Penyanyi, Hael Husaini berharap orang ramai dapat lebih terbuka terhadap penggunaan perkataan ‘celaka’ di dalam lagu terbaharunya yang berjudul Diam.
Menurut Hael atau nama sebenarnya, Hael Husaini Razmi, perkataan tersebut telah lama disalah tafsir sehingga ramai yang menganggapnya sebagai bahasa kesat.
“Saya seorang yang akan mengkaji dahulu sebelum membuat sesuatu terutama sekali untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia. Saya tahu batas-batasnya.
“Pada saya, perkaraan ‘celaka’ ini telah lama disalahgunakan dalam kehidupan seharian. Maksud ‘celaka’ ini sama seperti perkataan ‘malang’.
“Malah, perkataan ‘kecelakaan’ juga selalu digunakan dalam penyampaian berita. Saya minta maaf sekiranya perkataan itu agak kasar. Namun, kita harus melihat di dalam konteks yang lebih positif.
“Celaka didalam lagu ini merujuk kepada malangnya diri saya kerana dipertemukan dengan orang yang tidak sepatutnya di dalam hidup,” katanya kepada MH.
Ads
Hael berkata sedemikian ketika ditemui di majlis meraikan perlancaran album pertamanya yang berjudul Antonim (Part 1) yang berlangsung di The Bee, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, bintang kelahiran Akademi Fantasia 2013 ini juga mendedahkan dirinya mahu menggunakan bahasa yang lebih jelas agar mesejnya sampai kepada pendengar.
Saya pernah nak gunakan perkataan ‘celaka’ dalam lagu-lagu sebelum ini cuma kali ini saya mengikut peredaran zaman.
“Saya mahu gunakan bahasa-bahasa yang lebih dekat dan berterus terang tentang mesej yang ingin disampaikan.
Ads
“Kalau lagu ini sedikit kasar, saya minta maaf. Malah, saya sendiri belum bagi keluarga mendengar lagu ini kerana takut mereka salah anggap.
“Tak mengapa. Kita cuba ubah industri muzik Malaysia supaya kita tidak membataskan penggunaan bahasa kerana bimbang ia disalahgunakan,” ulasnya lagi.
Bercakap mengenai pembikinan album, Hael menyifatkan pencapaian ini sebagai jerih payahnya bergelar anak seni sejak 17 tahun yang lalu.
Ads
“Impian saya untuk mempunyai album sendiri akhirnya menjadi kenyataan. Umum mengetahui, cara kerja saya memang sangat teliti.
“Saya akan pastikan setiap karya yang diterbitkan mampu memberikan impak. Apabila saya membikin album, saya mahu setiap lagu itu jadi penting dan bukan tempelan.
“Saya menghargai setiap lagu yang diberikan oleh produser dan komposer. Disebabkan itu, ia mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan,” akhirinya.
Terdahulu, Antonim (Part 1 ) memuatkam enam buah lagu seperti Diam, Sama Seperti Dulu, Kejora, Please, Usia dan Hero.
Album ini kini sudah pun berada di pasaran dan boleh didengar di seluruh platform penstriman.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan model Anzalna Nasir sangat sinonim dengan imejnya yang tetap melawa meski sedang sarat hamil cahaya mata sulung.
Video yang dirakam oleh seorang individu itu melihatkan Anzalna sedang mengenakan secalit gincu.
“Orang tua cakap ibu mengandung yang suka melaram ni tandanya nak dapat anak perempuan, betul ke?
“Maknanya keturunan kami memang semua perempuan ke macam mana? Hahahahhahahahahha @diananasir86@mianasir91 @afifahnasir93@nazirahnasir97 @the_angguns ,” tulisnya.
Selepas ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil yang telah mengeluarkan kenyataan di Instagram berhubung hal melibatkan dengan anaknya, baru-baru ini, warganet tampil memberikan reaksi pelbagai.
Aiman bagaimanapun telah pun memohon maaf atas khilaf yang dilakukan seterusnya menjelaskan punca salah faham yang berlaku, sebagaimana yang dilaporkan media.
Susulan daripada itu, kakak kepada penyanyi berkenaant, Fara Hezel turut memohon agar netizen bertenang selain berharap agar semua pihak tidak terus menghakimi.
Perkata tersebut dikongsikan penyanyi ini menerusi satu posting di Insta Story.
“Netizen relax eh. Tak yah kecam2 sgt la… Chill je. Mind your own business! Byk eh masa korang nak komen2.
“Ingt ye guys korang pon ada keluarga, so stop judge my family. #mindyouronbusiness,” tulisnya.
Sementara itu menerusi beberapa posting lain menerusi aplikasi sama, Farah ada memuat naik beberapa respon peminat.
Terdahulu, ibunya mendakwa penyanyi yang sinonim menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu ‘buat hal’ hingga mengganggu urusan berkaitan kerjaya seninya.
Sementara itu di dalam satu muat naik terbaru Aiman di Instagram, dia menulis kapsyen yang seolah-olah meluahkan rasa terhadap apa yang berlaku.
Sejak kebelakangan ini, tahap kesihatan penyampai radio popular, DJ Lin dilihat berada dalam keadaan yang kurang baik sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid dilaporkan mengalami sakit kepada selain turut demam akibat peha kanannya yang dikatakan mengalami benjolan dan bengkak.
Terbaru, menerusi perkongsian di ruangan Instagram stories, DJ Lin seakan memberi gambaran bahawa penyakit misteri yang dialaminya itu seolah-olah berpunca daripada tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba berniat khianat.
Jelas DJ Lin yang juga Pengurus Besar Stesen Radio, Suria FM, orang yang mempunyai sifat iri hati itu sememangnya tidak mengetahui tentang kerja keras dan kepayahan yang terpaksa diharunginya untuk mengecap kejayaan sehingga ke tahap sekarang.
“Kalau seseorang itu berjaya, jangan dengki atau sakit hati. Patutnya tengok apa pengorbanan yang dilakukan dan apa yang dipertaruhkan sehingga dia mampu mencapai kejayaan. Teruskan doa buat Dj Lin ye.
“Tak faham betul apa agaknya yang ada dalam hati insan-insan yang tak boleh tenang melihat orang lain berjaya dalam hidup,” tulisnya lagi.
Tambah DJ Lin, dia juga kecewa kerana individu berkenaan didakwa sanggup menggunakan khidmat pengamal ilmu hitam untuk menghancurkan hidup orang lain.
“Kenapa sanggup berhabis duit upah bomoh dan sebagainya untuk hancurkan hidup orang. Buat orang sakit tak berhenti. Kalau boleh nak kita ni pergi selamanya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi temu bual bersama Mstar, DJ Lin memaklumkan dirinya sudah lama mengidap penyakit misteri sehingga menjejaskan kesihatan serta rutin hariannya.
Kongsi DJ Lin lagi, selain mengalami gangguan tidur, dia juga pernah merasakan dirinya seperti dibakar di atas bara yang panas dan bisa seperi dicucuk-cucuk.
Bagaimanapun, tiga hari lalu, pengendali segmen Suria Cinta ini memaklumkan dirinya sudah pun kembali memulakan kerja setelah dibenarkan keluar daripada hospital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram DJ Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!