Tahniah diucapkan buat pelakon pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim yang telah pun melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan yang juga bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib, 37, jam 3.30 petang, semalam.
Pasangan yang sudah berkenalan lebih 10 tahun itu diijabkabulkan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Dia yang sinonim disapa Fida,35, menerusi Harian Metro berkata, dia bersyukur kerana impian untuk bergelar isteri dan bernikah dengan lelaki pilihan akhirnya menjadi kenyataan.
“Saya dan suami meminta maaf kerana tidak dapat menjemput semua ahli keluarga kami serta sahabat-sahabat berikutan situasi pandemik Covid-19 sekarang. Semuanya kena mengikut SOP dan tetamu pun terhad.
Ads
“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur majlis akad nikah dapat dilaksanakan sebaiknya. Saya juga mohon doakan kebahagiaan kami yang mengikat ikatan perkahwinan pada bulan Ramadan ini.
“Semoga dengan doa-doa baik diberikan akan mendapat rahmat dan berkat Allah SWT,” katanya.
Ads
Menurut Fida, ia menjadi lebih bermakna apabila dapat mengenakan baju kebaya yang dijahit sendiri oleh Allahyarham ibunya.
Ads
“Walaupun arwah mak sudah meninggal dunia empat tahun lalu, tapi bagi saya dia tetap ada di majlis pernikahan ini.
“Saya tidak sangka akhirnya dapat juga tunaikan impian mak yang nak saya berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Selama hampir 20 tahun baju kebaya ini disimpan dengan rapi.
“Sebenarnya sudah lama juga saya nak berkahwin. Namun, ketentuan jodoh setiap orang itu ada yang cepat dan lambat.
“Bagaimanapun, alhamdulillah dapat juga saya pakai baju kebaya yang memang dijahit oleh arwah mak untuk majlis nikah saya,” katanya yang sebelum ini jarang berkongsi mengenai soal calon suami bagimenghormati permintaan keluarga.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi,Mark Adam dan isteri Ezan Marzan difahamkan baru saja pulang dari mengerjakan umrah di kota suci,Mekah.
Seperti sekeping hati yang suci dan bersih, Adam tidak sesekali lupa akan peminatnya dan penganut agama Islam lain yang tidak berkesempatan untuk datang ke Mekah.
Penyanyi dan pelakon itu pada masa sama ada memanjatkan doa agar mereka yang belum dijemput untuk ke tanah suci agar dapat merasai suasana di sana andai diberikan peluang.
“Kami doakan yang terbaik untuk anda semua, Ya Allah guide us in our everyday life to become a better person and to stay closer to you in every step of the way… Ya Allah berikan lah peluang jalan yang mudah untuk semua yang nak datang di Mecca dan Madina especially the meskin ones… please guide them and make their wishes and dreams come true…,” tulis Adam di ruangan kapsyen.
Perkongsian selebriti itu turut mendapat reaksi netizen dan rata-rata mengakui air rebusan daun sireh cukup bermanfaat selain mampu mengatasi masalah rabun.
Foto : Instagram Zarina Anjoulie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Man Raja Lawak memberitahu bahawa wang bantuan yang didermakan sudah pun habis disalurkan kepada pihak yang memerlukan.
Perkara tersebut diberitahu pemilik nama lengkap Abd Rahman Kasim pada Jumaat.
Sambil memohon agar mereka yang mendapat bantuan tersebut menggunakan wang sebaiknya, Man turut memohon maaf kepada pemohon yang tidak berjaya.
“Saya Abd Rahman Kasim ingin memohon maaf kerana bajet 50k telah pun habis disalurkan sebentar tadi. Kepada mereka-mereka yang mendapat bantuan gunakanlah duit itu sebaik mungkin.
“Kepada yang gagal, mohon ampun dan maaf. Terima kasih kerana anda sabar menanti jawapan sehingga kini. Maafkan saya tidak dapat membantu anda di saat anda benar-benar memerlukan.
“Mohon maafkan saya yang hina ini. Sekian,” tulisnya pada lampiran entri terkini di Instagram.
Terdahulu, Juara Maharaja Lawak Mega 2019 ini mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk mengagihkan sebahagian wang kemenangannya itu bagi membantu meringankan beban mereka yang kesempitan di dalam menghadapi krisis COVID-19 ketika ini.