Penyanyi, Aufahanie memohon bantuan orang ramai untuk mencari abangnya Nidza Ahfam yang dipercayai hilang pada malam selasa.
Perkara itu dikongsikan oleh Aufahanie menerusi satu hantaran di Instagram.
Menurut Aufa, dia berharap agar abangnya itu segera ditemui dan kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.
“Minta tolong semua orang, tolong doakan abang saya dijumpai dalam keadaan selamat. Ya Allah,” tulisnya.
Menerusi hantaran berasingan, penyanyi lagu Geming Jiwa turut berkongsi butiran mengenai abangnya itu bagi memudahkan urusan pencarian.
Sementara itu, dalam beberapa hantaran lain dimuat naik oleh kakak sulung penyanyi ini memaklumkan Afham tidak membalas mesej daripanya selepas keluar beriadah pada sekitar pukul 7.50 malam.
Pihak keluarga juga menemui telefon bimbit serta dompet milik Afham di sekitar kawasan jambatan Sungai
Klang.
“Dia (Afham) keluar jogging dalam pukul 7.58 malam ke Stadium Klang. Kami sudah periksa telefon, tiada unsur pergaduhan atau loan shark.
“Semua dalam keadaan baik. Ahfam tamatkan larian,” tulisnya.
Menerusi krnologi kehilangan yang dikongsi, ahli keluarga pergi mencari Afham di sekitar jambatan berkenaan sekitar pukul 1.50 pagi hari Rabu.
Kali terakhir Afham membalas mesej kepada kakaknya adalah pada pukul 9.04 malam Selasa dan pihak keluarga hanya menjejaki lokasi terkahirnya adalah di jambatan berkenaan.
Afham, 23, juga merupakan seorang penyanyi dan aktif membuat persembahan.
Laporan polis juga telah dibuat oleh pihak keluarga di Balai Polis Klang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.