Penyanyi dan penulis lagu, Yonnyboii ada memuat naik posting membuat permohonan maaf menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut Yonny, dia berjanji tidak akan mengulangi lagi segala kesilapan yang pernah dia lakukan sebelum ini.

“Minta maaf semua, saya janji saya takkan buat silap lagi yang sama lagi tulisnya,” tulisnya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Sakit itu turut memberi tahu bahawa dia kini ingin berehat seketika dan berjanji akan kembali aktif semula dalam masa terdekat.

IKLAN

“Sorry yall just let me rest for a while I promise ill be jumping right back up when im all better,” katanya lagi.

Malah, pengendali akaun Instagram Malaysian Hustler, yang sering memuat naik perihal artis rap tempatan, turut meminta para pengikutnya supaya mendoakan Yonny agar lekas sembuh daripada penyakitnya itu.

IKLAN

“Doakan Yonny untuk diberikan kesembuhan dari sakit yang dilaluinya,” tulis pengendali akaun tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tiada siapa yang mengetahui apa sebenarnya yang menimpa Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin.

Melihat diruangan komen, rata-rata peminat risau dan tertanya-tanya mengenai keadaan penyanyi berusia 20 tahun itu termasuklah rakan artis seperti Faizal Tahir dan Achey Bocey.

IKLAN

“Minta Maaf Semua, Saya Janji Takkan Buat Silap Lagi,” – Mahu Berehat Lepas 2 Hari Lancar Lagu Baru, Apa Motif Yonnyboii? “Minta Maaf Semua, Saya Janji Takkan Buat Silap Lagi,” – Mahu Berehat Lepas 2 Hari Lancar Lagu Baru, Apa Motif Yonnyboii? “Minta Maaf Semua, Saya Janji Takkan Buat Silap Lagi,” – Mahu Berehat Lepas 2 Hari Lancar Lagu Baru, Apa Motif Yonnyboii?

Terdahulu, Yonny baru sahaja melancarkan lagu baru berjudul Kelabu hasil kolaberasi bersama penyanyi senior, Azlan Typewriter.

Lagu tersebut nyata menerima reaksi positif dikalangan peminat selepas meraih hampir 90,000 tontonan di laman Youtube kurang 48 jam ia dimuat naik.

Sumber: Instagram Yonnyboii

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI