Edika Yusof “Minta Maaf Dalam Islam Tidak Ada Hari Valentines…,”- Ditegur Gara-Gara Ucapan Buat Isteri, Ini Reaksi Balas Edika Yusof

Untuk rekod, Edika dan isterinya, Nor Hidayah Yusri telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Januari 2003.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.

Sumber: Instagram Edika Yusof

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI