
Pelakon dan pengacara jelita, To’ Puan Syamim Mohd Farid senang untuk mengambil sisi positif sekiranya masih ada yang bertanya mengenai rezeki cahaya mata.
Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 itu berkongsi mengenai perkara itu selepas ditanya mengenai hal tersebut menerusi ‘Ask Me Question’ di Insta Stories, pada Isnin.
“Hi Toh’ Puan Syamim, macam mana you handle bila orang tanya pasal anak ye I wish can be like yoU,” tulis seorang Instagram.
“I always answer like this, ‘Insya-Allah bila Allah nak bagi. Doakan ya.’ Just ask them to doakan for you because we never know dalam 10 orang yang bertanya, maybe 1 orang tu doanya diangkat. Stay positive and husnudzon,” jawab Syamim.
Dikenali sebagai wanita anggun yang matang dan ramah bila berbicara, Syamim turut berkongsi mengenai doa hariannya selepas di tanya seorang pengguna Instagram lainnya.
Imbas kembali, Syamim mendirikan rumah tangga bersama Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj pada tanggal 19 Mac 2016.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fuad Rahman Cerita Ibu Melawat Pakai Tongkat Jadi Asbab Berubah; “Saya Dekat ‘Dalam’, Takut Mak Apa-Apa Jadi Dekat Luar.”

Penyanyi asal Singapura yang kini bersaing di dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Fuad Rahman tidak menafikan ibu menjadi antara asbab dia ‘keluar’ dari dunia gelap hingga berdepan hukuman penjara sebanyak tiga kali atas kesalahan dadah sebelum ini.
Fuad atau nama sebenarnya, Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, hatinya terjentik untuk berubah selepas ibu bertongkat hadir melawatnya di balik tirai besi.
“Kali terakhir, saya dijatuhi hukuman tujuh tahun tiga bulan dengan enam kali sebatan. Jadi bila mak datang melawat dengan bertongkat… Dulu kita ‘tele-visit’, sebab mak nak jalan tak berapa kuat. Hanya menerusi panggilan video begitu.
“Tertanya juga ketika itu, mengapa mak ‘melawat’ saya dengan cara begini? Sekali ada lawatan terbuka dan saya antara banduan yang berpeluang jumpa pelawat, ketika itulah saya kata ‘this is the time, full stop.
“No more… sebab saya dekat ‘dalam’, takut mak apa-apa jadi dekat luar. Sebab saya sudah tengok banyak kawan-kawan yang ibu atau bapa meninggal, mereka tak sempat keluar (selesai jalani hukuman).
“Malah kalau dapat keluar pun, orang-orang sekeliling bukan nak melawat arwah, orang mungkin nak tengok kita. Jadi rasa tak seronok, saya tak mahu macam tu’,” katanya kepada MH.
Bapa kepada dua cahaya ini juga bersyukur kerana bertemu dengan mereka yang sama-sama ingin berubah kembali ke pangkal jalan.
“Saya nak cerita, dekat ‘dalam’, tak semuanya pemikiran negatif, atau tak nak berubah. Ada yang rajin belajar agama, sebab kami akan ada kelas ilmu tiap minggu dua tiga kali.
“Jadi saya cenderung ke arah situ, bergaul dengan mereka dan berterusan beri nasihat, sampailah saya bebas, alhamdulillah. Bila kali ketiga dalam penjara, saya ketemu kawan yang betul-betul nak kita berubah,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
Nana Mahazan Terhibur, GV9 ‘Meriah’; “Bagi Saya Dia Berjaya Menjadikan Program Itu ‘Hidup’
Kini kembali ke pangkal jalan, Fuad turut menitipkan pesan kepada golongan yang mengalami situasi serupa untuk terus berdoa kepadaNya moga diberikan hidayah, istiqamah untuk berubah.
Terdahulu dalam saingan konsert keempat malam tadi, Fuad menyampaikan lagu Layang-Layang Terputus Talinya nyanyian asal Alleycats terlihat mengalirkan air mata dalam persembahannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Anggap Dia Seperti Adik…,” – Ryan Bakery Tak Iri Hati Dengan Farihi Narnia, Gembira Lihat Kejayaan Rakan

Personaliti media sosial, Ryan Bakery tumpang gembira melihat pencapaian sahabatnya yang juga merupakan pembikin konten, Farihi Narnia yang kini semakin mendapat perhatian netizen.
Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, dia telah banyak memberikan tunjuk ajar dan berkongsi ilmu bersama Farihi untuk sama-sama berjaya di dalam bidang penghasilan konten ini.
“Far ni berasal daripada Sabah. Sebelum ini, kami selalu berhubung melalui panggillan video sahaja. Dia selalu bertanya, macam mana nak sampai tahap seperti saya?
“Jadi, saya nasihatkan dia untuk kumpul duit dan datang ke Kuala Lumpur kalau betul-betul serius nak menjadi content creator. Saya ajak dia cari rezeki di sini.
“Cuba keluar daripada Sabah dan datang ke Semenanjung. Dia ambil cabaran itu. Dia kumpul duit dan alhamdulillah membuahkan hasil,” katanya kepada MH.
Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di Gempak Most Wanted Awards 2023, baru-baru ini.
Ditanya adakah dia berasa tercabar dengan kedudukan Farihi ketika ini, Ryan akui turut senang bila melihat kejayaan rakan-rakannya.
“Kalau lihat Far sekarang, dia sudah sampai tahap seperti saya. Kami menggunakan filter dan ayat-ayat yang hampir sama di dalam video. Dia umpama adik didikan saya sendiri.
“Nak kata tercabar, tidaklah. Pada saya, kami semua sama sahaja. Alasan utama kami di sini hanyalah untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Kita buat untuk diri sendiri dan kena berusaha keras. Kami selalu berkerjasama. Ada kala dia masuk video saya atau sebaliknya,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Raya Last Minit ini tidak patah semangat apabila namanya tidak tercalon di GMWA2023 meskipun pernah meraih anugerah sama pada tahun sebelumnya.
“Tahun lepas, saya menang kategori Digital Content Creator Tergempak tapi tiada rezeki tahun ini. Top five pun tak tercalon.
“Pada saya, tahun ini, pesaing terlalu hebat. Ketika ini, pembikin konten pun sudah semakin ramai dan membawa bermacam-macam idea.
“Saya turut seronok bila ramai yang mengangkat pembikin-pembikin konten baharu. Lagi ramai, lagi bagus. Saya melihat perkara ini dari sudut positif,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Salam… Cium Tangan Suami, “Saya Dah Salam Kat Rumah,” – Jawab Datin Alyah Bila Ditanya Jihan, Tonton Suami Beri Komen ‘Live’ Di GV6!

Selain kejutan tiada penyingkiran pada minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang berlangsung malam tadi, pencinta muzik turut diwarnakan dengan penampilan pertama Datin Alyah di pentas program tahunan itu.
Setelah enam edisi, bintang berkenaan diundang sebagai penyanyi undang menyampaikan single terkininya, Meluruh yang juga menjadi runut bunyi untuk drama bersiri, Cemburu Seorang Perempuan yang kini bersiaran menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria dan Ria HD.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Sejurus melalukan persembahan sebagai salah satu strategi promosi untuk drama yang didukung Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong itu, hos GV6 Nabil Ahmad dan Jihan Muse dilihat turut mengusik Alyah sama suami, Datuk Ramli MS yang juga merupakan juri tetap GV6.
“Kami dari keluarga GV ni besar, tapi saya mewakili Nabil nak minta maaf kot apa yang dia cakap mengguris hati Datin,” kata Jihan lalu dijawab penyanyi berkenaan.
“Ada bendalah yang dia (Nabil) cakap tu, kadang-kadang perlu ke cakap. Tapi saya tak ambil hati. Saya sudah biasa sebab acara tahunan,” ujar Alyah lalu dibawa kedua hos untuk bersama-sama menonton.
Bagaimanapun, difahamkan Alyah hanya sempat menonton untuk satu segmen sahaja kerana ada komitmen lain yang perlu diutamakan.
Terdahulu sebelum dibawa ke ruang penonton dan duduk di belakang suami, Jihan sempat memaklumkan Alyah supaya mencium tangan suami dan dijawab ringkas bintang asal Gelang Patah, Johor itu.
Malah, adegan yang sempat dirakam MH mendapat reaksi pelbagai peminat.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan muse, sesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam tampil sebagai juri jemputan minggu ini.
GV6 bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad, jam 9.00 malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI