Meski sudah enam tahun mendirikan rumah tangga, namun rezeki belum menyebelahi pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin.
Bagaimanpun, bekas kumpulan Forteen itu berfikiran positif dan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
“Minta maaf Isteriku, rasanya masih banyak kekurangan i sepanjang jadi suami u. Belum lagi dapat bagi u baby idaman setiap pasangan bergelar suami & isteri.
“Bercuti nak rileks2 berdua rehatkan diri rasanya sekali pon tak pernah sepanjang kita kahwin.
“Kekadang selalu jugak terlepas cakap sampai buat u tersinggung. Tak cukup tu, i pernah jugak buat u terasa sampai u menangis,” tulis Izzue.
Dalam pada itu, Izzue juga berterima kasih kepada Awin kerana menerima kekurangan dirinya.
“Isteriku, Terima Kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan i. Tak pernah pon mengeluh walau tak cukup rest or tidur. Tak pernah bosan jadi driver i walaupon i kat sebelah dah berdengkur!
“Time i susah u ada malah u yg senangkan & tenangkan i dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk.
“U are the best Isteriku! Selamat Hari Lahir ♥ @awinnurin21.06 #JuneBaby,” kongsi Izzue.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap posting tersebut.
Untuk rekod, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.
Foto: IG Izzue Islam