Pelakon, Ummi Nazeera, berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini sedang hamil empat bulan.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menurut Ummi, dia dan suami berasa sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana bakal dianugerah cahaya mata kedua.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah Ummi nak share di sini, Ummi telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan Izin Allah SWT,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu 2 ini turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan diri serta kandungannya itu.
“Ummi minta tolong semua untuk doakan kesihatan baby yang kini hampir 4 bulan dan juga ummi kedua dua nya sihat walafiat. Semoga perjalanan kami dipermudahkan.. Ameen,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa teruja selain turut mendoakan semoga segala urusan Ummie akan dipermudahkan.
Terdahulu, Ummi telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Dr. Mohd. Izzar Anwari pada tanggal 23 Julai 2017.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ayra Aneesa
Sumber: Instagram Ummi Nazeera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bilal Dah Mula Belajar Bertatih, Neelofa Turut Kongsi Pengalaman Kendali Next To Neelofa 2
“Dah make fews steps, tapi kena pegang-pegang.”
Demikian kata selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa selepas ditanya Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad mengenai perkembangan anak sulung, Muhammad Bilal, sembilan bulan.
Hos program Next To Neelofa itu berkata demikian ketika diundang sebagai tetamu menerusi salah satu segment di MeleTop, pada Selasa bagi mempromosikan musim terbaharu rancangan berkenaan.
Menurut Neelofa, bagi musim kedua ini, figura yang diundang kebanyakannya terdiri daripada bintang yang bergelar ibu.
“Kalau musim pengenalan kita tampilkan bintang legenda seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nor Kumalasari, Puan Sri Normala Samsudin dan ramai lagi.
“Tetapi kali ini walau kebanyakan (tetamu) masih muda, tetapi mereka ialah ibu yang boleh relate on certain level,” katanya.
Neelofa pada masa sama turut berkongsi pendekatan yang digunakan setiap kali menemubual tetamu yang diundang.
“Orang tanya macam mana saya ‘buat’ mereka menangis. Sebenarnya saya pun berdebar juga. Berdoa… Ya Allah lembutkanlah hati dia, selesakanlah kita dan sebagainya.
“Selain itu, kita kenalah juga bina proses komunikasi itu,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada peminat selain dedikasinya kerana masih diberi peluang untuk muncul di kaca TV meski berpurdah.
Next To Neelofa musim kedua bakal bersiaran mulai 22 Oktober 2022, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Prima.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Naskhah Arahan Awie Kena Compare Dengan Filem Bajet Besar – “Saya Mengarah Ikut Peruntukan, Bukannya Syok Sendiri.”
Meski ramai yang memuji naskhah sulung arahan Datuk Awie menerusi filem Rebel: Berontak Untuk Berotak, namun ada juga yang membandingkannya dengan naskhah terbitan syarikat produksi gergasi yang menelan bajet berlipat kali ganda.
Awie yang juga vokalis kumpulan Wings berkata, tidak adil untuk membandingkan filemnya itu dengan naskhah yang kos pembikinannya berbajet mewah.
“Saya tak faham kenapa orang nak bandingkan Rebel dengan filem lain?
“Dari segi genre, jalan cerita dan bajet pun filem Rebel sangat berbeza dengan filem lain. Rebel bukanlah filem bergenre aksi berat yang menelan belanja besar.
“Jadi, jangan bunuh semangat saya untuk terus berkarya, memandangkan ini adalah filem pertama sentuhan saya selaku pengarah.
“Saya sudah hasilkan yang terbaik mengikut kemampuan dengan kekangan bajet sedia ada,” katanya.
Mengulas mengenai bajet, kata Awie, dia mengarahkan filem Rebel mengikut kapasiti dan peruntukan bajet disediakan produksi.
“Bajet filem Rebel sederhana berbanding filem lain yang memperuntukkan bajet berganda lebih besar.
“Saya mengarah filem ini mengikut peruntukan bajet, bukannya syok sendiri dan itulah hasilnya. Takkan saya nak buat dengan terlebih bajet pula?
“Kalau dapat bajet lebih besar, mungkin macam-macam benda saya boleh buat,” katanya lagi.
Bagaimanapun, kata Awie, dia tidak akan patah semangat untuk terus berkarya walau apapun maklum balas diterima daripada penonton mengenai filem Rebel.
“Saya akan terus mengarah walaupun kutipan filem Rebel dilaporkan sederhana kerana itu adalah asam garam dalam pembikinan filem.
“Maklumlah, saya sendiri sudah berlakon berpuluh filem dan ada filem lakonan berjaya dan sebaliknya. Itu adalah perkara biasa dalam pembikinan filem.
“Saya sudah rancang sesuatu untuk mengarah filem dengan syarikat sendiri pada masa akan datang,” katanya.
Apapun, kata Awie, dia sangat berharap peminat beri sokongan pada filem Rebel di pawagam tanah air.
“Filem Rebel memiliki mesej dan pengajaran berguna yang mahu disampaikan kepada penonton.
“Antara mesej disampaikan di mana orang selalu menuding jari pada mereka yang nakal dan jahat, tapi apa punca mereka jadi begitu?
“Takkan mereka dilahirkan ke dunia terus nak jadi nakal dan jahat? Mesti ada sebab atau keadaan yang memaksa jadi begitu,” katanya.
Filem bergenre aksi itu diterbitkan Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan menampilkan Ben Amir dan MK K-Clique selaku teraju utama.
Ia turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Mengisahkan perseteruan antara dua individu, Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique) meskipun berada dalam pertubuhan yang sama.
Luka, seorang pemuda yang berasal daripada penempatan setinggan, membesar dalam keadaan serba kekurangan dan dikelilingi elemen tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran dan gangsterism.
Walaupun berasal daripada persekitaran seperti itu, Luka tetap cuba untuk menjalani kehidupan normal. Bagaimanapun, Luka mempunyai satu sifat membezakan dirinya dengan orang lain seperti tidak boleh menahan diri jika melihat ketidakadilan berlaku di depan mata.
Pada masa sama, berlakunya perseteruan antara Luka dan Bono, seorang budak nakal yang sering mengganggu ketenteraman. Berlaku pergaduhan ketika mereka remaja apabila Bono dan gengnya cuba memeras ugut gerai ibu Luka.
Pergaduhan tidak memihak kepada Luka, tetapi ia merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia mula memberontak dan menentang ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya.
Rebel: Berontak Untuk Berotak menemui penonton pawagam di seluruh negara sejak 2 Mei lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seperti Tidak Boleh Diselamatkan Lagi, Puteri Sarah Nekad Nak Bercerai
Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung selama dua jam melibatkan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.
Puteri Sarah, 38, tetap nekad dengan keputusannya untuk berpisah dengan Syamsul.
“Saya tidak mahu berjumpa dan saya tegaskan dekat sini, saya masih dengan keputusan saya. Saya nak bercerai, tak nak berdamai.
“Enough is enough, I’m tired. Saya hanya nak minta lepaskan saya sahaja.
“Saya hanya jumpa ustazah, saya ceritakan apa yang berlaku daripada A sampai Z beserta dengan bukti.
“Saya dah penat. Saya penat dengan benda ini, sudah bertahun-tahun. Jadi saya terus cakap saya tidak mahu berdamai.
“Saya memang tak akan boleh berdamai, saya tak nak. Saya mahu bercerai,” katanya memetik video yang dikongsikan di laman Instagram Hlive.
Menerusi sesi tersebut, Sarah diwakili adiknya, Sofea Megat manakala Syamsul pula diwakili sepupunya.
Terdahulu, Sarah memfailkan permohonan penceraian dan sebutan pertama kes tersebut pada 7 Mac lalu, Syamsul enggan menceraikan isteri pertamanya itu kerana yakin masih ada sinar dalam hubungan mereka.
Susulan itu, hakim syarie telah memerintahkan kedua-duanya melantik wakil JKP bagi tujuan perbincangan.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI