Drama bersiri Sweet Dreams yang menceritakan mengenai kisah percintaan seorang gadis bisu ternyata semakin mendapat perhatian penonton setia drama tempatan.

Menyifatkan gandingan tersebut sebagai ‘magis’, pelakon Mira Filzah dan Ben Amir mulai dipuji ramai.

Bagaimanapun, keserasian yang dicipta bukanlah semudah disangka, akui Mira kepada MH, bekas finalis Hero Remaja itu nyata seorang pemalu.

“Mira terlibat dengan pengambaran ni Mira tak tahu pun bagaimana orang bisu dan pekak ini berkomunikasi rupanya ada pelbagai dan berbeza.

“Dan untuk watak Putri ni Mira ambil dan belajar daripada Cikgu Sarah yang ajar Mira dekat Persatuan Pekak Malaysia tu. Dia sangat lembut, bertudung dan sentiasa senyum, kongsinya jujur.

Pada masa sama, Mira turut beri reaksi apabila ada yang membandingkan wataknya dengan peranan lebih kurang sama dibawa Sheila Rusly sebelum ini.

IKLAN

“Dari segi pembandingan orang akan terus membandingkanlah mana yang bagus, mana yang tak bagus.

“Tapi bagi Mira pelakon yang dibandingkan itu memang sangat-sangat hebat dan tak dapat disangkal lagi bakat dia.

“Kalau nak dibandingkan pengalaman Mira dengan dia jauh berbeza. Jadi daripada situ kita bangun sama-sama dan perbaiki untuk menjadi lebih baik,” jelasnya yang juga mengakui Ben rupanya seorang lelaki pemalu.

“Pada mulanya dia sangat pemalu orangnya sampai Mira yang kena bimbing dia untuk bercakap kalau tak sampai kesudah tak bercakap.

IKLAN

“Tapi Alhamdulillah atas bantuan pengarah, Michael Ang semuanya berjalan lancar. Tambahan pula Michael memang sangat menjaga untuk drama ini sehingga semuanya dijaga rapi dari segi lakonan, pakaian, lokasi dan sebagainya.

Di samping itu, bintang berusia 26 tahun ini sempat mengulas mengenai keserasian dia bersama watak hero lain dalam drama lakonan.

“Mira serasi dengan hero dalam drama lakonan bagi Mira adalah komunikasi. Mungkin bila kita dekat set lakonan kita berkomunikasi dan cuba berkawan benda tu akan buat jadi selesa. Bila kita berkomunikasi semua benda akan jadi mudah.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Mira turut memaklumkan bahawa dia bakal muncul dalam sebuah drama bersiri terbaru.

“InsyaAllah Mira akan muncul dalam sebuah drama untuk slot Akasia dan bakal keluar pada September depan,” kongsi Mira.

Selain Mira dan Ben Amir, drama Sweet Dreams menampilkan pelakon hebat Sean Lee, Datin Nina Juren, PU Azman, Didi Astillah dan ramai lagi.

Drama ini merupakan sebuah drama arahan Michael Ang dan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI