Mira Filzah Panggil Suami Dengan Panggilan Manja ‘Bubu’, Netizen Komen “Sangat Comel”!

Share

Baru-baru ini, satu rakaman video yang memaparkan pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang sedang merakam video bersama suaminya, Wan Emir menjadi perhatian di media sosial.

Ini kerana, menerusi rakaman video tersebut, Mira ada 

memanggil manja suaminya dengan panggilan mesra ‘Bubu’.

Lantas, rakaman video yang berdurasi 18 saat itu dikongsi seterusnya menerusi reaksi pelbagai di kalangan para peminat.

“Woiii! Mira filzah panggil husband dia “Bubu” korang panggil partner korang ape erk ? Aku ingat panggil kucing ke apa td,” tulisnya seorang pengguna media sosial Twitter.

Meninjau ke ruangan komen ciapan berkenaan, para peminat turut memuji kemesraan pengacara rancangan Nona itu bersama dengan suaminya itu.

Imbas kembali, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir dengan sekali lafaz pada 3 September lalu.

Video: Twitter Nieshrashidie

Published by
Nazar Rafiqhi