Pelakon, Mira Filza muat naik adegan dia dilamar dalam sedutan drama Lelaki Kiriman Tuhan di Instagramnya, semalam.
“That look. That smile. That stare. That heartbeat. You’ll understand. Tonight, 9 P.M only at Astro Oasis and Maya HD .#LelakiKirimanTuhan” tulisnya.
Bagaimanapun, pelakon yang sering digosipkan bersama Mira, Zizan Razak kemudian memuat naik foto dia memakai pakaian lengkap pengantin di Instagramnya pula.
“Perkahwinanku #Zizanrazak #Movie,” tulisnya.
Susulan itu, ramai yang ‘tag’ Mira di ruangan komen foto tersebut.
Tidak kurang juga mereka yang tertanya-tanya sama ada foto dan video kahwin itu ada kaitan.
Sebelum ini, Zizan ada juga berbuat perkara sama ketika Mira muat naik foto berada di sebuah ‘bus stop’, tidak lama kemudian, pelakon Polis Evo 2 itu juga muat naik gambar di perhentian bas.
Agak-agak, apa maknanya ya?
Foto/Instagram: Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nabil Kongsi Saat Terakhir Bersama Arwah Bapa ‘Live’ Di MeleTOP; “Kalam Akhir Dia Dapat Mengucap Dengan Baik.”
Pengacara Nabil Ahmad kuatkan hati, meski dilihat menitiskan air mata pada segmen awal program MeleTOP yang bersiaran secara langsung, pada Selasa.
Tampil mengemudikan MeleTop bersama rakan hos, Datin Lisa Surihani, Nabil tenang saat terkenang dan berkongsi cerita mengenai arwah bapanya Ahmad Haji Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Oktober lalu.
Lisa terlebih dulu merakam ucapan takziah buat Nabil seisi keluarga atas kehilangan bapa tercinta.
“Ini kali pertama saya berdepan dengan situasi macam ni. Bila melihat tahap oksigen arwah drop dan katanya perlu ditidurkan, saya cakap dengan diri saya ‘kalau ditidurkan, sekejap lagi dapat jumpa balik kot.’ Saya tidak terfikir itu kali terakhir saya dapat tengok dia.
“Saya macam… banyak benda ralatlah. Saya sebagai anak, saya rasa banyak benda yang tak sempat nak lalukan bersamanya. Masih banyak tanggungjawab yang sepatutnya saya langsaikan, bagi perhatian dan sebagainya,” luah Nabil.
Nabil pada masa sama menambah, dia memilih untuk kembali bekerja dan tidak mahu bersendirian bagi melupakan perkara itu buat seketika.
“Saya mula kerja ni Lisa sebab saya tak nak duduk sorang. Saya nak bergaul, berborak pasal kerja dan benda lain.
“Tapi itulah saya rasa syukur sangat dengan pengakhirannya. Pada saya, sangat baik. Dia pergi hari Jumaat, lepas tu kalam akhir dia dapat mengucap dengan baik.
“Saya adik-beradik mandikan dia dalam keadaan arwah tersenyum. Saya doakan semoga Allah mudahkan perjalan arwah dekat alam yang baru. Sebab kitaorang (keluarga) tak pernah kehilangan orang yang rapat, ini pertama kali,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
Seminggu Masuk Hospital Sebab Komplikasi Jantung, Bapa Nabil Ahmad Meninggal Dunia
Projek Surau Dalam Rumah Siap Sepenuhnya, Nabil Ahmad Syukur Terharu
Perkongsian penuh untuk segmen tersebut turut dikongsikan menerusi YouTube MeleTop, awal malam tadi.
Imbas kembali, Allahyarham Ahmad Haji Ismail dilaporkan meninggal di Hospital Serdang, Selangor, akibat masalah komplikasi jantung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nyanyian Kurang Memuaskan The Gadys Tarik Perhatian Warganet, Julfekar Turut Beri Komen
The Gadys antara kumpulan wanita terbaharu yang menghiasi dunia seni tanah air.
Nama mereka menjadi perhatian apabila baru-baru ini persembahan yang dilakukan di Anugerah Viral KNKV menjadi bualan ramai kerana kualiti vokal yang kurang baik.
The Gadys yang diangotai oleh Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Cahn menyampaikan tiga lagu secara medley iaitu Cintaku Sampai Ke Ethiopia, Cinta Sampai Mati dan Gadis & Bunga.
Ekoran persembahan yang menjadi tular itu, penerbit muzik terkenal, Julfekar turut memberikan komen.’
BACA JUGA: Girl Group The Gadys Kini Ada Ahli Baharu, Dua Anggota Terdahulu Undur Diri
Memuat naik video tersebut di laman Facebooknya, dia yang terkenal menulis lirik untuk lagu Elegi Sepi ini menyatakan rasa kecewa dengan industri muzik.
“Macam tak boleh brain. Macam buat persembahan di sekolah je. Meleleh taik telinga. Macam ni pun boleh lepas buat persembahan.
“Apa jadi dengan muzik industri kita ni. Sedih,” ujarnya meluah rasa.
Sehingga kini hantaran video yang dimuat naik Julfekar itu menerima hampir sejuta tontonan dan dipenuhi dengan komen warganet yang bersetuju dengan pendapatnya.
Imbas kembali, kumpulan The Gadys ditubuhkan pada 2021 dengan empat ahli kumpulan termasuklah pelakon, Nelissa Nezam dan Faa Zaini.
Apabila mereka mengudurkan diri meninggalkan Aznie Azmie dan Ayunie Rizal, pada 2023 Thamiera Cahn melengkapkan kumpulan ini sebagai trio.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Showcase Misha Omar Bakal Bawa Peminat Ikuti Perjalanan Seninya Sejak Mula Ikat Kontrak Jadi Penyanyi 22 Tahun Dulu!
Penyanyi Misha Omar yang baru sahaja mengumumkan persembahan solonya hujung tahun ini depan nyata mengubat kerinduan peminat memandangkan kali terakhir penyanyi lagu Semoga Abadi itu tampil membuat persembahan di Istana Budaya, tiga tahun lalu.
Misha Omar Back To Basic Showcase itu bakal diadakan pada 21 Disember 2024 di Odeum at Jiospace, Petaling Jaya bermula jam 8.30 malam dan ia dilakukan di dalam sebuah persembahan yang eksklusif sebagai apresiasi buat peminat yang tidak pernah berpaling daripada mendukung lebih dua dekad karier seninya.
“Sebagai penghibur yang sudah dua dekad berada dalam muzik malah masih mampu kekal relevan, bohong jika saya katakan tidak punya mimpi mengadakan konsert besar-besaran.
“Mengapa persembahan ini dibuat dalam skala kecil dan bukan sebuah konsert mega adalah kerana saya suka untuk memulakan sesuatu dengan langkah kecil sebelum mencetak sejarah yang lebih besar.
“Ia juga saya adakan khas buat peminat yang sentiasa bertanya mengenai bila saya akan menghiburkan mereka secara langsung.
“Ironinya, saya sendiri seorang penyanyi yang juga tidak mementingkan soal sudah lama dalam industri maka perlu bikin konsert tapi lebih memilih melakukan kerja secara berperingkat.
“Mana tahu bermula dengan showcase berskala kecil ini, ia menjadi ‘pintu’ menuju konsert mega pada masa akan datang. Kita doa bersama,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai konsep showcase yang dianjurkan Double M Productions ini, Misha bakal menghiburkan peminat selama 90 minit dengan iringan pemuzik profesional.
Malah bintang berusia 42 tahun ini turut menggunakan khidmat Datuk Syafinaz Selamat selaku pengarah vokal dan meletakkan tanggungjawab kepada pengarah muzik, Ayop Azril bersama sembilan pemuzik di bawah pimpinannya di dalam persembahan itu nanti.
Sementara Jennifer Thompson diberi kepercayaan selaku pengarah konsert dan Simon Khoo menggalas tugas pengarah teknikal.
“Alasan di sebalik pemilihan nama Misha Omar Back To Basic Showcase, ia seperti pulang kepada asas.
“Saya akan membawa peminat pulang ke saat seorang Misha Omar baru mahu mencetak nama sebagai penyanyi selepas pertama kali mengikat kontrak bersama syarikat rakaman besar pada tahun 2002.
“Bagaimana saya sangat menghargai momen menyanyi di pentas kecil seperti Planet Hollywood dan menyanyikan karya milik penghibur lain yang telah memberi saya kepercayaan dan inspirasi untuk terus berkarya.
“Selebihnya saya senang untuk merahsiakannya dahulu tetapi yang pasti kejutan luar biasa sudah saya siapkan buat peminat yang hadir, insya-Allah,” katanya lagi.
Tiket untuk showcase tersebut sudah pun mula dijual sejak 27 November lalu dan ia boleh dibeli menerusi platform Jiotix.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI