Teka teki dan spekulasi tentang status hubungan Mira Filzah akhirnya terjawab menerusi ruang IG Live milik pelakon itu bersama ustazah Asma’ Harun dalam Bual Bicara Santai Pengorbanan.
Menerusi siaran tersebut, pendakwah itu secara spontan bertanyakan status Mira sama ada sudah berpunya atau masih solo.
Pelakon itu secara jujur akhirnya mengakui dia kini sudah punya kekasih dan kedua-dua belah keluarga sudah membincangkan soal ikatan suami isteri.
Jelas ustazah Asma’, andai kedua belah keluarga sudah bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan, maksudnya Mira sudahpun bergelar tunangan orang menurut hukum Islam, cuma secara adatnya belum dijalankan.
Pendakwah tersebut turut mendoakan agar pelakon berusia 27 tahun itu dapat melangsungkan ikatan perkahwinan bersama pasangan pada tahun ini dan menitipkan doa kebahagiaan buat kedua-duanya.
Terdahulu, Mira Filzah dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan Wan Emir, anak seorang ahli politik dan majlis didakwa akan berlangsung sekitar Oktober 2020.
Foto : Instagram Meletop
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah,” – Pakai Hijab ‘Live’ Di MeleTop Selepas Pulang Umrah, Netizen Puji Amyra Rosli Tutup Aurat
Manis berhijab lengkap dengan gaun labuh polos hitam, penampilan aktres, Amyra Rosli menarik perhatian netizen.
Anggun dan sopan, bintang yang kini muncul menerusi drama Cemburu Seorang Perempuan itu ditemu bual menerusi MeleTop, berkongsi perihal drama bersiri itu.
Turut sama pada sesi tersebut ialah suaminya, Amar Baharin dan Emma Maembong yang menjadi pendukung utama drama 20 episod yang bersiaran menerusi slot baru, Drama Vaganza itu.
Melihat kepada penampilan terkininya, netizen lantas membayangkan ibu kepada seorang anak ini sudah pun beredia untuk bertudung penuh sejurus pulang mengerjakan umrah bersama keluarga.
“Bukti gambar first tu mmg lelaki lagi kuat membawang,” tulisnya.
Bagaimanapun menurut komen, segelintir menyatakan imej berhijab itu hanya sekadar memenuhi tuntutan promosi drama lakonan terbarunya.
Menerusi satu temu bual, bintang ini tidak mahu menafi atau memberi sebarang komen lanjut, memadai andai mahu mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
Foto : Instagram Amyra Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidak Mahu Tular Sekejap, Tapi Tak Boleh Nyanyi Dan Terus Hilang,” – 36 Tahun Dalam Seni, Ini Ulas Ramlah Ram Soal Bintang Pelapis
Penyanyi Ramlah Ram berharap pelapis industri muzik dalam kalangan penyanyi baru biarlah terdiri daripada mereka yang berkualiti dan betul-betul boleh menyanyi, meski citarasa peminat berbeza.
Menurut Ramlah, 56, penyanyi yang bagus mempunyai peluang lebih besar untuk kekal bertahan dan bukan hanya bermusim.
Bintang yang sudah 36 tahun terlibat dalam seni itu menjawab persoalan mengenai kebanjiran penyanyi baharu yang kini memeriahkan dunia seni lokal, tapi didakwa tidak berbakat dari segi nyanyian.
“Kita tak boleh sekat pilihan peminat. Ini pilihan masing-masing. Nak suka sebab bakat atau apa terpulang. Sebab sekarang masing-masing boleh promosi diri sendiri.
“Kalau tanya saya, nak mencari pelapis sudah tentu nak yang berbakat. Menjadi penyanyi kena nyanyi dengan bagus. Penyanyi kalau tak boleh nyanyi, ia tidak digelar penyanyi. Jadi, kena ada pelapis berbakat.
“Macam sekarang, ada penyanyi baru yang berbakat dan memang bagus. Kalau boleh nak macam itu semuanya. Tidak mahu tular sekejap, tapi tidak boleh nyanyi dan terus hilang,” katanya.
Ramlah berkata demikian pada majlis pelancaran lagu terbaharunya, Aku Ubatinya Lagi bersama media yang dilangsungkan secara virtual, akhir Jun lalu.
Sekadar menyebut beberapa nama, dia turut kagum dengan bakat dan kualiti dimiliki penyanyi seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama, Syamel dan beberapa lagi.
“Penyanyi yang bagus dan dengan kualiti vokal seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama, Syamel dan beberapa lagi. Ini yang saya kagum. Kalau dapat semua macam ini sudah cukup baik.
“Kalau yang lain baru nak muncul tu biarlah yang berbakat. Insya-Allah, kalau hadir dengan bakat boleh bertahan lama,” katanya.
Dalam perkembangan lain, single Aku Ubatinya lagi yang bergenre balada itu pertama kali menyaksikan kerjasamanya dengan komposer terkenal, Ajai sementara gubahan muzik pula dari sentuhan komposer, Sharon Paul.
Kali terakhir Ramlah muncul dengan single ialah pada tahun 2019 menerusi lagu Masar Cinta dan kemudian disusuli lagu raya, Kemenangan pada April lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kena Standby Tisu, Confirm Berjurai Air Mata,” – Quran Pondok Buruk, Penampilan Rosyam Nor & Fauziah Nawi Dinanti
Selepas hampir dua dekad, drama popular Pondok Buruk bakal kembali merobek jiwa penonton pada hari raya Aidilfitri tahun ini.
Menariknya, drama arahan sutradara tersohor, Rashid Sibir itu akan mengekalkan barisan pelakon-pelakon asal naskhah Pondok Buruk yang ditayangkan sekitar tahun 2000.
Selain dramatis, Fauziah Nawi, difahamkan ia turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Vanidah Imran dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Menurut Rashid, selepas drama ini mencipta fenomena dan menjadi drama kesukaan ramai sehingga hari ini, dia memutuskan untuk mengubah sedikit tajuk asal kepada Quran Pondok Buruk.
“Assalamualaikum, hampir 20 tahun, kami bagi anda Pondok Buruk dua, tiga, empat, lima, enam dan tujuh. Tapi kali ini tajuknya ialah Quran Pondok Buruk,” katanya.
Sementara itu, pelakon, Datuk Rosyam Nor akui teruja untuk kembali membintangi drama ini dan bergandingan semula dengan Fauziah Nawi.
“Saya akan bawakan watak Usop. Saya tak sangka selepas 20 tahun, Pondok Buruk kembali untuk menemui anda. Saya derhaka dengan ibu dan bapa saya. Kedua-dua mereka dan mati.
“Ada tau tidak keampunan untuk saya? Rashid Sibir akan menggarap dengan sebaik-baiknya. Dah lama rasanya anda tidak menonton persembahan saya bersama Fauziah Nawi,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon Vanida Imran memaklumkan dirinya akan membawakan watak sebagai seorang adik yang cuba menebuskan kembali dosa-dosa lampau yang memberikan kesan terhadap hidupnya sehingga hari ini.
“Saya memegang watak sebagai Rina. Dalam Pondok Buruk satu dan dua, Rina mengikut jejak abang-abangnya untuk menjadi anak yang derhaka juga.
“Dalam Quran Pondok Buruk ini, saya cuba menebus kembali semua dosa-dosa kepada ibunya. Apa yang akan Rina lakukan, saksikan nanti,” ulas Vanida.
Pada masa sama, Fauziah Nawi akui teruja untuk bertemu kembali dengan barisan pelakon-pelakon asal malah, dia juga turut tidak sabar untuk kembali mencurahkan rasa di dalam drama ini.
“Selepas 20 tahun, dapat berjumpa mereka kembali. Nak tahu macam mana hidup Mak Jah selepas suami dah tiada dan anak-anak pula derhaka, saksikan kami dalam Quran Pondok Buruk,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen, meluahkan rasa teruja selain turut bersedia dengan segala permainan emosi yang bakal dipaparkan di dalam drama ini.
“Confirm berjurai air mata. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ismail Din.
“Tak sabar nak tengok. Sampai sekarang asyik ulang tengok drama-drama ini.
“Rashid Sibir dan drama Aidilfitri berpisah tiada. Drama-drama yang diarahkan semua best.
“Barisan pelakon yang mantap. Tidak bergantung pada rupa semata.
“Kena standby tisu banyak-banyak ni.
“Tengok pelakonnya pun dah menangis. Terima kasih kerana kembalikan Pondok Buruk di hari raya kami,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Pondok Buruk turut dibintangi Allahyarham Ismail Din yang melakonkan watak Pak Mat yang lumpuh dan menggunakan troli kayu untuk bergerak.
Sehingga kini video yang dikongsikann di aplikasi Tik Tok itu telah meraih lebih 100,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Rashid Sibir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI