Pelakon yang juga pempengaruh, Syazlin Zainal dilaporkan meninggal dunia pada petang Khamis.
Berita mendukacitakan mengenai pemergian aktres berusia 26 tahun itu disahkan oleh sepupunya iaitu Trisya Azahar menerusi akaun Twitter.
“Kepada yang mengenali sepupu saya, Syazlin Zainal minta sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau,” tulisnya.
Memetik mStar, punca kematian masih lagi dalam siasatan.
Dalam pada itu, kenalan Syazlin, Zeatyalia turut memaklumkan mengenai perkara sama menerusi Insta Stories miliknya.
“Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan (termasuk kepada media). Saya menghormati privasi keluarganya.
“Saya kehilangan rakan hari ini dan tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang.
Sementara itu, berita pemergian Syazlin turut mengejutkan rakan-rakan artis antaranya Anna Jobling, Nabila Razali, Nadia Brian, Elisya Sandha dan ramai lagi.
Luahan dan doa turut dititipkan pada akses komen pada muat naik terakhir Instagram Syazlin.
Imbas kembali, Syazlin pernah membintangi beberapa drama televisyen termasuklah Sitik Tok, Dia yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI