Berita

“Minta Maaf Sebab Saya Tak Mahu Ulas Lagi, Sebab Kita Profesional. Sekali Cakap, Lepas Tu Diam,” – Elly Mazlein

Share

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein tidak mahu mengulas panjang mengenai perkongsiannya di Instagram Stories, semalam, yang mencetuskan tular di media sosial.

Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, apa yang ingin dikongsikan sudah pun ada di platform berkenaan.

“Saya tidak mahu berikan respon mengenai perkara itu. Sebab apa yang saya ingin luahkan, sudah ada di Instagram Story saya. Jadi itu sahaja yang saya nak cakap.

“Minta maaf sebab saya tak mahu lagi ulas lagi banyak-banyak sebab kita profesional. Sekali cakap, lepas tu kita diam,” katanya kepada MH.

Elly yang turut mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom dan Suraya itu juga hanya memberikan komen ringkas apabila ditanya sama ada dia rasa lega atau berlapang dada selepas membuat hantaran tersebut.

“Rasanya itu sahaja yang saya ingin beri komen,” katanya ringkas.

Mengulas mengenai pelbagai reaksi diterima susulan luahan yang dikongsikan, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini meminta semua untuk terus berbuat baik sesama manusia.

“Macam ni lah… Kita sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Itu sahajalah,” katanya lagi.

Terdahulu pada Sabtu, Elly menerusi Instagram Stories antara lain meluahkan, dia tidak akan bersuara sekiranya tiada pihak yang ‘mengusik’ atau cuba memprovokasi dirinya.

Malah ibu kepada dua cahaya mata ini juga menjelaskan, dia tidak suka untuk ambil tahu mengenai perihal orang lain, namun dia tertanya-tanya mengapa masih ada individu yang seolah-olah tidak berpuas hati.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

@mediahiburanofficial Panjang lebar Elly Mazlein atau lebih sinonim disapa sebagai Kak Lina Kepom meluahkan rasa kesalnya terhadap satu isu. Apa pun, mendoakan yang baik baik di hujung minggu. Elly berkongsi video berkenaan menerusi Insta Storiesnya, hari ini #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Published by
MH