Berita

“Minta Mereka Doakan…,” – Netizen Tanya Bagaimana To’ Puan Syamim Kawal Persoalan Mengenai Zuriat, Percaya Rezeki Allah

Share

Pelakon dan pengacara jelita, To’ Puan Syamim Mohd Farid senang untuk mengambil sisi positif sekiranya masih ada yang bertanya mengenai rezeki cahaya mata.

Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 itu berkongsi mengenai perkara itu selepas ditanya mengenai hal tersebut menerusi ‘Ask Me Question’ di Insta Stories, pada Isnin.

“Hi Toh’ Puan Syamim, macam mana you handle bila orang tanya pasal anak ye I wish can be like yoU,” tulis seorang Instagram.

“I always answer like this, ‘Insya-Allah bila Allah nak bagi. Doakan ya.’ Just ask them to doakan for you because we never know dalam 10 orang yang bertanya, maybe 1 orang tu doanya diangkat.

Stay positive and husnudzon,” jawab Syamim.

Dikenali sebagai wanita anggun yang matang dan ramah bila berbicara, Syamim turut berkongsi mengenai doa hariannya selepas di tanya seorang pengguna Instagram lainnya.

Imbas kembali, Syamim mendirikan rumah tangga bersama Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj pada tanggal 19 Mac 2016.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH