Pelakon, Uqasha Senrose yang baru saja pulang dari menunaikan umrah beberapa lalu ada memuat naik satu posting menerusi Instagram
Kandungan kapsyen yang ditulis Uqasha antara baik berhubung dengan ucapan bersempena dengan tahun baru.
“Whatever happened over this past year , be thankful for where it brought you , where you are is where you’re meant to be . May this year be filled with magic and dreams , good and madness . Make a change , smile more , be excited . Do new things , throw away what you’ve been cluttering.
“Unfollow negative people on media social . Go to bed early , wake up early . Be fierce . DONT GOSSIP ! Show more gratitude and BE BRAVE . InsyALLAH Alhamdulillah amin,” tulisnya.
Terdahulu menerusi suatu temubual bersama Utusan Online, pelakon sitkom terkini berjudul Spana Jaya X yang bakal bersiaran di NTV7 Februari depan turut berkongsi, dia tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang kisah sensasi.
Dalam erti kata lain, Uqasha tidak mahu membiarkan kisah sensasi tenggelamkan profilnya dalam seni.
“Cukup-cukuplah kontroversi dan kisah panas yang boleh menenggelamkan kerjaya seni. Saya mahu menguatkan hati untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang mungkin boleh merosakkan diri.
“Apa yang sudah berlaku bukanlah sesuatu yang patut disesali kerana ia banyak pengajaran. Kata orang, sebaik-baik ilmu itu adalah pengalaman. Saya minta maaf kerana pernah menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat.
“Ketika itu saya belum matang dan mudah bertindak tanpa memikirkan dahulu apa akibatnya,” katanya.
Malah, dia juga tidak menafikan sehingga kini masih ada peminat yang masih meragui usahanya untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Tidak dinafikan, sehingga ke hari ini masih ada dalam kalangan peminat yang meragui serta mempersoalkan diri tatkala mahu berubah menjadi baik.
“Saya tidak mahu berubah disebabkan mulut mereka, biarlah semuanya ikhlas kerana Allah,” jelas Uqasha.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI