“Minta Maaf Kalau Saya Post Dekat IG Atau Twitter Pasal Agama,” – ‘Update’ Zul Ariffin, Tak Mahu Niat Disalah Sangka

Share

Baru-baru ini, nama aktor popular, Zul Ariffin menarik perhatian ramai setelah dia beberapa kali dilihat mengikuti program-program amal dan kebajikan yang dikendalikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Malah, beberapa buah video yang memaparkan aktiviti Zul bersama Ustaz Ebit turut tular di seluruh platform media sosial.

Malah, klip-klip video berkenaan turut dikongsikan semula oleh Zul menerusi platform media sosial miliknya.

Menurut Zul, kesemua postingnya itu bukanlah berniat untuk menunjukkan-nunjuk sebaliknya, dia hanya mahu berkongsi pengalaman kecilnya sewaktu menyertai program dakwah tersebut.

“Minta maaf tau kalau saya post dekat Instagram or Twitter pasal agama, langsung takde niat nak menunjuk, raih pujian atau nak perhatian.

“Cuma share experience je, walaupun cedok nasi, kalau Allah SWT tak izinkan, tak sampai saya dekat tempat tu. Cedok nasik pun boleh senyum 1 hari tau,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Sangkar itu menerusi beberapa ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.

Sehubungan itu, Zul turut berharap agar usahanya untuk berubah ke arah yang lebih baik itu tidak disalah ertikan oleh para masyarakat di luar sana.

Katanya lagi, dia juga tidak mahu dirinya terjerumus didalam golongan oran-orang yang riak.

“Saya now tengah seronok nak ambik tahu more and more tapi kena kawal diri sendiri dan sekeliling sebab riak dengan ilmu agama ni bagi saya la, lagi teruk daripada kaya raya sebab riak tu macam dalam poket kita je, dia tak duduk jauh pun.

“Korang jangan pula ingat saya ni tibe nak jadi itu ini pula eh. Saya cume ‘trying’ sebaik mungkin nak menimba ilmu dan pengalaman. Kerisauan dan sokongan korang saya hargai, sweet korang ni,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak henti-henti menyatakan sokongan selain turut berharap agar segala urusan Zul selepas ini akan sentiasa dipermudahkan.

“Alhamdulillah berubah ke arah yang lebih baik. Semoga dimudahkan urusan untuk menambah ilmu dunia akhirat.

“Alhamdulillah. Kita sama-sama ke arah untuk memperbaiki diri masing-masing to be hamba yang lebih baik, taat dan disayangi Allah.

“Kita doakan yang terbaik buat awak,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.

Sebelum ini, Zul dilihat sering kali menyertai kerja-kerja amal bersama Ustaz Ebit antaranya memberi makan kepada para gelandangan, menyantuni keluarga-keluarga miskin dan banyak lagi.

Sumber: Twitter & Instagram Zul Ariffin

Published by
Aizam Manaf