Pelakon dan pengacara Mira Filzah memberikan pandangan mengenai personaliti rakan artis, Uqasha Senrose dari kaca matanya.
Menerusi Ask Me Question, Mira menerima soalan daripada seorang pengguna Instagram yang bertanyakan mengenai perkara tersebut.
Menurut Mira, kakak kepada aktres Nelydia Senrose itu seorang yang pemurah.
“GILA HINDUSTAN DAN PEMURAH. SHA SUKA BELANJA/BELI MAKANAN FOR EVERYONE. MIRA INGAT LAGI DKT PERTH MASA SHOOTING RAHSIA HATI PEREMPUAN, FIRST NIGHT TIDUR DKT SANA UQASHA BG MIRA SOCKS BULU2 WARNA BIRU AND DIA PUN ADA SAMA WARNA PINK. AWWWWW.
“OH AND. MIRA SUKA TGK UQASHA BUAT SCENE NANGIS! NANTI SAMPAI KE HIDUP PIPI MUKA SEMUA MERAH MERAH,” tulisnya serba ringkas.
Sebelum ini, Mira dan Uqasha pernah digandingkan bersama Hisyam Hamid serta Fikry Ibrahim menerusi drama bersiri, Rahsia Hati Perempuan yang bersiaran menerusi slot Mega Drama Astro lebih dua tahun lalu.
Di samping itu, bintang drama Sweet Dreams ini juga turut menjawab persoalan sama ada dia sudah menjangka popularitinya akan menurun selepas berkahwin.
Bagi Mira, lebih selesa menyerahkan kepada peminat untuk menilai populariti seorang selebriti dan jelasnya lagi, dia membuat keputusan untuk tidak terlampau sibuk supaya dapat meluangkan masa dengan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar di samping keluarga.
Bagaimanapun, pelakon itu menyatakan dia masih meneruskan karier lakonan cuma akan mengikut kesesuaian masa selepas ini.
Untuk rekod, Mira dah suaminya yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd. Yazid mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu.