“Minta Maaf Tak Respon Teks Semua Orang,” – Tulang Belakang Senget Sebab Terlalu Lasak Sejak Kecil, Reen Rahim Jalani Pembedahan

Share

Tindakan pelakon, Reen Rahim berkongsi sepotong video pendek yang memaparkan dirinya sedang dimasukkan ke hospital mengundang rasa risau rakan artis dan peminat.

Terbaru, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Reen memaklumkan mengenai status kesihatannya itu dan mengapa dia dimasukkan ke hospital.

Menurut pelakon drama, Keluarga Instafamous ini lagi, dia sebenarnya baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil di bahagian tulang belakangnya yang dilaporkan berada di kedudukan yang agak senget pada Rabu.

Katanya lagi, dia memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa berdiam diri berikutan kesan bius yang masih dirasainya sejak semalam.

“Assalamualaikum semua. Minta maaf sangat tak respok text semua orang. Dari tadi Reen mabuk bius. Bangun tidur, bangun tidur dari tadi. Ni macam dah okay sikit.

“Sebenarnya Reen kena jalankan minor operation tengah hari semalam sebab lasak sangat daripada kecil. Tulang belakang senget sikit. Nothing serious,” tulisnya.

Reen turut menambah, masalah tulang belakang yang dialaminya itu berpunca daripada tindakannya yang sering berkelakuan lasak sejak daripada kecil.

Bagaimanapun, Reen memberi tahu, dia berkemungkinan besar akan dikeluarkan ke hospital dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

“Esok lusa dah boleh keluar dah. Next week boleh lasak balik InsyaAllah. Ah ghisau jangan ghisau sangat. InsyaAllah Reen okay tak lama lagi.

“By the way korang tolong doakan esok pagi-pagi doktor bagi Reen balik rest dekat rumah. Nak katil dan bantal yadak Reen. Bius dah habis. Macam mana nak tidur ni. Masak lah,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa terkejut selain turut mendoakan semoga Reem lekas sembuh daripada pembedahan tersebut.

“Semoga lekas sembuh Adik Reen.

“Allahu, get well soon Reen. Semoga diberikan kesembuhan hendaknya.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga cepat sembuh.

“Get well soon Reen. Take a good rest,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Terdahulu, selain aktif bergelar pelakon, Reen kini juga dilihat sibuk menguruskan bisnes produk kecantikannya sendiri.

Sumber: Instagram Reen Rahim

Published by
Aizam Manaf