Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengakui meskipun dia mempunyai jumlah pengikut yang ramai, namun dia lebih memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.

Menurut Jep, sejak dari kecil dia merupakan seorang yang pemalu dan perkara tersebut mungkin sudah terbawa-bawa sehingga sekarang.

“Saya punya pengikut memang berjuta-juta cuma apa yang saya boleh katakan disini jumlah pengikut saya lebih banyak daripada amount dalam akaun saya.

“Saya sangat bersyukur dan menghargai kerana masih ada orang yang masih ambil tahu tentang perkembangan saya. Ia satu perkara yang buat saya terharu.

“Cuma saya nak mintak maaf la sebab akaun saya tidak seperti akaun-akaun artis yang lain.

“Beginilah sejak dari awal dulu saya ni sejenis yang malu untuk bergambar. Masa saya kecil dulu pun bila keluarga ajak bergambar saya malu. Saya takut saya merosakkan gambar.

Ads

“Bila membesar pun perkara tu mungkin terbawa sekali tapi bila dah masuk dalam industri ni lama-kelamaan dia jadi normal.
Tapi dari segi prinsip nak kongsi semua perkara di Instgram, saya rasa saya tidak terlalu suka untuk kongsi,” kongsinya lagi.

Kisah tersebut dikongsikan oleh anggota kumpulan lawak Sepahtu itu memerusi sebuah video khas yang dimuat naik di akaun Youtube Sinar FM.

Meskipun kadang-kala ada menerima kritikan, Jep mendedahkan dia lebih gemar untuk berdiam diri daripada memberi reaksi mengenai perkara berkenaan.

“Saya memang suka mengambil pendekatan sebegitu. Saya selalu tanamkan dalam diri, memang kita kena akur bukan semua orang suka kita.

Ads

“Kita bukanlah baik mana apetah lagi kita nak mengajak orang suka kita. Saya rasa perkara tu mustahil. Orang yang baik pun ada orang tak suka. Ni kan pula kita yang memang tak sempurna perangainya,” kongsinya lagi.

Jelas suami kepada pelakon, Sari Yanti itu lagi, membalas semua perbuatan jahat orang lain bukanlah prinsip didalam hidupnya.

“Ada kadang kala kita tak tahu kita dah menyakiti hati orang secara langsung atau tidak. Benda tu normal bila orang tak suka kita.

“Cuma untuk saya membalas balik tu bukan cara saya. Saya takut kalau saya menyakiti hati orang lain, bila masa saya nak minta maaf dengan diorang.

Ads

“Tapi sekiranya mereka buat begitu kepada saya, saya memang maafkan je. Sebab satu perkara yang saya pegang ialah Allah takkan mungkir janji.

“Kalau kita buat baik tapi tak dapat pujian orang saya rasa tiada masalah sebab manusia mungkin akan mungkir janji tapi Allah tidak,” akhirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian selain turut menitipkan doa agar Jep terus sukses pada masa akan datang.

“Minta Maaf Sebab IG Tak Seperti Artis Lain,” – Dari Kecil Pemalu, Rupanya Ini Punca Sebenar Jep Sepahtu Jarang Kongsi Hal Peribadi “Minta Maaf Sebab IG Tak Seperti Artis Lain,” – Dari Kecil Pemalu, Rupanya Ini Punca Sebenar Jep Sepahtu Jarang Kongsi Hal Peribadi “Minta Maaf Sebab IG Tak Seperti Artis Lain,” – Dari Kecil Pemalu, Rupanya Ini Punca Sebenar Jep Sepahtu Jarang Kongsi Hal Peribadi

Sumber: Youtube Sinar FM

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI